Monday, December 23, 2013

Kuih Bakar Daging



Hari ini saya agak terlebih rajin dan ada sedikit masa terluang. So sementara masa mengizinkan, saya masukkan dulu entry kedua untuk hari ini. Kuih Bakar Daging yang saya sediakan sebagai juadah minum petang semalam. Maklumlah semalam cuaca di Shah Alam agak mendung dan lembab, apalagi asyik fikir pasal makanan sajalah....

Bayangkanlah lunch pukul 1.30 ptg, kemudian minum petang pukul 5 ptg lepas tu dalam pukul 6.30 ptg my husband ajak keluar makan Satay Hj Samuri di R&R di Lebuhraya Guthrie. Sendat perut dibuatnya... Habis macam mana nak kurus.



Resepi asal dari blog www.fauziahsamad.com. Cuma saya buat 1/3 dari adunan asal memandangkan ahli dalam rumah cuma ada 2 saja. Instead of gunakan acuan kuih bakar/baulu kemboja, saya gunakan silicone moulds.

Untuk resepi asal boleh terjah blog tuan punya resepi dan kalau rajin saya akan salin semula resepinya nanti.


Enak dimakan bersama sama sos cili.

Kuih Bakar Daging

Bahan bahan

Bahan untuk Intinya
250 gms daging ( saya guna daging kisar)
1½ sudu rempah daging
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

Bahan untuk adunan tepung (batter)
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin 
Hirisan cili merah dan daun sup

CARA MEMBUATNYA:

1- Tumis bawang yang telah dicincang hingga kekuningan, masukkan rempah kari dan masak hingga wangi. Kemudian masukkan daging dan masak hingga kering. Ketepikan.

2- Pukul telor hingga kembang, kemudian masukkan semua cecair (susu/santan dan air).Kacau hingga sebati.
3- Masukkan tepung, kacau hingga sebati dan kalau perlu boleh masukkan ke dalam blender dan kisar seketika supaya adunan sebati dan halus.
4- Masukkan sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.
5- Panaskan oven pana suhu 160 darjah celcius, ambil acuan kuih bakar dan letakkan atas dapur. Letakkan ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan.
6- Bila sudah panas, perlahankan api dan tuang adunan ¾ penuh ke dalam acuan. Biar lebih kurang satu minit, sudukan daging yang digoreng tadi ke dalam acuan yang telah berisi tepung. Bila nampak garing di bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan api atas sahaja selama lebih kurang 15-20 minit.
7- Guna pisau dan keluarkan kuih semasa panas. 


Cara saya ( sebab tak jumpa acuan baulu kemboja )
1- Panaskan oven, api atas dan bawah pada suhu 160 darjah celcius.
2- Susun silicone mould di atas dulang pembakar, tuang aduan hingga 3/4 penuh acuan.
3- Sudukan daging yang telah digoreng tadi dan tabur diatasnya dengan hirisan cili merah dan daun sup.
4- Bakar selama lebih kurang 20 minit atas sehingga kuih sudah kekuningan dan nampak kuih sudah renggang dari acuannya.



Kerepek Ngaku @ Arrowhead Chips



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Kerepek Ngaku kembali lagi.
Ermmmm memang addicted betul kalau sudah mula mengunyah kerepek ni. Sedar sedar dah habis dalam balang. Tambahan kalau mengunyah sambil menonton cerita kesukaan di TV lagilah tak perasan balang dah tinggal serdak je.

Actually saya beli buah ngaku ni minggu lepas hari sabtu. Tetapi memandangkan banyak kerja menyebabkan operasi nak buat kerepek terlupa begitu saja. Tiba tiba teringat bila saya ke Tesco semalam, banyak betul buah ini di sana. So balik je terus buka peti ais, nampak buah ngaku dah hampir kecut. Jadi dari dibuang lebih baik rajinkan diri buat masa itu juga.





Process penyediaannya senang saja, cuma perlu kupas, cuci, hiris nipis/slicing dan goreng.

