Monday, January 26, 2015

Mix Veggies & Sausage Bun


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang ini kurang berkesempatan untuk masukkan entry dalam blog. Selain factor saya jarang masak, kesihatan juga tidak begitu memberangsangkan. Bukan ada penyakit yang serius cuma bila badan rasa lemah automatically tahap kemalasan itu agak tinggi.

Sepatutnya hari sabtu saya ada perjumpaan dengan beberapa rakan sekolah tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir. So saya dah beli bahan untuk membuat sedikit juadah untuk dibawa bersama. Memandangkan tak jadi, saya tukar plan untuk mencuba Mix Veggies & Sausage Bun dari blog Azlita Masam Manis.

Saya hanya buat separuh dari adunan yang diberikan.


Tidak terlalu susah untuk menyediakannya. Kalau dulu kena beli di bakery kalau terasa hendak menikmatinya. Resepi boleh rujuk di sana kerana beliau menunjukkan langkah demi langkah untuk memudahkan kita memahaminya.

Kemudian petang semalam tekak terasa hendak makan bubur cha cha jadi saya sediakan untuk minum petang.

 
Bubur Cha Cha dengan Keledek Jepun. Memandangkan saya tiada stok gula melaka, saya hanya gunakan gula perang.


Alhamdulillah....

Monday, January 19, 2015

Talam Kacang Merah



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga tidak menjengah ke sini untuk update new entry. Agak malas sebenarnya untuk mencuba resepi di dapur. Kebetulan kebelakangan ini saya jarang masak untuk makan di rumah jadi tiada yang menarik untuk dikongsi di sini.

Tetapi bila nampak blog sunyi sepi tanpa entry baru, rasa macam serba salah pun ada. Yalah bila pengunjung datang asyik menu yang dah lama tidak ditukar. Harap tidak serik untuk berkunjung lagi ke sini.

Kebelakangan ini sering berbual dengan kawan kawan lama dan ramai dari mereka yang membuat kuih muih tempahan dan ada yang khusus dalam pembuatan talam. Ada masanya sampai berbelas belas bekas tempahan talam diterima dalam satu hari. Seronok bila mendengarnya. Ada yang setiap malam tidur pukul 2 dan bangun semula pukul 4 pagi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Walaupun penat, tetapi itulah sumber rezeki untuk membantu menyara keluarga.
 


Tiba tiba terasa macam nak buat talam juga. Kali ini saya mencuba Talam Kacang Merah dari buku Talam Klasik Malaysia oleh Hasma Noor Basir.

Saya buat separuh dari adunan asal tetapi nanti saya akan beri resepi seperti yang di dalam buku.

Lapisan Bawah
Bahan A
200 gms tepung beras
250 gms gula pasir
1000 ml santan cair
1 sudu teh tepung keledek atau 2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam

Bahan B
50 gms kacang merah
800 ml air
1 sudu besar minyak masak 
( rebus sehingga empuk )
Kalau nak senang beli saja kacang dlm tin

Lapisan Atas
1000 ml santan pekat
80 gms tepung beras
2 sudu makan tepung kacang hijau
2 sudu makan tepung pulut
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah

Cara cara
1. Sediakan adunan lapisan bawah. Satukan semua bahan di dalam periuk, gaul sebati. Masak di atas api sederhana kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan kacang merah.
2. Tuang ke dalam loyang berukuran 12 X 12 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 20 mimit.
3. Sementara itu sediakan adunan Lapisan Atas/Kepala. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Masak di atas api sehingga pekat. Gores  permukaan lapisan bawah dengan garfu dan tuang adunan lapisan atas. Kukus selama 20 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, January 7, 2015

Simple Chewy Gooey Brownies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhhhh cuaca di Shah Alam pagi ini betul betul panas membahang. Awal pagi lagi sinaran matahari sudah mencucuk cucuk mata. Kena fikir banyak kali kalau nak keluar ke mana mana. Nanti bila lewat petang mula hujan turun mencurah curah.

