Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat berhujung minggu. Apa agaknya sarapan hari ini ya.... Apa kata hari ini kita jalan jalan cari makan Pantai Timur. Kita makan nasi impit/kapit dengan sambal ikan.
Kalau rajin lagi boleh buat kuah kacang. Jadi boleh makan nasi impit dengan kuah kacang dan sambal ikan. Ermmmm mesti sedap.
Selain makan dengan nasi impit, kita boleh juga gunakan sambal ikan ini sebagai inti Pulut Panggang, Cucur Badak atau Kuih Paung. So boleh pelbagaikan menu untuk minum petang atau sarapan pagi. Kalau dah malas sangat, makan saja dengan roti.
Okay selamat berhujung minggu bersama sama keluarga dan orang tersayang. Memandangkan cuaca sekarang agak panas, lebihkan mengambil air kosong. Kurangkan aktiviti di luar.
nekcik memang suka makan ni dengan nasi impit..nasi impit tu biar yang lembik lembik sikit..memang berketul ketul lah makan nya
ReplyDeleteSedapnya mkn nasi impit...aritu ms anak2 ada kat rmh...dh lupa nk msk..sedeynya lar.Tggu next holiday lar nampaknya
ReplyDeleteSedapnya :)
ReplyDeleteMacam menu hari raya pun ada