Salam dan Selamat Sejahtera.....
Hari ini sudah hari Khamis, mesti ramai yang tertunggu tunggu supaya hari Jumaat cepat datang sebab tidak sabar hendak bercuti panjang. Rasanya ramai juga yang akan bercuti sehingga hari Selasa depan.
Bila dah cuti panjang, mesti ada yang plan nak bersantai dan bercuti bersama sama keluarga ke destinasi pilihan. Bagaimana dengan kawan kawan semua? Saya dan suami akan pulang ke kampung, sebab my parents kurang sihat. Lagipun dah agak lama juga tak jengok kampung halaman.
Berbalik pada entry kali ini, saya letak Mee Kari Ketam requested by my husband.
Minggu lepas saya ada buat kari ketam untuk makan malam, sambil makan sambil berbual dengan my husband. Kadang kala di meja makan macam macam yang dibualkan, dari cerita berkaitan kerja hinggalah berkisar tentang isu semasa termasuklah bab makanan. Dah namanya pun di meja makan kan.....
Tiba tiba my husband cakap, kalau makan mee dengan kari ketam mesti sedap kan? Saya kata ok juga kot, sebab rasanya mungkin lebih kurang mee kari yang biasa saya buat tu. Mungkin lebih sedap sebab ada ketam di dalamnya. Saya cakap, naext time kita beli ketam, saya cuba buat Mee Kari Ketam.
So, Mee Kari Ketam untuk makan malam tadi.....
Untuk memnbuat kari ketam ni, saya gunakan ketam yang bersaiz sederhana untuk memudahkan semasa menghidang di dalam mangkuk. Kalau lebih rajin, boleh rebus ketam dulu, keluarkan isinya dan masukkan semua semasa memasak kari nanti. Ia lebih senang untuk orang lain menikmatinya, cuma tukang masak kena kerja lebih masa la kan.....
Tapi letih memasak akan hilang kalau lihat keluarga gembira menikmati hidangan yang kita masak. Lagi seronok kalau lihat mereka makan bertambah tambah ......
Saya sudah beberapa kali letak entry berkaitan mee kari. Anda boleh lihat di sini untuk resepi mee kari. Cuma gantikan ayam dan kerang dengan ketam dan sesuaikan rasanya dengan selera masaing masing.