Wednesday, January 13, 2016

Talam Keladi Berlauk



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita buat tayangan Kuih Talam Keladi Berlauk. Gara gara mengintai blog Kak Gee Hut. Dah agak lama juga teringin nak buat tapi biasalah ada saja pertukaran perancangan. Tapi memandangkan stok Sambal ikan saya masih ada, jadi saya kuatkan semangat ( chewahhhhh ) buat juga Talam Keladi Berlauk. Ya lah kan, dah jimat masa nak buat intinya. Nanmpaknya ini resepi akhir guna Stok Sambal Ikan untuk kali ini. 


Dapat satu bekas kaca yang agak besar juga. Boleh sedekah pada jiran sebelah rumah. Tapi kalau ada ahli keluarga yang ramai, tak sempat nak hulur kat jiran. Sedap pada tekak saya. Tak sempat nak tunggu kuih betul betul sejuk saya dah potong, so nampak comot je. So lain kali kena ikut nasihat orang yang dah pernah buat, tunggu sampai kuih sejuk dulu.... ( peringatan untuk diri sendiri )


KUIH TALAM BERLAUK

BAHAN A
400 gms ubi keladi - di potong dadu dan kukus ( saya guna baby yam )
175 gms tepung beras
40 gms tepung jagung
20 gms tepung gandum
1 liter santan
Sedikit Garam

BAHAN B
Sambal Ikan

BAHAN C
Bawang goreng
Cili merah
Daun bawang

Cara cara
1. Campurkan semua BAHAN A kecuali keladi. Gaul sebati dan masak di atas api perlahan sehingga sedikit pekat. Matikan api
2. Masukkan keladi yang telah dikukus dan anggaran 3/4 cawan sambal ikan. Gaul sekata.
3. Lenserkan sedikit minyak pada bekas kaca, tuang adunan dan ratakan. Taburkan sambal ikan di atas permukaan talam. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 25 minit.
4. Taburkan hirisan cili merah, daun bawang dan bawang goren. Biarkan ia betul betul sejuk sebelum di potong.
5. Nikmatinya dengan sos cili.




Ada yang buat sos cili dan sos kicap khas untuk di makan bersama sama Talam Keladi Berlauk tapi saya agak kurang sikit kerajinan jadi saya hanya makan dengan sos cili. Itupun licin piring tu.

6 comments :

kakyon said...

tak pernah makan talam keladi. teringat masa kecik dulu ada jiran cina selalu bagi kat kami. tapi emak melarang kami dari memakannya.terkulat2 kami bila mak campakkannya dalam semak belakang rumah, masa tu tak paham lagi kenapa emak tak bagi makan.masih ingat lagi dia sebut " mik! waa buat talam keladi..kasi anak2 lu makan" :(

hazila said...

Yelah kakyon, kuih ni agak sinonim dengan kaum Cina. Masa tu mesti tension kan sebab tak boleh makan.

Gee® said...

Waaaa...banyaknya aksesori... mesti lagi sedap ni

hazila said...

Kak Gee,

Tak tau la makan kuih talam keladi atau makan aksesori yg kat atas tu...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ai pun X biasa mkn lg talam ni
Jakun betui Ai 🙈🙈🙈

hazila said...

Ayu,
This is my very first time buat sendiri tapi makan mungkin pernah once kot. Hehehehe