Tuesday, May 10, 2011

Dark Soya Sauce Chicken Stew


Rasanya 2,3 hari ni saya sedikit malas nak memasak.

Cuaca pulak agak membahang dari pagi sampailah ke malam. Agaknya sebab tu kot.... ( alasan orang malas...) So malam tadi masak menu yang simple, Chicken Stew.

Bahan Bahan
4 ketul ayam
1 labu bawang
2 ulas bawang putih
1 batang  kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 helai daun bay
1/2 sudu makan cili kisar
1 inci halia
1 ketul kentang
1 batang lobak merah
Sedikit bancuhan tepung ubi
2 sudu makan kicap
Garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Mayang bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan yg telah dimayang, kulit kayu manis, cengkih dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan ayam, gaul dan biarkan sebentar. Masukkan air secukupnya , kentang dan lobak merah yang telah dipotong kiub serta daun bay.
3. Masukkan kicap dan renehkan dengan api sederhana.
4. Perasakan dengan bahan perasa dan masukkan bancuhan tepung ubi untuk pekatkan kuah. Pastikan ayam masak dan kentang sudah empuk sebelum matikan api.

5 comments :

pB said...

4 ketul jer???

kalau kat umah , sekali masak 1/2 ayam

hazila said...

pB
hahahaha..makumlah ada 2 kepala je kat rumah. Buat 1/2 ekor ayam alamatnya masuk tong sampah la ....

ijayuji said...

Salam kak zila! iskhhh! sedapnyer tgk stew akak tu! masuk list lah! suke makan makanan rebus2 gini :D

ShashaCatering said...

Wahhh.... Saya suka masakan stew ni, sedaaaapp... Lagipun, rendah lemak. Sangat menyihatkan.

Betul ke?

Thanks for sharing the recipe ;)

Ummi said...

Assalam Hazila, apa khabar..waaah ada steww...sedap makan mcm tu jek..i liiikeee...