Apa yang saya lakukan ialah mula mula saya sediakan satu bekas yang sesuai. Masukkan air dan 1 sudu makan garam kasar. Kemudian saya kupas buah ngaku  dan parutkan ke dalam bekas yang mengandungi air garam tadi. Bila semua sudah diparut, saya biarkan seketika kemudian saya basuh dengan air paip.

Kemudian saya panaskan minyak, masukkan secubit garam kasar ke dalam minyak dan biarkan hingga minyak panas. Masukkan hirisan buah ngaku ke dalam minyak kemudian kacau perlahan lahan supaya hirisan buah ngaku tidak melekat. Balikkan beberapa kali sehingga warna kerepek keperangan.

Semasa anda memasukkan kepingan buah ngaku ke dalam minyak panas, minyak akan mengeluarkan gelembung gelembung kecil. Bila anda dapati gelembung sudah hilang, cepat cepat angkat kerepek kerana kalau tidak ia akan terlampau garing dan agak pahit.

Alhamdulillah kerepek saya mempunyai warna yang sedang elok, tidak masin dan tentunya sedap sekali.


Saturday, December 21, 2013

Steamed Chicken Boxing Curry


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Amboiiiiiii lamanya ahkak tak update blog kan..... ishhhhh susah betul nak cari ubat untuk buatkan diri ni rajin kemas "rumah" sendiri.

Tambahan sekarang my husband plan nak ubahsuai rumah sikit so banyak barang barang dalam store dialih kedudukannya. Susah juga nak cari segala peralatan/props ahkak...

Bila dah dipindahkan segala makhluk dalam store, maka jumpalah barang barang yang dibeli 2,3 tahun lepas tapi tak pernah digunakan. Sempatlah pakcik tu mengeluarkan amaran keras " Stop dulu beli your props or whatever it is"
Erkkkkk..... terkedu ahkak sekejap.

Tetapi memandangkan my husband nak ubahsuai rumah untuk memudahkan isterinya main masak masak dan ambil gambar jadi ahkak setuju jelah tak beli props sementara waktu. (psssst..... dia bukan tahu pun kalau ahkak beli)




Okay berbalik pada entry kali ini, saya tayang gambar Chicken Boxing.

Saya tahu...

Orang lain dah lama buat, saya saja yang masih ketinggalan. Baru sampai seru untuk buat chicken boxing ni. Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis dan asalnya dari Blog Diana Skyblue's Kitchen.

Jom kita berboxing......







Monday, December 9, 2013

Pulut Serunding Kelapa Udang Kering




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah hari ni cuaca agak panas di Shah Alam, sempatlah kering kain yang dijemuran. Ahli keluarga tidak ramai jadi tidaklah begitu risau pasal kain yang tak sempat kering.

Harap sang mentari akan bersinar dengan garangnya di Pantai Timur especially di kawasan yang dilanda banjir yang teruk. Semoga mangsa mangsa banjir dapat pulang semula ke rumah masing masing.

Setiap hari mesti call my parents tanyakan keaadaan mereka, walaupun air tidak masuk ke dalam rumah tetapi kebanyakkan jalan terputus hubungan dan agak sukar  untuk mendapatkan bahan basah. My husband suruh mereka berpindah ke rumah kami sementara menunggu keaadan pulih tetapi biasalah orang tua, risau meninggalkan rumah mereka.. Selagi boleh bertahan, mereka akan bertahan.



Actually saya buat pulut serunding kelapa ni pada hari Jumaat lepas, tiada berkesempatan untuk update dalam blog. Resepi serunding kelapa udang kering ni saya ambil dari blog CMG.

Ingatkan nak buat cucur badak, tapi rasa macam malas pula. Tapi serunding kelapa ini masi ada berbaki, kalau mood rajin nanti boleh juga buat cucur badak.



Kalau rajin nanti saya salin semula resepi Serunding kelapa udang kering ni, kalau tidak bolehlah intai kat blog CMG.




