Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sejak kebelakangan ini my husband tiba tiba suka pula makan telur asin. Kalau dulu memang jarang sangat dia sentuh kalau saya masak. Sekarang dah jadi favorite pula. Selalunya saya beli yang dah siap di pasaraya yang dibalut dengan sekam berwarna hitam. Ada sekali saya jumpa di pasar tani yang dijual tanpa sekam. Rasanya kurang masin berbanding yang dibalut dengan sekam.
So terfikir kenapa tidak buat sendiri? Kita boleh control tahap kemasinan yang kita suka. So google jumpa resepi Telur Asin dari blog Amie's Little Kitchen. Saya ikut resepi dari blog Amie cuma saya kurangkan sedikit kuantiti garamnya. Jadi untuk permulaan saya hanya buat untuk 6 biji telur itik bersaiz sederhana. Alhamdulillah dah boleh makan dan rasa masinnya sedang elok untuk selera saya.
Sebelum bulan puasa, my husband semai biji benih kacang botol. Semuanya ada 6 bekas tapi cuma 1 bekas yang hidup. Boleh nampak pokok kacang di belakang gambar telur asin, bukan main merimbun lagi. Buahnya banyak sampai tak larat nak makan. Jadi rezeki kawan kawan dan jiran la nampaknya.
Nampak mcm telur penyu.
ReplyDeleteTelur asin sangat sinonim dengan bulan puasa penambah selera makan!
uu tak pernah terpikir nak buat telur asin sendiri hehe
ReplyDeleteAishah
sedap ni...
ReplyDeletesaya pun suka wat telor asin sendiri..
dijamin kebersihan dia kan akak...
pokok kacang botol ni..kalau sekali berbuah...memang sampai tak larat nak makan dia.