Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Roti lagi... Mood nak buat roti datang lagi. Kali ini saya buat menggunakan Basic Bread recipe. Cuma penggunaan gula pasir ditukar kepada madu. Roti yang terhasil tetap lembut dan gebu.
Roti yang terhasil boleh dikategorikan sebagai "roti paun". Boleh juga kalau diisi dengan inti yang sesuai.
Roti ini sedap dinikmati dengan mentega atau kaya. Kali ini saya makan bersama sama dengan sambal sardin.
Teksturnya memang gebu dan lembut. Memang puashati dapat menikmati keenakan roti yang hangat buatan sendiri.
Resipi adalah dari hasil google di internet cuma saya tidak jumpa link kepada tuan punya blog.
Honey Bread
Bahan bahan
300 gms tepung high protein/roti
4 gms garam
4 gms (1 sdt) yis segera
1 biji telur dipukul ringan + susu segar menjadikan beratnya 200 gms ( 1 biji telur + susu segar = 200 gms)
50 gms madu
30 gms butter tanpa garam
Caranya sama seperti membuat roti yang lain. Kalau ada loaf pan boleh bakar menggunakannya. Jika tiada, boleh gunakan loyang bulat seperti saya. Atau boleh juga buat buns. Bergantung pada selera masing masing.
p/s- doh akan sedikit lembik tetapi jangan tambah tepung. Basahkan tangan dengan minyak masak semasa membulatkan doh.
p/s- doh akan sedikit lembik tetapi jangan tambah tepung. Basahkan tangan dengan minyak masak semasa membulatkan doh.
Pergh...gebus gebas roti Hazila! Geram tengok!
ReplyDeleteMama,
ReplyDeletedah gebu macam tuannya...
Wahhh bestnya kak roti ni, boleh cuba buat nanti :)
ReplyDeletecubalah mummyseri. bahan pun tak banyak, roti tetap lembut hingga keesokkan harinya.
ReplyDeletecantik gebu roti tu..best makan sambil cicah dengan kopi kan :)
ReplyDeletebetul tu, tambahan kalau hari hujan....
ReplyDeleteUbahsuai rumah call 0182233854
ReplyDeleteOh my... memang nampak gebu dan sedap! Esp kalau ada teh panas! Bestnye...
ReplyDeleteCoffee Girl
http://coffeegirl77.blogspot.com/
Nampak teksturnya cantik dan ringan .. kalau cicah dengan teh 'o' pun mesti makan banyak. pukul 1 dah ni .. tiba tiba perut lapar balik!
ReplyDeleteAs salam. Masya Allah, cantiknya gambar sebuku roti dalam gambar ketiga itu. Cukup terpesona
ReplyDeleteamboi sedapnya makan with sambal sardin tu..
ReplyDeleteMencari telor sotong , ketam lembut, udang lipan, telor ikan tuna , ayam pandan 2 perisa 1. hot & spicy 2. saty & siput buloh / pepahat belum pernah rase cube beli dulu pasti tidak akan menyesal
ReplyDeleteberminat boleh pm/whtsap sy di
012-6323635/ 017-2710304
stok sangat limited kerana terlalu banyak permintaan
jika berminat untuk menjadi sub- agent di kawasan anda blh pm/whtsp sy
012-6323635 / 017-2710304
wahh..pandainya buat roti..saya ni pandai makan je..hoho..salam kenal dr saya, done follow sini..:)
ReplyDelete