Friday, July 30, 2010

Air Gembira



Kenapa di panggil Air Gembira? Sebenarnya saya pun tau.... Boleh gitu? Saya jumpa resepi air ni dalam majalah Mingguan Wanita yang bila entah. Belek belek cam sedap je air ni, mungkin lepas minum terus rasa gembira kot.....

Bahan bahan
1 tin air perisa strawberry (soda)
Aiskrim perisa vanilla
ice cube
sedikit cincau

Cara cara
1. Masukkan ice cube dalam gelas, tuang air tin. Scoop aiskrim ke dalam gelas.
2. Taburkan cincau yang telah dipotong halus.
3. Sedia untuk dinikmati.

Breakfast pagi tadi....


Pagi tadi breakfast yang segera je.  Hari tu saya ke pasaraya, ternampak ready made Garlic Bread kat bahagian frozen food. Saja je tangan ni gatal angkut masuk troli. Terfikir manalah tau mood nak masak takde, boleh je guna masa kecemasan. Mushroom soup tu pun saya beli yang ready made jenama Maggie kot. Ingat nak ke pasar beli barang basah, tapi my husband cakap tak perlu sebab dah nak weekend. Standard la kan, weekend selalunya saya gantung periuk belanga.

Thursday, July 29, 2010

Sambal Bilis Terung Pipit

Dah lama juga saya tak makan buah terung pipit atau ada setengah orang gelar Buah Terung Belanda. Tak pasti sebab apa, mungkun dulu dulu orang Belanda yang bawa ke Malaya atau memang org Belanda suka makan ke...
Dulu kat kampung senang sangat nak jumpa pokok terung ni, kebanyakkan rumah ada tanam atau ia tumbuh sendiri. Sekarang ni saya dah tak pernah nampak lagi kat kawasan rumah saya atau jiran jiran berdekatan.
Malam tadi masa decide nak buat nasi lemak, terfikir nak buat Sambal Bilis dengan Terung Pipit ni. Teringat masa kecil kecil dulu selalu juga buat sambal cam ni. Especially masa sekolah rendah dan kena waktu sekolah di sebelah petang. Selalunya bawa bekal ke sekolah kan, jadi ini antara menu yang selalu menjadi pilihan. Rindunya zaman dulu dulu.....

Nasi Lemak Buah Bidara.....

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak, Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba turutkan.....

Yaaa!!!!! Jangan sebabkan nak makan nasi lemak, sampai nak buang emak dan saudara ye.... Jangan nak durhaka tau. Apalah akak melalut pepagi buta ni kan. Ini mesti pasal semalam terlebih makan durian dan nasi lemak kot. Petang semalam masa lalu kat depan Giant Sec 13 tu ada org jual durian. Cakap dengan my husband, nampak durian tu cam sedap je. Then dia cakap, tak payah makan, you tu bukannya boleh makan banyak pun. So, takdelah berhenti beli pun.
Semalam my husband reguest nak makan nasi lemak, ok juga tu sebab dah lama tak makan nasi lemak. Lagipun kerja senang sebab tak pening kepala fikir nak masak lauk apa. Pukul 9.30 mlm my husband sampai rumah, dia suruh saya ambil buah dalam kereta. Saya tanya buah apa? Rupa rupanya dia beli buah durian 1 biji dan 1 kilo buah duku langsat. Hehehehe...tadi tak bagi makan, lastly dia pulak yang beli. masih ada separuh lagi buah durian, so malam ni fikir nak buat apa....

Tuesday, July 27, 2010

Sirap Cendawan Bunga


Merahnya Mak Ngah!!!!! Senang je, semua bahan yang dah ready made cuma campurkan je.

Bahan bahan

Air gula Sirap
Cendawan Bunga ( rendam sehingga kembang )
Air Secukupnya
Ice cube

Caranya : Campurkan semua dalam gelas dan minum!!!! Senang kan kerja akak.

Note : Cendawan bunga ialah cendawan yang biasa digunakan dalam minuman laici kang. Jangan la pulak masukkan cendawan shiitake ke, Button or Portabello pulak....