Tuesday, December 3, 2013

Cucur Jagung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang dah masuk musim tengkujuh, hujan kadang kala sepanjang hari. Sementara di Pantai Timur sudah ada yang dilanda banjir. Semoga kawan kawan yang berada dalam kawasan yang selalu dinaiki air sentiasa berwaspada.

Kepada yang ada anak anak kecil, kenalah beri lebih perhatian, maklumlah malang tidak berbau. Selalu kita dengar kanak kanak yang lemas akibat dibiarkan bermain dengan air hujan/banjir.



Memandangkan musim hujan dan hari yang agak lembab, apakata kita makan cucur jagung. Semalam sebelum balik kerja singgah beli udang, konon kononnya nak masukkan dalam cucur jagung. Entah macam mana, sampai rumah letak barang yang dibeli kat dapur then sibuk buat itu ini sampai terlupa nak simpan udang dalam freezer. Sedar sedar pagi tadi udang dah berbau. So saya tukar gunakan udang kering. Itulah bila umur makin meningkat, banyak saraf dah putus...asyik lupa saja.


Saya cari dalam internet banyak resepi yang keluar, ada kat rumah Kak Nor Secubit Garam, rumah Cik Mat Gebu, rumah Kak Patyskitchen dan ramai lagi. Ada pelbagai versi untuk membuat cucur jagung ni. Ikutlah apa yang ada dan apa yang kita suka.

Saya gunakan tepung gandum,isi dari setongkol jagung mentah, daun kucai, cili merah, beberapa ulas bawang merah, sedikit garam, segenggam udang kering dan air.

Ada yang tambahkan sedikit nasi dan ada juga yang letak yis dan juga telur.

Tepuk dada tanya selera. Yang mana satu sesuai dengan selera masing masing.


Friday, November 29, 2013

Tembikai Susu Bersantan



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Oh ya, hari tu saya tulis next entry hanya pada bulan December kan? 

Tak mengapalah since ada gambar yang boleh saya upload, saya akan update blog ni. Semuanya bergantung kepada masa dan keaadaan.

Actually bukanlah menu yang complicated atau yang awesome sangat pun, just simple and plain recipe. Saya nak habiskan balance buah tembikai susu dan kelapa parut dalam peti ais.



Kebiasaannya kalau nak buat dessert saya akan perah santan menggunakan air yang sudah dimasak supaya jika saya perlu panaskan, ia tidak perlukan masa yang lama.

Kebetulan masa saya balik Pahang tempohari, saya ada membeli manisan/gula kabong dalam bentuk cecair. Apa yang ada dalam fikiran saya pada masa tu ialah, sesuai kalau dimakan bersama kuih lopes atau boleh juga dicicah dengan lempeng. Tambahan sekarang musim hujan, bila hari cuti dan tidak kemana mana, mulalah perut bernyanyi minta diisi.



Apa yang anda perlukan cuma santan yang ditambah sedikit garam untuk menambahkan rasa "lemak" santan, buah tembikai susu yang dipotong dadu dan air manisan gula kabong. Kalau tiada, air gula melaka juga boleh digunakan. Kalau itupun tiada, anda boleh panaskan santan dengan gula pasir dan sejukkan didalam peti ais sebelum dimakan. Ataupun boleh masukkan ketulan ais semasa menghidang.


Tuesday, November 26, 2013

Spicy Soft Tofu Stew





Salam dan Selamat Sejahtera....

Tanpa sedar November sudah menghampiri penghujungnya. Dan tidak lama 2014 akan muncul, cepatnya masa berlalu...

Kalau dulu masa kecil, terasa lambat sangat masa berjalan. Bagaikan tidak sabar untuk menjadi dewasa, tetapi sekarang bagai tak cukup 24 jam sehari...

Itulah manusia namanya..