Hari ini kita layan Chewy Gooey Brownies yang senang saja untuk menyediakannya. Tidak perlukan mixer. Tetapi finished products tidak mengecewakan.


 Sesuai intuk kudapan atau pun untuk diberikan kepada handai taulan. Ehhhh kalau nak jual pun ok juga.

Resepi saya ambil dari blog the tummy train. Walau bagaimanapun saya kurangkan kuantiti gula sebab rasa macam manis sangat. Inipun masih terasa agak manis pada deria rasa saya.

Kalau suka agak tebal boleh gunakan loyang yang kecil atau double the quantity.

Kalau ada kemampuan boleh letak campuran kekacang seperti walnut, hazelnut dan almond. Kalau tidak boleh masukkan kekacang yang available seperti saya. Kali ini saya gunakan biji gajus.


 



Bahan bahan

115 gms mentega tanpa garam
115 gms unsweetened chocolate
250 gms gula perang (saya kurangkan kepada 190 gms)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil vanila extract
70 gms tepung gandum
1/8 sudu teh garam
80 gms bittersweet chocolate chips
75 gms walnut - panggang dan potong kecil ( saya gantikan dengan gajus)

Cara cara
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Kemudian masukkan chocolate dan kacau hingga cair.
2. Matikan api, masukkan gula dan kacau sebati.Masukkan telur satu demi satu. Kacau lagi.
3. Kemudian masukkan vanila dan tepung gandum. Kacau dan masukkan chocolate chips dan kekacang.
4. Alaskan baking pan dengan baking paper dan gliskan dengan butter. Tuang adunan dan ratakan.
5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 30 minit pada suhu 175C. Sejukkan sebelum dipotong.
 
 

Tuesday, January 6, 2015

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Hari ini saya buat tayangan nasi lemak daun bungkus pisang. Teringin pula nak membungkus guna daun pisang. Di sini tak ramai peniaga yang menggunakan daun pisang lagi memandangkan harganya yang boleh dikatakan agak mahal. Biasanya mereka bungkus menggunakan brown paper atau polisteren. Kalau guna daun pisang pun sikit sangat.

Tapi ada satu gerai yang selalu saya beli, dia memang guna daun pisang, besar pula tu dan yang penting ia sedap pada tekak saya dan suami.

Itu yang tetiba teringin nak membungkus sendiri.
 

Oh ya... saya suka nasi lemak saya ada kangkung rebus. Kalau beli di gerai atau kedai mana ada letak kangkung rebus kan...

Jemput makan.
 

Monday, January 5, 2015

Udang Goreng Masam Manis Daun Kesum


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini rajin sikit, sebab sudah agak lama tak update blog 2 kali dalam satu hari.

Kali ini saya masukkan gambar Udang Goreng Masam Manis Daun Kesum. Sebenarnya ini menu lunch ahad lepas. Pening kepala memikirkan apa yang hendak dimasak. Plan asal nak buat sambal udang tetapi akhirnya bertukar kepada resepi yang dimasak ikut suka hati. Masukkan saja bahan yang dirasa sesuai...

UDANG GORENG MASAM MANIS DAUN KESUM

Bahan bahan
6 ekor udang harimau - dibelah belakang, digaul garam kunyit dan digoreng separa masak. Ketepikan.
1 inci halia - dimayang
1 labu bawang besar - dipotong bulat
3 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai cili hijau - dipotong menyerong
1 tangkai daun kesum
1 batang serai - diketuk sedikit
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili thai
garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan limau
sedikit air

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dihiris dan dimayang bersama sama cili kering kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air, biarkan sebentar kemudian masukkan semua sos, serai dan daun kesum. Biarkan hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perahan limau. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Matikan api dan hidangkan.

  

Bread Pudding with Preserved Jackfruit


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Tiada idea nak menulis kali ini. Hanya perkara yang hampir sama setiap hari. Tapi bersyukur kerana masih boleh menjalani kehidupan seadanya.

Bila ada kelapangan saya suka google mencari menu yang menarik minat saya untuk mencuba. Biasanya menu yang simple sebab saya belum berani untuk mencuba resepi yang complicated yang memerlukan fokus yang tinggi. Kita kena tahu kemampuan diri sendiri dahulu...