Meatball Spaghetti


Semalam kami dinner awal, rasanya pukul 6 petang. Bukan sebab masak awal atau makan yang lefover tapi lepas habis kerja terus my husband ajak makna kat kedai. Sebabnya my husband nak main golf so takut terlewat nanti saya kelaparan pulak katanya. Alahai, macam la saya tak tau nak cari makan sendiri.

Tapi sebabkan makan awal, bila dah pukul 9 malam, perut cam minta diisi. Ingatkan nak masak mee segera tapi takde stok pulak. Yang ada cuma bahan nak buat spaghetti. Belek belek dalam freezer, ada meatball yang belum expired lagi, itupun dah hampir hampir.... Maka terhasillah meatball spaghetti dari bahan yang dah ready made.

Monday, July 26, 2010

Award


Ambik award ni dari AzMas. Thanks a lot ye..
Yang ni award dari Kerull. Terima kasih banyak banyak. Kalau ada, bagi lah lagi. hehehehehe.......

Apple and Cinnamon Crepe

"An Apple a day, make your Doctor away" So guys, don't forget you apple for today. Otherwise you have to see Dr. Inahar. Hehehehe...just joking kak. Pagi tadi saya buat Apple Cinnamon Crepe bagi merasmikan Crepe Pan yang saya beli tu.

Apple Cinnamon Crepe

Ingredients
110 gm plain flour
1 egg
A pinch of salt
300 ml of fresh milk
15 gm melted butter
1 teaspoon sugar ( optional )
Methods
1. Stir flour and salt together, make a well in the center and add the egg and half of the milk. Stir well to make thick and free lump batter.
2. Add the remaining milk and melted butter and put the whole batter into blender and blend until smooth.
3. Heat the crepe pan, grease with butter or cooking oil. Pour the batter to make very thin layer. Cook each side approximately 1- 1 1/2 min or until golden brown. Flip over.
4. Serve with Apple Cinnamon and Choc Sauce.

: How to make the Apple Cinnamon
1. Peel, core and slice the apple.Toss them with 1 teaspoon of sugar.Melt the butter in pan, add the apples and a pinch of cinnamon powder. Saute until soft.

Crepe Pan


Ini ialah Crepe Pan, memang senang nk buat crepe aka lempeng omputih tu. Kalau rajin boleh cari kat kedai orang India yang menjual barangan household. Kalau kat Klang boleh cari kat Liitle India. Tapi kalau malas nak bersesak boleh order ngan Chik Mimi  ( chik mi, jangan lupa komisen ye sebab tolong promote). Kalau nak cepat lagi boleh beli kat GIANT Shah Alam untuk sesiapa yang duduk berdekatan. Bukan setakat buat crepe, boleh tebar roti jala, roti pratha dan yang seangkatan dengannya.

Menu Hari Minggu


Normally,  weekend saya jarang sangat memasak sebab these 2 days kami akan makan kat luar. Kadang kala dari breakfast sampai dinner. Tapi semalam cuma lunch je kat luar, lepas tu jalan jalan cuci mata sebelum kami balik lebih kurang pukul 3.30 ptg. Sebabnya petang tu lepas Asar, my husband nak ke rumah kawannya untuk Tahlil. Hari khamis lepas, isteri kawannya tu meninggal sebab breast cancer. Mula mula dia cakap nak tapau je makanan dari luar, tapi saya cakap tak perlulah sebab nak habiskan barang basah yg beli hari tu.
Hari tu kan saya ada buat Gyoza, banyak juga dapat so saya frozen yang balance tu. Semalam saya kukus dan buat simple sup dan jadilah Dumpling Sup.Kalau rebus sekali dalam sup, Gyoza atau Dumpling tu tak akan jadi terbentuk seperti itu. Untuk presentation purpose lebih baik kukus sebelum campur dalam sup. Tapi kalau dah malas, campak semua sekali la dalam sup tu.


 

Ada udang sikit, tak tau nak masak apa jadi saya buat sambal tumis. Tekak melayu kan, kalau takde yang pedas, tak puas makan nasi.

