Asslammualaikum dan Salam Sejahtera.....
Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan Rejab dan rasanya ramai yang berpuasa sunat semalam. Kebetulan semalam juga cuti sempena Hari Pekerja. Kebetulan juga hari gaji, bukan main lagi ramai umat manusia berpusu pusu di pusat membeli belah. Nak cari parking pun susah, ramai yang parking kereta di tepi jalan menambahkan lagi kesesakan yang ada.
Sempena cuti Hari Pekerja, so saya pun dapat cuti dari memasak. Dari pagi hingga ke malam, makanan di taja sepenuhnya oleh encik suami. Tetapi bukan sempena hari pekerja saja, tak ada cuti pun apa apa pun, saya selalu dapat cuti memasak......
Beberapa hari lepas ada kawan posted gambar Tauhu Sumbat dalam group Whatsapps. Aduh rasa macam terliur pula. Sebab saya pernah rasa tauhu sumbat yang dia buat, jadi boleh rasa kesedapannya hanya melihat gambar di skrin telefon bimbit.
Plan nak buat siang semalam memandangkan hari cuti sebab tiada plan nak keluar ke mana mana sebab saya dah tahu kalau cuti awal bulan memang sesak pasaraya atau pusat membeli belah.
Elok saja saya keluarkan ikan dan ketam dari esbok untuk sediakan makanan tengahari, my husband cakap tak perlu masak, kita lunch kat luar saja. Apalagi, cepat cepat masukkan semula ikan dan ketam ke dalam esbok. Seronok betul tak perlu masak ye......
Memandangkan semua bahan sudah ada, saya buat juga tauhu sumbat untuk dibawa ke tempat kerja hari ini.
Kali ini saya mencuba sambal resepi dari kak Anymz cuma saya tukar dari cili kering kepada cili merah.
Bahan bahan untuk Sambal
6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
2 cawan air
3/4 cawan sos tomato - anggaran
Garam dan gula secukup rasa.
Cara caranya
1. Potong cili merah, buang bijinya. Kisar cili merah bersama sama dengan bawang kecil dan putih hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan air dan sos tomato.
3. Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
4. Hidangkan bersama sama dengan tahu yang telah digoreng, di belah 2 dan disumbat dengan taugeh yang dicelur serta timun.
wow..my fav..i didnt know it is this simple to make..yumm.love ur clicks
ReplyDeleteSedapnyaa...
ReplyDelete