Monday, June 6, 2011

Cream Caramel


Hari tu nampak ramai yang buat cream caramel yang letak roti dan ada yang letak kentang rasanya. Kononnya saya pun nak letak kentang la juga, tapi bila check dalam kantung, rupa rupanya kentang dah tumbuh. Punyalah lama terperap dalam kantung tu....

Jadi nak tak nak, buat sajalah cream caramel yang biasa biasa tu.

Kebelakangan ni saya selalu gunakan tripod setiap kali nak shoot gambar, memang lebih selesa dan gambar pun ok sikit. Maklumlah jurugambar amatur la katakan. Tetapi tripod yang dapat FREE masa beli DSLR tu kurang stabil sikit. Tetapi daripada takde langsung, boleh pakai la juga.

Sebenarnya ada cerita masa saya nak shoot gambar cream caramel ni. Mood tak berapa nak ada so malas betul nak pasang kamera kat tripod. Saya ambil gambar waktu malam dalam bilik stor yang telah saya jadikan mini studio saya. Jadi untuk balance kan cahaya, saya sandarkan satu reflector di sebelah kiri dan 2 lampu di sebelah kanan saya.
Bila nak ambil sudut yang macam bagus pada pandangan saya, maknanya kenalah bergerak ke kiri atau ke kanan, entah macam mana siku saya terkena reflector kemudiannya benda tu jatuh tersembam atas cream caramel tu.  Apa lagi, pecah la cream caramel tu. Sebabkan saya malas nak tukar yang baru, saya repair supaya tak nampak sangat 'kemusnahannya'. So cari buah apa yang ada untuk cover sikit kat bahagian atas.

So moral of the story, jangan la MALAS sangat.......




13 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ahkakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
x aci taw
suka buat cheq meleleh ayaq lioq...dah la caramel nie peberet ayu....yg atas tue buah naga ek?

Anna Qawina said...

uish...sedapnya...

hazila said...

ayu,
buah naga dengan blackberry

hazila said...

Anna,
walaupun dilanda kemusnahan, tetap habis juga.

aLoY said...

ish.. cantik btol caramel die.. jeles. bila kita nk ader kamera mahal lak ni..

ijayuji said...

Salam kak zila! waaaaaaa... kita kalau karamel gini suke karamelnyer ajerr kdg tu kita buat 2 adunan tuk karamel ajerr suke jilat2 dia punyer karamel tu hihihi... haaaaaaa... baru nmpk gmbr daging akak, rebung mesia kita tak pernah makan, bau kuat tak? rebung siam humang aiiiiii! hilang selera nak makan hihihi kalau nk makan beli rebung jepun mmg tak de bau :D

hazila said...

Aloy,
Insyaallah adalah rezeki nanti tu... Ini pun masih banyak teknik untuk ambil gambar yg perlu dipelajari.

hazila said...

Ika,
WS. Rebung fresh ni takdelah bau sangat macam rebung jeruk dari siam tu. Tapi sedikit pahit. Akak teringin juga nak cuba rebung jepun tu tapi tak tau nak beli kat mana.

CT Delima said...

As'salam Hazila

memang sedap betul cream caremal ni. memang tak jemu kalau makan. tambah2 kalau simpan jap dalam petiais ...nyamannya macam dah terasa2 dalam mulut :D

kasihredha said...

ahahhaha...sama le kita. Kentang dan bawang akak pun selalu tumbuh pucuk dah.
cantikle dragon fruit dan blackberry tu.. :)

anymz said...

semua cantik,karamel nampak sedap,naga nampak best,bekas pun cantik..dah lengkap utk menarik perhatian tetamu yg dtg..

Amie said...

kita suka sangat puding karamel... mudah & sodap...lagilah kalu tambah bebuah...

bobhandburry said...

Salam kunjungan... blog menarik, senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com