Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Semalam my husband request nak makan mee kari. Lama juga tak masak mee kari kat rumah. Kebetulan saya ada beli Majalah Saji dan di dalamnya ada resepi Mee Kari Ipoh. Bila belek resepi, rasanya agak senang cuma banyak menggunakan bahan bahan yang digunakan di dalam yong tau foo seperti bebola ikan, kek ikan dan dan sebagainya. Ia tidak menggunakan ayam seperti kebiasaan mee kari Melayu.
Jadi saya ambil keputusan untuk mencuba resepi Mee Kari ini, lagipun my husband agak biasa dengan Mee Kari Ipoh kerana bersekolah asrama di sana.
Sejujurnya saya juga lebih sukakan style yang ini.
Penuh mangkuk saya dengan accessories sampingan.
Kebetulan saya ada menyimpan kepala dan kulit udang di dalam esbok, plan asalnya nak masak mee udang tapi saya gunakan untuk membuat stok untuk memasak Mee Kari Ala Cina ini.
Saya difahamkan bahawa Mee kari Ipoh menggunakan stok ikan bilis tetapi saya masukkan juga air rebusan kepala dan kulit udang.
Bahan bahan
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sudu besar ikan bilis - rendam, tos dan kisar
1 1/2 cawan santan
Minyak masak
1 batang kulit kayu manis- saya tambah
4 buah pelaga - saya tambah
2 bunga lawang - saya tambah
2 sudu besar cili kering kisar - saya tambah
1 liter stock udang
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan lain
Mee kuning - celur dan toskan
Taugeh - celur dan toskan
Bebola ikan, kek ikan, tauhu pok dan sebagainya - potong saiz yang sesuai
Cara cara
1. Satukan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar bersama sama dengan rempah dan cili kisar bersama sedikit air. Gaul dan jadikan seperti paste.
2. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan paste rempah dan air asam jawa. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dikisar halus. Tuangkan santan dan juga stock udang dan biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bebola ikan dan sebagainya. Biarkan seketika dan matikan api.
5. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letakkan taugeh dan tuang kuah bersama sama bahan sampingan.
6. Enak ditambah dengan Cantonese Chili Oil/ Sambal Udang kering.
kalau bab masak apa jenis kari sekalipun, SvS memang fail
ReplyDeleteSaya kahwin dengan org Utara yang ala ala mamak so kari dah jadi satu kemestian. So memang tak ada sukatan ikut sedap rasa je main campak.
ReplyDeleteSalam Kak Hazila,
ReplyDeleteAllah.. sedapnya! I lapar terus tgk!Betul tu.. Kadang ni kita masak bukan ikut sukatan pun. Main agak-agak saja. Cukup rasa, semua okay dah siap kan?
salam singgah... ada kelainan mee kari ni.. dah lama tak buat mee kari ..:)
ReplyDeletelapar pulak mlm2 tengok mee kari ni..
ReplyDeletelapar pulak mlm2 tengok mee kari ni..
ReplyDeletehmm sedapnya.............saya adalah seorang kuliner akan tetapai saat ini saya takut gemuk. tolong kasih solusi Obat Pelangsing paling ampuh dong...
ReplyDeleteokeh.. masuk dalam list ni
ReplyDeleteSalam.. Sy x pernah buat mee kari ni.. Ini kali pertama nak cuba tu pun sbb req by org tersyg,ada mcm2 version tp sy nak cuba resepi mee kari yg ni lah.. Cuma nak pastikan.. Serbuk kari tu serbuk kari daging atau ikan?
ReplyDeleteTerima kasih share resepi..
Rempah kari apa yg digunakan?
ReplyDeleteMee Kari Ipoh ni cair sikit(tu yang sedap) x pekat mcam gulai.
ReplyDelete
ReplyDeleteI was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC there website is www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Mohon share resepi yea😋
ReplyDelete