Saturday, July 24, 2010

Ikan Stim Halia & Bawang Putih

Menu semalam ialah Ikan bawal Kukus, minggu ni minggu menu ala ala cina gitu. Mula mula nak buat ikan siakap kukus tapi memandangkan ikan siakap takde yg bersaiz kecil, semuanya gedabak besarnya, kena tukar kepada ikan bawal. Resepi saya ambil dari Myresepi, nana_xjb.

Ikan Stim Halia & Bawang Putih

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ikan Siakap (ikan ikut suka)
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 inci Halia - Hiris Halus
  • 3 biji cili padi - hiris (boleh tambah/ kurangkan)
  • 8 batang Cendawan
  • 1 biji Tomato - belah 6
  • 2 batang serai - Ketuk
  • 1 helai daun limau purut - hiris halus
  • 3 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce (kite gune brand lea&perrin/Maggi)
  • 3 biji limau kasturi - ambil airnya sahaja

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam pinggan besar/ bekas tahan panas
  2. Kukus selama 15minit / sehingga masak

Hari tu masa pergi pasar, saya beli 2 ekor ketam. Sebelum ni dah masak 1 ekor buat rebus serai dan malam tadi habiskan yang tinggal 1 ekor tu. Kali ni masak lemak kuning pulak. Yang ni fav. my husband.

Friday, July 23, 2010

Gyoza


Tekak ni sejak baik demam asyik craving for this kind of food.Jadi semalam merajinkan diri sendiri untuk buat Japanese Gyoza.Kalau kita ke pasaraya, kita boleh nampak 2 jenis kulit wan ton ni. Satu berwarna kuning, biasanya ada yang bentuk segi empat dan bulat. Satu lagi ialah yang berwarna putih, bertulis Gyoza Skin. Hari ni saya gunakan skin yang berwarna putih.

Japanese Gyoza
Bahan bahan

Kulit Gyoza / Won ton secukupnya

* Bahan Inti:
* 200g isi ayam, dicincang
* 100g isi udang, dicincang
* 1 sb kubis bulat yg dicincang halus
* 1 sb daun kucai dicincang halus
* 2 pcs shitake mushroom - dicincang halus
* 1 1/2 sb kicap cair
* 1 1/4 sk garam
* 1/4 sk gula
* Secubit serbuk lada putih
* 1/2 sk minyak bijan
* 1 sk tepung jagung
* Minyak masak
* 1/2 cawan air

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan inti dan perap 30 min.
2. Masukkan 1 sudu inti di tengah2 kulit wantan, letak sedikit air di sekeliling kulit dan kepil.
3. Lipat segitiga.. Kepil dari tepi. Buat hingga habis
4. Tekan-tekan sikit pada bahagian lipatan.
5. Panaskan kuali leper, masukkan 1 sudu makan minyak masak, susun gyoza di atas pan tetapi jangan terlalu penuh.
6. Biar sehingga bawah gyoza menjadi keperangan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air, perlahankan api dan tutup kuali dengan penutup.
7. Biarkan air mendidih dan ini akan membuatkan Gyoza masak secara STEAMING selama lebih kurang 6-8 minit. Perhatikan jangan sampai hangit.
8. Angkat dan letakkan di atas serving plate bersama dengan kicap cair.

Thursday, July 22, 2010

Kailan With Salted Fish

Semalam masak Gulai Sotong untuk my husband dan since saya tak nak makan gulai, saya masak sup ayam untuk diri sendiri. Tapi malas nak ambil gambar. Semalam teringin nak makan sayur kailan dengan ikan masin. My husband pulak kutip ikan masin atas sayur tu je. Apalah makan sayur cam ni katanya.Simple dish tapi boleh bertambah tambah nasi.

Kailan with Salted Fish my Style

Bahan bahan
Beberapa batang sayur kailan - dicuci dan toskan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
100 gms isi ikan talang - anggaran- dipotong kiub
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak masak
1 sudu makan minyak bijan

Cara cara
1. Didihkan air, masukkan minyak bijan dan celur sayur kailan sekitar 5 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi.Masukkan isi ikan dan goreng hingga masak.
3. Masukkan sos tiram dan gaul hingga rata. Angkat.
4. Susun sayur kailan di dalam serving plate, tuangkan ikan masin tadi ke atasnya. Sedia untuk dinikmati bersama sepinggan nasi putih.

