Saturday, June 18, 2011

Popia Daging


Bahan bahan
Kulit popia secukupnya

Inti
300 gms daging kisar
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu makan rempah kari daging
1biji ubi kentang dipotong dadu dan direbus sebentar
1 tangkai daun sup
Garam dan serbuk lada sulah
Sedikit campuran tepung jagung dan air sebagai pelekat

Cara memasak inti
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging dan biarkan hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan rempah, ubi kentang, daun sup, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan hingga masak dan kering. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
3. Sediakan kulit popia, isikan inti dan gulung. Lekatkan dengan pelekat tepung jagung dan goreng di dalam minyak yang panas. Biarkan hingga kekuninggan sebelum diangkat.

12 comments :

'''' UMUTSEPETİ ''' said...

Mmmm,ne hoş bir görüntü bu böyle..
Ellerinize sağlık..
Sevgilerimle..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akakkkkkkkkkkk
best makan panas2 nie...mau skrng tgh ujan plak....bak ayu 5 ketul hikhik...jamu mata jer la :-p

Cendana Kasih said...

bestnyer Zila..kita tengah lapar ni..mintak 2 ketui leh?? hehe

Nieza said...

sedapnya popia tu...cantik dan kemas jer...rasa nk ngap terus jer ni...hehe

AZLITA AZIZ said...

ita suka ni.... mintak sepiring boleh???

fYZa said...

ehh teko same cam kat umah,,hee

Nuridah said...

Zila,

1 cawan air aje ke?? Utk kak nur tak ada erk?? Hehe....dh haus nie.

Anna Qawina said...

waaa...ada lg? nak 2 ketul...

Chik Mimi said...

sedapnya zila lama tak mempopia

Yat Maria said...

Zila

yr photos are seriously fantastic!! selalu wat orang terguda :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Akak stand by ni untuk ramadan. Selalunya akak makan ni aje tolak nasi ketepi dahulu. Sedap ya!!!!

Diana @ Melley Mey said...

dah lama x buat popia... anak2 mmg suka makan popia mcm nie.. tapi mummy dia nie yg x rajin nak buat.. :D.. nampak popia nie mmg sungguh sedap...