Tiada menu baru yang sempat dicuba,hujung minggu lepas memang dah siap beli barang sebab dah cakap dengan my husband nak masak something different during weekends. Memang tiada plan nak ke mana mana pun. Tiba tiba hari sabtu lebih kurang pukul 3 ptg, my husband suruh kemas baju, ajak balik Pahang. Biar betul... Apalagi, kelam kabut dibuatnya, tak perlu lipat, sumbat je apa yang sempat dalam bag then campak masuk boot kereta... Bila sampai kampung, baru perasan ada barang yang tertinggal....

Since tiada menu baru, just letak gambar Spicy Soft Tofu Stew. Layan gambar jelah ye...

Nampaknya bulan Disember baru ada entry baru sebab hujung minggu ni saya dan suami nak Cuti Cuti Pulau pula...

Selamat bercuti pada yang bercuti....


Tuesday, November 19, 2013

Pumpkin Chiffon Cake


Assalammualaikum dan Salam sejahtera.....

Bagai berkurun lama rasanya tak update blog. Memang malas yang teramat sangat lagipun sekarang sudah jarang ke dapur untuk sediakan lunch atau dinner. Kalau masak pun hanya yang ulangan atau simple sangat. Kalau dah malas sangat, masak mee segera saja. Tak kan itupun nak masuk dalam blog juga kot.....

Even camera pun malas nak angkat. Kalau outing pun guna handphone untuk ambil gambar. Huisshhhhh memang teruk kalau orang tua jadi malas ni tau....


Actually dah lama pending nak buat Pumpkin Chiffon Cake, walaupun dah pernah buat dulu dan failed. Alhamdulillah kali ni berjaya walaupun sedikit melekat di bahagian bawah pan. Saya modified dari resepi Matcha Chiffon Cake yang dibawah entry ni. Saya peminat tegar labu so apa juga menu berasaskan labu memang tak tolak punya...

Oh ya bercakap pasal matcha @ Green Tea, hari tu saya buat Green Tea Ice Cream. Memang terbaekkk la kat tekak saya. Tapi sebab malas nak snap picture, tak dapatlah nak share kat sini. InsyaAllah saya akan buat lagi memandangkan green tea masih ada berbaki.

Kepada semua pengunjung My Small Kitchen, terima kasih kerana sudi bertandang walaupun tiada entry baru. Akan mencuba sedaya upaya untuk buat regular updates.





Monday, October 28, 2013

Matcha Chiffon Cake


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sihat semua? Kalau rasa badan mula menunjukkan tanda tanda nak demam dan selsema cepat cepatlah makan ubat. Maklumlah sekarang cuaca tidak menentu, kadang kala hujan lebat dan kadang kala panas terik. Banyakkan minum air kosong.

Bercakap pasal minum air kosong, saya dulu memang tak suka minum air kosong. Seksa juga nak dapatkan 8 gelas sehari. Tetapi sejak kebelakangan ni ( sejak dah nak jadi warga emas ) paksakan diri untuk dapatkan 8 gelas sehari atau lebih.




Dulu saya selalu keliru antara Green Tea dan Jasmine Tea. Sebab saya tidak menggemari betul rasa dan bau Jasmine Tea. Tak boleh terima dek tekak.

Tetapi sejak dua menjak ni dah tersuka pula pada Green tea, boleh dikatakan setiap hari mesti nak minum. Lagipun sekarang nak kurangkan minuman bergula. Bukan sebab gula naik harga tetapi untuk kesihatan diri sendiri. Even sekarang dah tukar dari gula putih kepada gula perang.



Saya ada beberapa menu berasaskan Matcha @ Green Tea yang ingin dicuba samada yang sihat dan "tidak berapa sihat".

So resepi pertama yang saya cuba ialah Matcha Chiffon Cake. Sejujurnya resepi ini paling senang dan tidak menggunakan banyak bahan dan yang penting menjadi.

Kek saya gebu dan sedap pada tekak sendiri...


Kepada peminat Green tea, anda patut mencuba kek ini. Memang berbaloi.


