Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah tanpa sedar kita sudah melepasi 10 malam pertama Ramadhan. Dua hari lepas memang terasa sangat keletihan kerana cuaca di Shah Alam yang sangat panas membahang. Orang tua pun boleh terasa apatah lagi kanak kanak yang baru belajar berpuasa. Sejak semalam, jerebu agak teruk dengan bau terbakar yang menyesakkan hidung.
Bila terlalu panas, yang paling dinantikan semasa berbuka tentunya minuman yang paling sejuk. Makanan lain tolak ketepi dulu. Macam budak baru belajar berpuasa pula kan...
Semalam tekak terasa nak makan masak lemak cili padi.Memandangkan tiada barang basah di rumah, saya singgah di pasaraya selepas waktu kerja. Tak banyak pilihan, saya ambil sepotong ikan jenahak dan peria katak.
Masak Lemak Cili Padi
Bahan bahan
1 keping ikan jenahak
1 biji peria - dihiris
1 inci kunyit hidup
8 biji cili padi
200 ml santan pekat
200 ml air
Garam secukup rasa
Cara cara
1. Cuci ikan dan toskan. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga hancur.
2. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk beserta santan dan air.
3. Kemudian masukkan sayur peria dan ikan, masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam.
5. Matikan api bila ikan sudah masak.
sama la kita zila, kalau time berbuka tu, dapat minum air pun dah cukup kan, bergelen2 pun tak pe...
ReplyDeleteBetul tu Liza, bila dah byk sgt minum air memang tak selera nak makan yang lain.
ReplyDeleteWahhh.. terliur pulak bulan puasa ni tengok menu yang menarik tu.. ;)
ReplyDeleteSalam perkenalan,
Syikin Maarop
www.syikinmaarop.blogspot.com
Selamat datang Syikin. Salam kenal dari saya juga.
ReplyDeleteSalam.. saya dah lama follow blog ni.. kalau sudi, boleh saya tahu di mana nak dapat pinggan mangkuk mcm dalam gambar? vintage & simple.. very nice :) thank you :)
ReplyDeleteWaalaikumusalam Sulha,
ReplyDeleteSaya biasanya mencari peniaga barangan lama/antik samada di car boot sale atau google di internet.
Oh, okay. Terima kasih banyak2 :)
ReplyDeletetengah tercari2 idea nak masak apa.tq Hazila share resepi..
ReplyDeletewow!!sdapnyaa...try recipe kami plak.. :) http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fyoutu.be%2FOBUuamUkp0s&h=uAQGtUBxF
ReplyDeleteutk order pm : 0194429769
sedapnya hazila
ReplyDelete