Friday, June 24, 2011

Apam Keledek Jepun


Salam di hari Jumaat....
Semalam mood datang untuk buat apam. Nampak chik mimi buat apam labu, memang teringin nak buat tapi selalu tak jadi, ada kalanya apam tu bantat dan keras kejung je jadinya. Rasa cam phobia gitu....

Thanks to Kak Nor Secubit Garam, sebab bagi tips bagaimana nak menjadikan apam tu naik, lembut dan gebu gitu.

Alhamdulillah, menjadi apam ni dan memang lembut dan gebu, Tapi gambar hari ni malap semacam je, macam cuaca kat luar tu. Agaknya nak hujan kot. ( Cakap je la tak gheti ambik gambo, nak salahkan cuaca la pulak....)

Seperti biasa, saya suka sangat menderhaka kat resepi orang. Bukan apa, takde labu atau kentang kat rumah. Yang ada cuma keledek Jepun yang saya beli hari ahad lepas kat Jusco. Sajalah testing gunakan keledek, ok apa. Sedap dan lemak berkrim lagi. Oh lagi satu, saya derhaka lagi, patutnya guna santan tapi saya pandai pandai guna susu segar. Nasib baik menjadi, kalau bantat juga, jangan salahkan resepi ye.. Saya update resepi yang telah saya modified.

Bahan bahan
200 ml air
3/4 cawan gula
1 helai daun pandan
2 cawan tepung beras
1 cawan keledek jepun yang sudah direbus
3/4 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
250 susu segar

Cara cara
1. Masak air, gula dan daun pandan hingga gula larut dan ketepikan.
2.Kisar keledek bersama sama dengan sus segar. ketepikan.
3. Di dalam bekas lain,campurkan tepung gandum, tepung beras, garam, yis,baking powder dan garam.
4. Tuangkan air gula, campuran susu dan keledek, gaul rata. Masukkan semula dalam blender dan kisar halus. Peramkan selama 1 jam atau lebih.
5. Panaskan kukusan, tuang adunan ke dalam bekas yg telah disapu sedkit minyak masak, biarkan adunan di dalam bekas beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam kukusan.
6. Kukus sehingga masak, sejukkan dan hidangkan bersama kelapa parut yang dicampurkan dengan garam jika suka.


6 comments :

ibundo said...

salam jumaat,
wow.. cantik gebu. tentu rasanya enak..

Gee® said...

sedapppnyerrr....kak gee nak 2 butir boleh?

K.Nor said...

k.nor pun pernah derhaka kat resipi, guna keledek jepun la, keledek kuning la.. tak kisah la zila..mulut kita yg nak makan kan .. alhamdulillah.. menjadi gak ya buat apam.. lps ni makin rajin la mengapam tu.. hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

buat apam ni bermusim..
bila sekali menjadi mesti rasa nak buat lagi & lagi & lagi...
tapi bila sekali tak jadi.. memang terus rasa phobia... hehehe...

Chik Mimi said...

wahhhhhh cik kak dia pun kena jugak virus tu sedap dak apam tu?

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kasi sepinggan kat ayu gak....manis kat ubi nie...yummy