Thursday, October 3, 2013

Cottage Pie



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Actually tiada menu baru yang sempat dicuba kebelakangan ini. Walaupun ada beberapa menu yang hendak dicuba tetapi masih belum berkesempatan untuk bereksperimen di dapur.




Hujung minggu lepas, kebetulan ikut kawan ke Klang untuk mengambil tempahan kuih untuk jamuan harijadi anak kawan masa sama sama kerja dulu.

Salah satu kuih yang ditempah ialah cottage pie atau Shepherd's Pie.


Apalagi balik kerja singgah cari barang yang perlu sebab sebahagian barang memang sudah ada di rumah.

Actually tidaklah susah mana pun nak menyediakannya cuma kalau nak buat banyak memang perlukan masa sikit. Tetapi kalau untuk makan sendiri lebih puas sebab kita boleh letak lebih bahan yang kita suka atau yang harganya agak mahal.


Saya dah pernah buat beberapa kali, so kalau perlukan resepi boleh semak di bahagian label. Kalau rajin nanti saya salin semula.

Bahan untuk filling

250gms minced beef / daging kisar
100 gms portabello mushroom / button mushroom
1 labu bawang besar yang berwarna kuning
100 gms mixed vege
2 sudu makan mushroom cream/soup ( dalam tin )
Air secukupnya

Bahan untuk Topping

Mashed Potato
3 biji Russet Potato - Kupas dan potong 6 bahagian, rebus hingga empuk. Toskan.
1 sudu makan butter
Susu segar / air secukupnya

Cara - Masukan butter dan kentang ke dalam bekas. Lenyek sambil dicampurkan dengan susu/air sedikit demi sedikit.

Mozzarella Cheese

Cara memasak filling
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah didadu hingga layu.
2. Masukkan cendawan portabello yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna dan sedikit kering.
4. Masukkan pula mushroom cream/soup dan sedikit air. Masak seketika.
5. Masukkan pula mixed vege, gaul rata dan perasakan jika perlu. Masak sehingga kering. Ketepikan.
6. Sediakan loyong/bekas kaca/bekas aluminium. Isikan filling dan top up dengan mashed potato. Taburkan dengan mozzarella cheese.
7.Bakar di dalam oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cairkan cheese.
8. Selamat menjamu selera.




6 comments :

Ummi said...

Assalamualaikum Hazila, apa khabar? waahh lamanya akak x bertandang ke dapur rakan maya gara2 dapur akak pun dah mcm basi gitu... Ringkas dan sedap je nampak pie nih...anak2 akak mesti suka, diaorg jenis suka makan dpn laptop, elok sgt wat food gini ek...hehe

Bbwana adienia said...

salam..

em, sedapnya makan pie..

ummiaisyah said...

penah mkn kwn buat...mmg sedap....sy nk tggu ada mangkuk cun cam kak zila br nk buat...muahahahah

Kak Nik Ja said...

sedap dan chomei sgt!

Liza said...

dah lama Liza salin resepi ni cuma tak sampai seru nak buat lg....hihihi

fuzidss said...

pie oh pie... bila lah nak mencuba ni