Saturday, May 28, 2011

Mee Kari Lagiiii


 Menu dinner malam tadi ialah Mee Kari....

Sebenarnya saya lebih prefer Mee atau Bihun Sup, tapi memandangkan ini ialah special request dari Man of The House jadi saya ikut jelah.

Lagipun,,,,
Hari ini ialah Hari Jadi dia. So saya masak sajalah apa yang dia nak makan. Bukannya susah sangat pun.



Bahan bahan

300 gms Ayam - potong kecil
1 cawan isi kerang yang telah direbus.
2 kumtum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga*
Sedikit jintan manis*
Sedikit jintan putih *
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang ptih **
1 inci halia  **
250 ml santan pekat
600 ml air (anggaran )
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kisar
1 packet rempah kari ( RM0.60)
1/2 cawan jus asam jawa
Sedikit tauhu pok
Sedikit fish cake
Sawi - dicelur
30 sen Taugeh  - dicelur
Minyak untuk menumis
1packet mee kuning - dicelur

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda ** hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga nai bau.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati, biarkan seketika. Masukkan santan pekat, jus asam jawan dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Biarkan ia mereneh seketika, perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah hampir mendidih, masukkan isi kerang, dish cake dan tauhu pok.
4. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum dimatikan api dapur.
5. Masukkan mee kuning, sawi dan taugeh ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.

2 comments :

ijayuji said...

SaLamm kak Zila ! Sedapnyer mee kari! Lama kita tak buat dekat setahun lebih kot! Hihihi.... Ni yg bercadang cadang mau buat jugak niiii ari Isnin lah buat sbb weekend bz sikit :D btw, Happy besday buat suami akak jugak semoga bahagia dunia akhirat disamping akak yg tercinta cewahhhhhh! InsyaAllah!

L@dyKichiMachiko said...

perghhh....lama dah tak pekena mee kari wehh.all this while,asyik mkn instant Maggi Curry je.