Matcha powder - ehsan google

Matcha@Green Tea Chiifon Cake
Source: One Cookbook

Bahan bahan
3 biji telur kuning saiz A
75 gms gula ( 2/3 cawan buang 1 sudu teh )- saya gantikan dengan Organic Pure Cane Sugar
40 ml minyak sayuran ( 3 sudu makan )
60 ml air ( 4 sudu makan )
75 gms ( 2/3 cawan buang 4 sudu makan ) tepung kek
1 sudu makan ( about 10 gms ) matcha powder
1 sudu teh baking powder
3 biji putih telur saiz A
7 " Chiffon cake pan

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
2. Pukul kuning telur bersama sama sengan 1/3 gula kemudian tambahkan air dan minyak. Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung, matcha powder dan baking powder ke dalam campuran telur kuning tadi. Gaul sebati dan ketepikan.
4. Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan baki gula ke dalam dan putar hingga soft peak.
5. Masukkan telur putih ke dalam adunan telur kuning dan tepung tadi sikit demi sedikit hingga habis.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan tepuk pan beberapa kali supaya adunan sama rata.
7. Bakar hingga masak anggaran 30 minit. Keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biarkan hingga sejuk.
8. Gunakan pisau untuk keluarkan kek dari acuan.


Wednesday, October 16, 2013

Crunchy Caramel @ Florentine Cookies



Assalammualaikum dan Salam Aidil Aidha...

Bagaimana sambutan raya anda? Jangan ada yang pitam disebabkan makan daging berlebihan pula. Maklumlah bila usia makin meningkat, ketahanan kepada sesuatu makanan akan menjadi semakin menurun. Saya dan suami memang tidak boleh makan daging banyak atau terlalu kerap. Mulalah lain macam saja rasanya...

Oh ya, tahun ini saya dan suami menyambut Aidil Adha di Shah Alam saja, malas nak bersesak sesak dijalanraya memandangkan hanya cuti sehari.

Kebetulan hari Isnin banyak kerja yang perlu diselesaikan. InsyaAllah hunung minggu nanti baru saya pulang ke kampung.


Saya buat rendang ayam untuk dimakan dengan ketupat nasi di pagi hari raya. Then sebab dah tak tau nak buat apa, sempat lagi buat biskut crunchy caramel untuk buat kudapan. 

Ini baru namanya Rendang dan Biskut Raya

Sebab dibuat pada Hari Raya.

Selamat Berhari Raya.


Wednesday, October 9, 2013

Kek Pisang Gula Apong



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Sudah sarapan pagi? Apa agaknya menu hari ini, biasanya saya cuma ambil susu dan cereal saja memandangkan my husband tidak bersarapan di rumah. Adakalanya saya ambil sarapan di tempat kerja saja. Memang jarang sangat saya masak untuk sarapan pagi.

Tetapi malam tadi since tak perlu masak untuk makan malam dan bila nampak pisang emas yang sudah kehitaman, maka merajinkan diri buat kek pisang.



Oh ya, 2 minggu lepas semasa Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Putrajaya, saya terjumpa Gula Apong yang dijual di sana. Sebelum ini hanya sekadar mendengar dan lihat di alam maya saja. Saya beli satu bekas yang berharga RM6, tiada plan nak buat apa sebenarnya. Motto saya, beli dulu kemudian baru fikir bagaimana nak gunakannya...
(sila jangan ikut tabiat yang tidak berapa bagus ni ye adik adik......)


Saya sukakan kek pisang yang tidak teralu manis kerana pisang emas memang sudah ada manisnya yang tersendiri.

Layan gambar dulu ye, perlu siapkan kerja yang berlonggok atas meja.




Monday, October 7, 2013

Chocolate Crinkle Cookies



Eh tiba tiba hari ini saya terlebih rajin pula update blog. Kalau tidak seminggu sekali pun susah kan....

Bukan apa, bila ada masa sempat bereksperimen di dapur, bolehlah selalu update blog ni.

Kali ini saya share resepi Chocolate Crinkle Cookies yang saya ambil dari blog Cemplang Cemplung dari negara seberang.

