Wednesday, June 22, 2011

Popia Pisang bersama Sos Vanilla


Selamat pagi Malaysia...
Menu popia pisang gara gara nak menghabiskan baki kulit popia. Lama lama nanti keras kejung pulak kulit popia dalam peti ais.

Kali ni kita pelbagaikan sikit, dulu saya pernah buat tapi saya letak choc sauce, tapi untuk kali ini saya buat simple vanilla sauce to go with this lovely popia pisang.

Bahan bahan
Kulit Popia
Pisang

Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam

Cara cara
1. Letakkan sebiji pisang di atas kulit popia, gulung dan goreng hingga kekuningan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
3. Hidangkan popia pisang bersama sama dengan vanilla sauce.

*** Vanilla sauce ini juga sesuai untuk sebarang dessert lain seperti bread pudding.




8 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

adakah ayu yang jakun????
x pernah makan popia pisang pow uwaaaa...nie 1st time dengaq...amat jakun rasanyer :D

♥LOVE2COOK♥ said...

Popia pisang mmg fav!!! Sll makan ngan aiskrim..hehee! :D

Yours is calling me over and over kak! Vanilla sauce...mmmm sounds good! :D

kasihredha said...

nak cuba...nak cuba
menarik2

hazila said...

Ayu,
sedap popia pisang ni, especially kalau pisang yg hampir ranum. Cubalah.

hazila said...

Love,
Popia pisang with vanilla ice cream also incredible delicious...

hazila said...

kasihredha,
Cubalah kak, senang dan cepat disediakan.

aLoY said...

vanilla sos.. kene cuba nih.. mesti sedap.. tq kak share resepi nih..

Amie said...

mula2 makan popia inti pisang mmg terkejut...lepas tu jumpa pulak popia inti benda lain, tak terfikir masa tu popia ni boleh isi mcm2 inti.... byk2 kuih, popia paling diminati tp kena tgk intinya jugalah... hehehhee