Wednesday, July 21, 2010

Steamed Tofu With Minced Meat

Ini antara my favourite chinese dish. Selalu end up dengan meratah je. Ini pun saya dah pernah buat dulu, jadi boleh refer pada label kalau nak resepinya ye.


Bahan bahan

1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai / daun bawang
3 stalks shitake mushroom
Garam

Bahan seasoning

2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air

Cara cara
  1. Steam / kukus tofu selama 2 minit dan buang air yg terhasil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, saute bawang merah dan putih hingga kekuningan, masukkan minced beef. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan seasoning ke dalam mangkuk, gaul sebati dan masukkan ke dalam kuali tadi.
  4. Kacau, masukkan shitake mushroom, carot,cili merah dan daun kucai / daun bawang. Perasakan.
  5. Sedia dinikmati panas panas.

Ketam Rebus Serai

Dah lama tak masak main dish kan. My husband pun dah menyuarakan hasratnya nak makan masakan dari air tangan isterinya yang lazat ni...( sila jangan muntah hijo ye...). So first dish yang dia mintak ialah ketam rebus serai yang simple ni. Senang bangat dong, semua bahan masukkan dalam periuk dan masak. Akak memang suka kalau masak yang senang senang cam ni. Dah pernah buat banyak kali, kalau nak intai resepi boleh check kat label ketam ye. Resepi ni saya agak agak je, ikut sedap tangan saya. Boleh tambah dan kurangkan ikut kesesuaian masing masing.

Bahan bahan

1 ekor ketam
1 batang serai - diketuk
1 cili hijau - dihiris serong
1 cili merah - dihiris serong
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 labu bawang besar - dimayang halus
1 keping asam gelugor
1 inci halia - di hiris nipis
1/2 inci kunyit hidup - dihiris nipis / atau boleh gunakan serbuk kunyit
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, putih, halia hingga wangi.
2. Masukkan air anggaran 1/2 cawan. Masukkan asam keping, kunyit dan serai.
3. Masukkan ketam dan gaul rata, Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Biarkan ia mendidih dan ketam masak. Angkat dan olehlah dihidang.

Sunday, July 18, 2010

Bubur Kacang Durian


Dari awal demam lagi, terasa nak makan buah durian. Tapi my husband tak bagi sebab masa tu demam saya agak teruk dan tekak pun sakit sangat. Tapi since dah reda sikit demam ni, malam tadi masa keluar dinner kat luar, kami singgah beli durian 2 biji. Sebiji makan mentah malam tadi, dan petang ni buat bubur kacang letak isi durian.
Bila dah dekat bulan puasa ni, berlambak lambak buah durian kat tepi jalan. Nanti dah masuk bulan puasa mesti lagi murah harganya. Saya dan suami bukan peminat tegar, tak boleh makan banyak sangat. Selalu beli sebiji atau dua je, itupun kadang kala bertapa dalam peti ais.
Jadi jemputlah makan bubur kacang hijau dan durian untuk minum petang ye......

Friday, July 16, 2010

Jus Alpukat lagi......

 
Dah beberapa hari tak update blog, masih tak berapa sihat sepeneuhnya lagi. Selsema dah berkurangan cuma batuk tak nak hilang. Tension bila terjaga tengah malam batuk dan tekak terasa gatal sangat. So bila siang tu terasa la mengantuk juga.
Since tak masak apa apa, saya letak gambar jus alpukat yang saya buat tadi. Actually nak pegang kamera pun takde mood bila badan tak sihat ni. Ambil gambar pun rasa macam tak menjadi saja. Harap harap cepat sembuh sebab rindu nak main masak masak.....
Oh ya, patutnya my husband ada Old Boys Weekend bermula hari ni sampai Ahad di Ipoh. STAROBA, bekas bekas pelajar STAR Ipoh. Every year diorang buat perjumpaan tahunan. Tapi bila saya tak sihat dan dia pun dah ada tanda tanda nak selsema juga, so tak pergilah. Lagipun tahun ni cam malas je dia nak join. Tadi pun ada kawan kawan dia yg masih dok pujuk my husband pergi juga, nasib baik dia tak tergoda, kalau tak saya mesti tension sebab kena tinggal sorang sorang dalam keaadaan yg tak sihat ni.