Teruja bila nampak cookies tu berpecah dan nampak unik sekali. Rasanya pun boleh tahan juga.



Actually ini project saya semalam, kebetulan suami cakap tidak ada sebarang plans untuk keluar merayap. So bolehlah main masak masak selepas sediakan makanan tengahari.

Sangat senang untuk menyediakan cookies ini cuma perlukan masa kerana ia perlu disimpan di dalam peti ais sekurang kurangnya 2 jam atau lebih. Mungkin lebih elok kalau dibiarkan semalaman.


Memandangkan kita akan menyambut Raya Haji / Aidil Adha pada minggu depan, bolehlah dijadikan salah satu kuih untuk dijamu buat tetamu yang bertandang.




Spicy Sardines Puff



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada yang "Monday Blues" ke? Jangan lah begitu, senyum senyumlah selalu dan setiap hari ialah hari yang penuh keceriaan. Kita yang menentukan samada hari kita ceria atau pun suram.

Mari kita cuci mata dengan Spicy Sardines Puff yang saya buat untuk minum petang hari sabtu lepas. Bosan sebab tiada apa yang boleh dibuat, selongkar almari dan peti ais cari apa yang boleh dimakan sambil menonton TV.




Kebetulan ada sekotak instant pastry jenama kawan dalam peti ais yang entah bila saya beli. Masih belum habis tarikh luputnya ye... Then jumpa satu tin sardin saiz kecil dalam almari dapur. 


Apalagi, meh kita ke dapur....

Bahan bahan
Kulit pastry

Bahan inti
1 tin kecil sardin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu makan sos cili
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
2. panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, serbuk cili dan sos cili hingga naik bau.
3.Masukkan isi sardin bersama sama sosnya, sedikit air dan jus asam jawa.
4. Masak hingga kuah pekat sambil hancurkan isi ikan sardin. Matikan api.
5. Ambil satu pastry, kelarkan sebahagian dengan pisau atau lat yang sesuai dan letakkan inti ikan sardin di sebahagian lagi.
6. Lipat pastry dan tekan menggunakan garfu disekeliling pastry. Sapukan dengan kuning telur dibahagian atas pastry dan bakar hingga kekuningan.



Thursday, October 3, 2013

Cottage Pie



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Actually tiada menu baru yang sempat dicuba kebelakangan ini. Walaupun ada beberapa menu yang hendak dicuba tetapi masih belum berkesempatan untuk bereksperimen di dapur.




Hujung minggu lepas, kebetulan ikut kawan ke Klang untuk mengambil tempahan kuih untuk jamuan harijadi anak kawan masa sama sama kerja dulu.

Salah satu kuih yang ditempah ialah cottage pie atau Shepherd's Pie.


Apalagi balik kerja singgah cari barang yang perlu sebab sebahagian barang memang sudah ada di rumah.

Actually tidaklah susah mana pun nak menyediakannya cuma kalau nak buat banyak memang perlukan masa sikit. Tetapi kalau untuk makan sendiri lebih puas sebab kita boleh letak lebih bahan yang kita suka atau yang harganya agak mahal.


Saya dah pernah buat beberapa kali, so kalau perlukan resepi boleh semak di bahagian label. Kalau rajin nanti saya salin semula.

Bahan untuk filling

250gms minced beef / daging kisar
100 gms portabello mushroom / button mushroom
1 labu bawang besar yang berwarna kuning
100 gms mixed vege
2 sudu makan mushroom cream/soup ( dalam tin )
Air secukupnya

Bahan untuk Topping

Mashed Potato
3 biji Russet Potato - Kupas dan potong 6 bahagian, rebus hingga empuk. Toskan.
1 sudu makan butter
Susu segar / air secukupnya

Cara - Masukan butter dan kentang ke dalam bekas. Lenyek sambil dicampurkan dengan susu/air sedikit demi sedikit.

