Wednesday, June 15, 2011

Cranberries Baked Cheese Cake


 Salam,

Selamat pagi buat semua kawan kawan, sudah sarapan? Atau barangkali masih meneruskan puasa di bulan Rejab.


Semalam nampak ada kawan kawan/blogger yang buat Light Cheese Cake, adussss sedap je nampak. Terbayang bayang je cheese cake kat depan mata. Fuhhh mana tahan.... So sebelum balik rumah, singgah pasaraya nak cari cream cheese, kebetulan ada promosi 500gm cream cheese cuma berharga RM 10.90 rasanya. Normal price 250gm ialah RM6.50.

Seperti biasa, saya kan selalu derhaka pada resepi, pandai pandai tambah dried cranberries dalam adunan kek dan siap buat cranberries sauce lagi. Sedikit kelainan untuk mempelbagaikan resepi yang ada.




 Rasanya resepi Light Cheese Cake dari rumah HaSue, cuma saya tambahkan dried cranberries saja dan saya lebihkan kuantiti cream cheese untuk lebih moist and cheesy flavour. Memang marvelous, sedap, lembut dan cair di dalam mulut. Bahan yang digunakan pun tak banyak, prosess yang senang juga, jadi kena cuba, insyaallah tidak mengecewakan.

Dulu dulu rasa macam susah sangat nak buat cheese cake yang macam di jual di bakeri, tapi sekarang dah tak beli lagi, kalau terasa nak makan je, terus buat sendiri. Proses yang paling penting ialah masa nak buat meringue tu. Pastikan putih telur di pukul hingga betul betul soft peak atau stiff, insyallah cheese cake tu akan menjadi.




 Bahan bahan
125 gms cream cheese ( saya letak 200 gms )
3 biji telur ayam
300 ml susu segar
80 gms tepung
80 gms gula
80 gms butter
Sedikit jus lemon / perasa vanilla
50 gms dried cranberries ( saya letak sendiri )

Cara cara
1. Masukkan cream cheese, butter dan susu segar ke dalam periuk. Panaskan, kacau dengan whisk hingga sebati, tak perlu sampai mendidih. Ketepikan.
2. Asingkan putih telur dengan kuningnya. Pukul putih telur hingga kembang dan gebu. Masukkan gula, jus lemon dan pukul lagi hingga soft peak atau bertanduk.
3. Pukul ringan kuning telur, masukkan ke dalam bekas berisi adunan cream cheese tadi. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Tuang meringue/putih telur ke dalam adunan cheese tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga betul betul sebati. Jangan overdo.
5. Griskan bekas kek, taburkan sedikit tepung. Tuangkan adunan, taburkan dengan dried cranberries dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu bergantung pada oven masing masing, sekitar 160 darjah celcius.


26 comments :

♥LOVE2COOK♥ said...

Such a feast to the eye and tummy kak!! Loved your photos...! :D

chikadakbiru said...

sedapnyee hazila....saya barang semua dh ada...tunggu vitamin R jeee huhuh...
gambar cantik..nampak sangat gebus

CT Delima said...

As'salam Hazila

memang sedap dan buat kak ct kecur okey. dah lama tak makan cheese cake. nak buat lagi tak pernah. tengok pada resipi macam senang. tapi... kena tunggu rajin jugalah macam kat Cb tu... hehehe

hazila said...

Love,
Thanks, your photos look nice and yummy too.

hazila said...

Chikadak biru,
Resepi ni senang dan ambil masa yg tak lama. Finished productnya pun tidak mengecewakan.

hazila said...

Kak CT,
WS, sejak dua menjak buat cheese cake menjadi je, terus jatuh chenta.

kasihredha said...

sungguh best...macam nak terus buat je...

hazila said...

kasihredha,
Buat kak, jangan tak buat.....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

uwaaaa hentak kaki lagi sebab n3 ketiga buat cheese cake...mengoda iman betul ...sob sob sob

hazila said...

Ayu,
patut la terasa gempa bumi tadi, rupa rupanya ayu hentak kaki. hehehehe...

Gee® said...

Sedapnya...menggiurkan...yum yum..

hazila said...

Gee,
Memang sedap, nak rasa?

Anna Qawina said...

brg2 dah redy...rasa nak baking tu lom redy..hehe,,nmpk soft je kan..huhu

hazila said...

Anna Qawina,
memang soft, kena buat sebab semua brg dah ada. Tapi saya pun selalu juga, barang ada tapi RAJIN yg tak ada.

K.Nor said...

mmg cantik, gebus jer..

LuN@_aiDi said...

salam k.zila, nmpk cheesecake neh sgt cedap^^ pernah buat tp xgebu camneh..hihii

Liz said...

wow meleleh air liur liz tengok gmbar kek ini..nanti liz cuba

hazila said...

Kak Nor,
Memang gebus kan...

hazila said...

Luna,
WS, mungkin masa buat meringue tu tak soft peak kot...

hazila said...

Liz,
Cubalah, Insyaallah tak mengecewakan.

cik cek said...

Alamak! Kak cek leatla sampai...sedapnya cheese cake...ada lagi ke...kak cek nak sepotong...

ummiross said...

sedapnya, kecur ni....

hazila said...

cik cek,
lambat sikit je, takpe lain kali saya bagitau awal awal.

hazila said...

ummiross,
insyallah sedap, cubalah.

ijayuji said...

Salam kak zila!! tak pernah cuba yg baked kalau ciskek gini, nanti nak buat jugaklah! takut fail masa kaup balik pastu bakar selalu tak masak huhuhu...

AdiLaH said...

tepung tu tepung aper?

nmpk sgt menarik..teringin nk buat la..