Ermmm...esok boleh ajak my husband pergi beli takoyaki lagi............

Tuesday, July 13, 2010

Couscous With Roasted Chicken


Dah lama tak main masak masak, jemu juga asyik makan outside food siang malam. Hari tu saya sakit tekak sangat, tak lalu nak makan. Teringin nak makan bubur macam mak saya selalu buat. Saya buat 1 cawan beras guna rice cooker, habis saya sorang je makan berulang ulang.

Saya beli couscous ni dah agak lama juga, sebelum saya sibuk nak berpindah tempohari. Semalam balik kerja, saya singgah beli ayam. Balik rumah saya buat roasted chicken ( boleh check resepi kat label ayam) dan makan dengan couscous. Saya beli couscous dalam packet dan cuma tambahkan air panas ikut sukatan yang telah diberikan, senang sangat.

Monday, July 12, 2010

I caught a Cold

Pix credit to google

Salam buat semua, aduhai penat berpindah belum habis lagi, tiba tiba di serang demam selsema pulak. Dari hari Jumaat lagi dah rasa hidung  dan kepala kurang selesa, tapi sebabkan nak selesaikan semua urusan secepat mungkin, semalam saya betul betul flat. Langsung tak larat nak bangun, tekak sakit sangat. Hidung ni pulak asyik berair, rasa cam nak cabut je hidung.
Dah tua tua ni bila demam dah macam budak budak pulak, mulalah teringin nak makan itu dan ini. Teringin nak makan durian la, teringin nak makan takoyaki la..... Tapi yang paling best teringin nak beli CD citer Korea.....hehehehehehe...memang demam mengada ngada.
So my husband bawa pergi beli takoyaki kat Shah Alam Mall, then dia suruh masuk kedai Speedy. Haa belilah ubat demam you tu... kih kih kih  dapat juga.

Wednesday, July 7, 2010

Busy Busy Busy!!!!!!

Sorry guys, this few days I'm a little bit tight with my works and some other things. My husband just bought a shop lot in Section 13, Shah Alam and we are busy moving out from old office to new one. So, there are a lot to do and I'm really tired and no time to do experiments with my cooking. I'll be back to update my blog once everything settled. Really missed all my friends out there. Muah muah muah......

Friday, July 2, 2010

Award

Thanks to Mysdear for this award, asyik tertangguh je nak ambil. Maaf ye terlewat sikit.

Eggplant Parmigiana

Dah beberapa hari berkampung kat Korea, jadi kita start pergi Itali lah pulak ye. Hari ni kita jadi vegetarian, asyik makan daging, ayam dan seafood je, apa kata kita ubah selera sikit. Dulu dulu saya tak suka makan terung, kecuali kalau buat pajeri je. Tapi bila dah selalu makan, rasa cam sedaplah pulak. Sebabkan saya terleka dan guna suhu suhu sedikit tinggi, cheese kat atas tu terhanguslah pulak. Tapi still okay. hehehehe...nak kata camne kan....

Ingredients

1 small eggplant
1 egg, slightly beaten
1 tablespoon water
1/4 cup all purpose flour
2 tablespoon cooking oil
1/3 cup grated parmesan cheese
1 cup meatless spaghetti sauce
3/4 cup grated mozzarella cheese

Methods

1. Washed and peell eggplant, cut cross wise into 1/2 inch slices. Combine egg and water, dipp eggplant slicess into the egg mixture, then into flour, turning to coat both side.
2. Preheat oven to 180C, in a large skillet, cook eggplant half at a time in hot oil until golden. Drain on paper towel.
3. Place eggplant slices in a single layer in a suitable baking dish, sprinkle with parmesan cheese. Top with spaghetti sauce and mozzarella cheese.
4. Bake for 10 to 12 minutes until heated through.