Mozzarella Cheese

Cara memasak filling
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah didadu hingga layu.
2. Masukkan cendawan portabello yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna dan sedikit kering.
4. Masukkan pula mushroom cream/soup dan sedikit air. Masak seketika.
5. Masukkan pula mixed vege, gaul rata dan perasakan jika perlu. Masak sehingga kering. Ketepikan.
6. Sediakan loyong/bekas kaca/bekas aluminium. Isikan filling dan top up dengan mashed potato. Taburkan dengan mozzarella cheese.
7.Bakar di dalam oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cairkan cheese.
8. Selamat menjamu selera.




Monday, September 30, 2013

Pulut Kelapa dengan Ikan Masin



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Ermmmm hari ini saya nak jamu mata dengan sarapan pagi ala kampung.

Pulut tanak di gaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan ikan sepat masin.

Pernah makan ke?




Biasanya ia adalah sarapan orang orang di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Kalau tidak silap, menu ini disediakan di waktu pagi, dimakan sebelum pesawah turun ke bendang.

Tetapi tidaklah mereka bulat bulakan pulut tu seperti saya buat. Saya buat untuk cantikkan food presentation saja.

Selain itu, kopi merupakan minuman yang sinonim dengan menu ini.


Sesekali mengimbau kembali kenangan lama berdasarkan cerita lama dari arwah nenek saya. Walaupun saya tidak pernah ke sawah tetapi boleh bayangkan dari cerita cerita orang orang lama.

By the way, ini bukanlah sarapan saya pagi tadi. Tak tahan mata kalau makan pulut awal awal pagi, nanti layu pula mata waktu bekerja.



Thursday, September 12, 2013

Soy Panna Cotta with Passion Fruits


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....


Betul kata orang....

Bila dah lama tak update blog, memang ambil masa nak kembali aktif seperti dulu. Bukannya tak masak tapi rasa berat je tangan nak sediakan props dan nak ambil gambar.

Walhal dah plan pelbagai benda nak cuba especially bila tiba weekends. Even dah siap beli semua bahan, tapi bila sampai weekends, automatically jadi malas.

Tambahan kalau hari mendung dan hujan, lagilah malas dan lembab macam cuaca kat luar rumah.
( saje je nak salahkan cuaca la pulak kan.....)




Bila dah agak lama tak pegang kamera, gambar makin teruk la pula. Rasa macam goyang dan blur.

Memandangkan sudah agak lama tak buat dessert, semalam saya cuma buat simple dessert, Soy Panna Cotta. Kebetulan 2,3 hari lepas semasa merayap di Jaya Grocer terjumpa buah markissa atau passion fruit ni. Ingatkan nak buat jus saja, tapi ok juga makan dengan panna cotta cuma ia agak masam sedikit. Tetapi boleh tambahkan sedikit gula icing ke dalam isi buah markissa ini.


Wednesday, August 28, 2013

Tuna & Kimchi Onigiri



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita masih di dalam bulan Syawal, so masih boleh ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf buat tetamu yang datang kerana sudah agak lama blog ini tidak updated. Sejak 2 minggu Ramadhan hingga ke hari ini kesihatan tuan rumah tidak begitu memberangsangkan. Diserang selsema dan batuk yang seakan akan tidak mahu kebah. Hari raya pun tidak bermaya untuk kemana mana, even terpaksa menolak untuk menghadiri rumah terbuka mengenangkan selsema dan batuk yang agak "mengganggu". Kurang selesa nak berbual kalau asyik bersin dan batuk tak berhenti.




Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa saya gantung periuk tambahan bila kesihatan tidak mengizinkan menambahkan kemalasan yang amat ketara untuk ke dapur atau mengangkat kamera.

Bila usia makin "muda", maka macam macam penyakit yang datang menyinggah dan susah untuk hilang.

Memandangkan agak lama tak update blog, saya letak entry pemanas badan. 

Tuna & Kimchi Onigiri.


Sila panas panaskan mata dulu ye, sambil akak memanggil semangat yang hilang....


So sesiapa yang ambil semangat akak tu,

Sila pulangkan semula ye.....