Monday, January 26, 2015

Mix Veggies & Sausage Bun


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang ini kurang berkesempatan untuk masukkan entry dalam blog. Selain factor saya jarang masak, kesihatan juga tidak begitu memberangsangkan. Bukan ada penyakit yang serius cuma bila badan rasa lemah automatically tahap kemalasan itu agak tinggi.

Sepatutnya hari sabtu saya ada perjumpaan dengan beberapa rakan sekolah tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir. So saya dah beli bahan untuk membuat sedikit juadah untuk dibawa bersama. Memandangkan tak jadi, saya tukar plan untuk mencuba Mix Veggies & Sausage Bun dari blog Azlita Masam Manis.

Saya hanya buat separuh dari adunan yang diberikan.


Tidak terlalu susah untuk menyediakannya. Kalau dulu kena beli di bakery kalau terasa hendak menikmatinya. Resepi boleh rujuk di sana kerana beliau menunjukkan langkah demi langkah untuk memudahkan kita memahaminya.

Kemudian petang semalam tekak terasa hendak makan bubur cha cha jadi saya sediakan untuk minum petang.

 
Bubur Cha Cha dengan Keledek Jepun. Memandangkan saya tiada stok gula melaka, saya hanya gunakan gula perang.


Alhamdulillah....

3 comments:

  1. assalamualaikum zila, menarik sosej bun tu macam nk cubit je sikit tang sosej tu

    ReplyDelete
  2. Assalam Zila,
    seronok kan bila tengok hasil kerja yang memuaskan hati? hehe ..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam :)
    Memula menalam, lepas tu membubur, sekarang ni meroti la pulak ya. Saya ni cuma membeli je

    ReplyDelete