Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Bertemu kembali di hari Isnin. Shah Alam hujan lebat semalam, agak lama juga tiada hujan. Walaupun jerebu masih ada, sekurang kurangnya dapat mengurangkan bahang yang agak memeritkan bila berada diluar.
Hari tu terasa nak makan "Sengkuang Calit". Hirisan sengkuang yang disapukan kuah rojak kemudian ditabur dengan kacang tumbuk. Ermmm kalau beli sepotong RM2 rasanya. So kalau nak makan berulang ulang beli saja sengkuang, kuah rojak dan kacang tumbuk. Puas makan sekeluarga.
Kacang tumbuk selalu ada dijual dikedai bakeri atau pasaraya tertentu. Saya beli satu paket dalam 500 gms rasanya. Biasanya tak boleh simpan lama sebab ia mudah rasa "lemau" atau masuk angin. So google cari resepi mudah untuk menghabiskan stok kacang tumbuk yang ada. Ada beberapa resepi mudah yang saya jumpa, salah satunya ialah Muah Chee ( Glutinous Rice Snack with Peanut & Sugar ). Bila google saja, banyak resepi yang muncul, boleh cuba yang mana berkenan samada yang susah ataupun yang paling senang.
So saya cuba resepi yang paling senang dan menggunakan kuantiti yang paling sedikit sebab tidak pasti bagaimana rasanya jadi kena buat se minima yang mungkin supaya tidak membazir.
Muah Chee
Serving : 4 persons ( estimated )
Bahan bahan
120 gms tepung pulut
180 ml air
2 sudu makan minyak bawang goreng
Kacang tumbuk
Gula pasir
Cara cara
1. Campurkan tepung pulut, air dan minyak bawang goreng. kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam microwave, tekan butang HIGH dan tekan 4 minit. Kemudian tekan START dan biarkan ia selesai.
3. Keluarkan doh/adunan yang sedikit melekit dan biarkan ia sejuk sebentar.
4. Gaulkan kacang tumbuk dengan gula dan tuangkan ke dalam bekas seperti dulang.
5. Tuangkan doh tadi ke atas kacang tumbuk dan gunting kepada cebisan yang sesuai. Gaul dengan kacang tumbuk.
6. Taburkan dengan bawang goreng.
Salam singgah... wah nampak sedap ni !
ReplyDeleteakak...terharu nye dpt resipi ni..sy lama cari resipi kuih ni tp xtau nama ape..so google pun xjumpe...makseh akak...
ReplyDelete