 


Antara resepi yang menarik perhatian saya ialah puding roti bersama nangka yang telah dimasak dengan gula terlebih dahulu. Resepi saya ambil dari Junbelen.com.

Boleh saja kalau gunakan nangka segar cuma mungkin rasanya sedikit berbeza. Resepi asal hanya perlu mereneh nangka di dalam gula perang dan sedikit air tetapi saya masukkan simpulan daun pandan untuk menambahkan bau wangi daun pandan.

Cara untuk menyediakan "Preserved Jackfruit" cukup mudah, anggaran 450 gms isi nangka segar yang dipotong dimasak dengan 1/2 cawan gula perang dan sedikit air. Masukkan 1 helai daun pandan. Masak hingga larutan gula menjadi pekat anggaran 15 minit. Sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
 

 Puding roti memang enak dimakan bersama sama sos kastard ataupun vanilla icecream.

Kebanyakan resepi puding roti hampir sama begitu juga dengan sos kastard. Walau bagaimanapun, nanti saya akan upload resepi yang saya gunakan.



Puding Roti bersama Nangka

Bahan bahan
4 cawan susu segar
2 biji telur - pukul ringan
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh vanila
4 sudu besar mentega cair
1 cawan "preserved jackfruit"
6 - 8 keping roti - potong kiub

Cara cara
1. Sapukan mentega pada baking dish yang sesuai anggaran 8X8.
2. Kacau susu, telur, gula, garam, vanilla dan mentega cair di dalam bekas yang besar.
3. Masukkan nangka dan roti, gaul sebati dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.
4. Tuang campuran tadi ke dalam baking dish dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C secara bain-marie. Anggaran masa lebih kurang 1 jam bergantung pada oven masing masing.


Sos Kastard Vanila

Bahan bahan
1 tin susu cair/susu segar
1 sudu teh vanila
1 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
3 sudu besar gula - tambah jika suka manis
1 biji kuning telur

Cara cara
1. Pukul ringan gula, kuning telur, garam, vanila dan tepung kastad.
2. Panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih. Tuang perlahan ke dalam campuran kuning telur perlahan lahan sambil dikacau.
3. Tuang kembali adunan ke dalam periuk dan masak sebentar.
4. Jika suka, tapis sos kastard untuk mendapatkan sos yang licin.





Selamat Menjamu Selera....


 

Friday, January 2, 2015

Chocolate Frosting



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 semoga tahun baru membawa sejuta rahmat buat kita semua. Alhamdulillah banjir sudah semakin surut di kebanyakan tempat. Sekarang tempoh untuk bangkit semula untuk menempuh hari hari yang mendatang. Walaupun sukar, insyaAllah kita boleh bangkit semula walaupun terpaksa bertatih....

Walaupun cuti bersambung tapi saya dan suami tidak kemana mana.

Kali ini saya cuma upload gambar Chocolate Frosting yang saya buat untuk chocolate cake. Selalunya juga mencari cari resepi untuk buat simple frosting tetapi bila tengok kuantiti gula yang digunakan, boleh terkedu juga dibuatnya. Terdetik dalam hati "banyaknya gula......"

Kebanyakan resepi yang saya jumpa menggunakan gula minima 3 cawan dan keatas. Cuma resepi ini yang baru saya jumpa menggunakan 1 1/2 cawan gula. Inipun saya dah rasa manisnya...


 
 

Chocolate Frosting (1)

142 gms unsweetened chocolate
8 tbspn butter
1 cup + 1 tbspn sugar
1 cup heavy cream
1 tspn vanilla

Method
1.In a saucepan, bring the sugar and heavy cream to a boil over medium heat.
2. Reduce the heat to low and simmer for 6 minutes. Do not let the saucepan overflow.
3. Remove from heat and stir in the chocolate and butter until melted.
4. Stir in the vanilla extract. Let the frosting cool completely,whisking occasionally during cooling. Once completely cool at room temperature, the frosting will be spreadable.