Wednesday, November 5, 2014

Cucur Udang Kuah Kacang




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas saya nampak siapa ya yang buat cucur udang... Mas Duniaku rasanya. Tiba tiba terasa nak makan cucur udang pula.

Biasanya di sini cucur udang disertakan dengan sos cili. Tetapi di sebelah UTARA, kebiasaannya cucur udang akan disertakan dengan kuah kacang. KEBIASAANNYA ya... bukan saya kata SEMESTINYA. 

Setiap kali balik kampung suami di PERLIS INDERA KAYANGAN, kami selalu berhenti di gerai berhampiran Pekan Changlun arah ke UUM. Ada gerai yang menjual pelbagai lauk nasi campur yang memenuhi selera orang Utara. Tetapi yang paling saya suka ialah Cucur Udang bersama kuah kacangnya yang pada tekak saya cukup sedap. 
 

 Resepi cucur udang saya ambil dari blog CMG. Mula mula kuah kacang saya agak pekat sedikit, bila suami saya makan dia cakap, kuah kena cair sikit baru sesuai dimakan dengan cucur udang.

Tetapi kuah kacang yang saya buat semalam terasa bagai ada yang terkurang. So kena fikir dan tenung kembali apa yang terkurang dan boleh saya perbaiki.


 Sila jamu mata saja ya...

Resepi cucur udang boleh refer pada blog CMG atau Mas Duniaku. Sementara resepi kuah kacang kena tunggu saya betulkan rasanya dahulu.


12 comments:

  1. Menariknya..lain dari yang lain..x pernah pula makan cucur Urang kush kacang..mesti sedap ni kan

    ReplyDelete
  2. Bbwana,

    my mom suka makan bihun goreng ditambah kuah kacang. Sedap katanya. Tapi bagi org utara cucur udang kuah kacang adalah perkara biasa. Cubalah mana tahu kena dengan selera.

    ReplyDelete
  3. Hujan2 ni pekena mmg terangkat klu mkn ni..

    ReplyDelete
  4. Betul tu Yan Ty. Ada kopi o kaw lagi best.

    ReplyDelete
  5. KY pun lebih suka mkn dgn kuah kacang. kuah kacang yg sama caranya utk mkn nadi impit..

    ReplyDelete
  6. Me too suka mkn coq udang wit kuah kacang👍❤️
    If beli bihun grng sometimes theyols put kuah kacang gak sedappppp

    ReplyDelete
  7. saya orang utara ja yang jumpa makan with kuah kacang.. negeri lain depa dok heran gaks.. mcm tak biasa..

    ReplyDelete
  8. cantikkk... minggu depan nak ke Siam ni ikut Changlun, boleh carik nanti on the way

    ReplyDelete
  9. sedap ye..lama tak makan cucur dengan kuah kacang...

    buat minum petang ni sedap ni

    ReplyDelete
  10. Sama macam di Johor Hazila,
    kalau di tempat lain, tauhu sumbat makan dengan sos cili
    tapi di Johor, makan dengan kuah kacang..
    teringat tahun 2004, bila salah sorang kerabat di Raja suruh saya pencen dari jadi rakyat Johor gara gara buat tauhu sumbat pakai air lada yang bukan kuah kacang...
    Nasib baik saya buat dua dua versi .. kalau tak, dah kena buang negeri .. hehe
    Kalau family saya di Johor ni, kadang2 makan cucur udang ni pun pakai kuah kacang juga .. nostalgia!

    ReplyDelete