Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Pagi Isnin yang cerah. Apakata kita cerahkan mata dengan hidangan set Nasi Ayam yang saya sediakan sebagai juadah di hujung minggu.
Agak lama juga sebenarnya saya tidak memyediakan nasi ayam di rumah. Mungkin sebab lauk ayam jarang dapat permintaan dari my other half. Bila cakap saja kita makan lauk ayam masak something, something... cepat cepat je suruh tukar menu. So kalau beli ayam, saya selalu beli small portion saja. Unless saya ada planning nak buat something.
Sebenarnya tidaklah sesusah mana untuk menyediakan nasi ayam di rumah. Lagipun set nasi ayam ini sudah merangkumi semua sekali, ada nasi, lauk dan sayur.
Rasanya dah banyak resepi nasi ayam yang sedap boleh kita jumpa di alam maya. Type saja Nasi Ayam, boleh pilih resepi mana yang berkenan.
Ada ayam yang goreng, dipanggang atau ala ala nasi ayam Hainan.
SUP AYAM
1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
2 inci halia - dihiris nipis
2 pokok bawang - potong anggaran 3 inci
1 sudu teh garam
Anggaran 10 cawan air
Cara cara
1. Masukkan semua bahan dan rebus hingga mendidih dan renihkan sebentar. Matikan api.
2. Asingkan anggaran 2.5 cawan untuk memasak nasi dan 3 cawan untuk sup. Yang selebihnya akan digunakan untuk memasak SOY SAUCE CHICKEN.
2. 3 cawan sup tadi asingkan ke dalam periuk kecil dan panaskan semula, perasakan dengan garam.
NASI AYAM
2 cawan beras - cuci dan toskan.
2 cawan atau lebih sikit
Lemak ayam - especially bahagian belakang ayam
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 helai daun pandan - simpulkan
Sedikit garam - jika perlu
Cara cara
1.Panaskan lemak ayam hingga mengeluarkan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar. Keluarkan lemak ayam atau biarkan saja jika suka.
2. Masukkan beras dan goreng sebnentar. Alihkan semua yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi. Tambahkan sup ayam, daun pandan dan garam jika suka.
3. Masak seperti biasa.
*** Jika suka boleh rendam beras dengan serbuk kunyit jika mahukan nasi berwarna kuning.
SOY SAUCE CHICKEN
1/2 ekor ayam dan sup
2 bunga lawang
1/2 cawan kicap cair
1 cawan kicap pekat
1/2 cawan gula
Cara cara
1. Masukkan semua ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sentiasa alihkan ayam supaya semua bahagian terendam di dalam kuah.
2. Masak anggaran 30 minit. Matikan api dan biarkan ayam di dalam kuah lebih kurang 15 minit. Keluarkan ayam. Boleh dimakan terus atau jika suka kulit ayam garing, boleh goreng atau grill ayam sebentar.
3. Kuah yang terhasil boleh digunakan sebagai sos kicap. Tambah perasa jika perlu.
Antara sos yang biasa dimakan bersama sama nasi ayam. Sos kicap, sos cili dan sos halia. Biasanya sos halia hanya dihidangkan di restoren chinese.
Ginger Garlic Sauce
4 inci halia - dicencang kasar
1 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak
secubit garam
Cara cara
1. Kisar halia dan bawang putih sehingga menjada paste. Panaskan minyak,tumis paste sebentar jangan terlalu lama. Masukkan garam, gaul sebati dan matikan api.
Chili Sauce
6 cili merah
3 inci halia
3 ulas bawang putih
Minyak bijan
1 sudu kecil garam
Gula
Jus limau
1 sudu teh cuka makan
Sup ayam secukupnya
Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali sup. Kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan sup ayam mengikut tahap kepekatan yang disukai. Jika suka cair, lebihkan kuah sup.
Saya suka sayur taugeh / taugeh celur ini setiap kali makan nasi ayam. Ada restoren yang menyediakan set nasi ayam yang disertakan sekali dengan sayur taugeh dan ada yang disediakan sebagai side order.
TAUGEH CELUR
Taugeh
Sos kicap
Fried garlic / Bawang putih goreng
Daun bawang
Cara cara
1. Celur taugeh sebentar. Toskan. Tuang sos kicap dan taburkan dengan bawang putih goreng dan daun bawang.
Set gini Ada kt the chicken rice shop khen kak...yg tauge tu mmg Ai suka but if Kat restaurant biasa x dak tauge gituew.
ReplyDeleteYa Ayu. Jarang jumpa set camni kat restoren biasa. Buat sendiri je senang sangat kalau beli side order akak rasa dalam RM3.50 kalau tak silap.
ReplyDeleteAssalam. Besnya nasi ayam.
ReplyDeleteAlhamdulillah Othman Zan, kalau buat sendiri tu boleh la ulang makan.
ReplyDelete