Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Sotong Bakar Bersumbat


Salam 10 Ramadhan..


Ramadhan kali ini memang terserlah "kerajinan" saya.......


Ingatkan cuti hujung minggu, nak masak untuk berbuka dan sekaligus boleh update blog. Nampaknya tekaanku meleset jua.. Masih lembab dan lemau rasanya nak ambil gambar. 
Semalam memang tak pergi langsung ke Bazaar Ramadhan, sebab dah nekad nak masak semua jaduah berbuka. Semangat berkobar kobar.....

Menu semalam, Kari Ketam, Sayur Campur, Sotong Bakar Bersumbat dan Air Tembikai Laici.


SOTONG BAKAR BERSUMBAT

Bahan bahan
1 ekor sotong bersaiz besar - bersihkan dan tos.
1 batang serai
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 cili merah dan hijau
1 sudu makan isi udang
1 sudu makan kelapa parut
2 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Secubit jintan manis
1/2 sudu kecil garam ( anggaran )

Cara cara
1. Tumbuk semua bahan hingga halus.
2. Ambil sotong yg telah dibersihkan, lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit.
3. Kemudian sumbat bahan yang telah ditumbuk ke dalam perut sotong hingga hampir penuh. Tutup dengan menggunakan lidi.
4. Bakar hingga sotong masak.

Tuesday, April 10, 2012

Sotong Goreng Cili Kering


Salam di pagi Selasa yang dingin...


Hari tu saya ada nampak rakan blogger buat entry berkenaan sotong yang kelihatan seperti bunga. Nampak cantik seperti bunga berkembang. yelah, walau macam mana pun di potong, sotong tetap rasa sotong cuma dari segi persentation, ia memang menarik mata. Bagus juga untuk menarik minat kanak kanak untuk makan.

Ermmm kadang kala habis idea nak masak apa dengan sotong. Menu yang selalu terlintas cuma sambal sotong, sotong masak kunyit atau sotong bakar. My husband selalu cakap, haiii buku masakan bertimbun tapi masih takde idea nak masak apa? Kadang kala memang nak mencuba resepi yang berlainan dari buku masakan, tapi masalahnya kalau menu menu yang "pelik" dia juga yang tak akan sentuh. Dah membazir makanan dan tenaga nak memasaknya. Jadi lebih baik cari resepi yang biasa dibuat, walaupun menu ulangan.


SOTONG GORENG CILI KERING

Bahan bahan
2 ekor sotong berrsaiz besar - cuci dan potong anggaran 1 1/2 inci. Gunting satu bahagian tetapi tidak putus.
1 inci halia - dimayang *
5 tangkai cili kering - dipotong menyerong  *
3 ulas bawang putih - dimayang *
1 ulas bawang besar - dihiris bulat *
2 tangkai cili besar(hijau/merah) - dihiris untuk hiasan
1 tangkai daun kari *
1 sudu teh serbuk cili
1 keping asam gelugor
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan dimayang * dan serbuk cili hingga naik bau.Masukkan 2 sudu besar air supaya tidak hangit.
2. Masukkan kicap, sos tiram dan minyak bijan, gaul rata. Masukkan sotong dan asam keping. Biarkan sebentar dan perasakn dengan garam jika perlu.
3. Biarkan sebentar dan taburkan dengan hirisan cili merah dan hijau, gaul sekata dan tutup api. Jangan biarkan sotong masak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.


Monday, February 1, 2010

Kerabu Sotong


Dah pernah buat kerabu sotong ni dulu. Tapi kali ni kurang bahan.

Tak kisah lah kalau kurang bahan satu dua, yang penting masih ada rasa kerabu sotong. Resepi asal saya ambil dari MyResepi.

Wednesday, January 6, 2010

Sambal Tumis Sotong bersantan


Masak sambal tumis cam biasa tapi saya letak 2 sudu makan santan pekat.

Monday, January 4, 2010

Sotong Bakar


Mari mari makan sotong bakar....

Saya guna ready made perencah ikan bakar. Malas nak buat tapi ada orang nak makan. Gaul dan perap lepas tu bakar. Senang kerja.

Sunday, October 11, 2009

Thursday, October 1, 2009

Kerabu Mangga Sotong

Saya dah selalu buat kerabu mangga campur sotong ni. Selalunya end up makan cam tu je.

Wednesday, July 29, 2009

Sotong Goreng Berempah


Resepi asal, sotong ni dipanggang. Tapi memandangkan mood kemalasan tu masih ada jadi saya memandai mandai gi goreng. Ok juga rasanya.

Thursday, July 23, 2009

Kari Sotong

Dinner malam tadi, saya masak kari sotong. Mula mula ingat nak buat sotong goreng kunyit ye, tapi memandangkan ada request nak makan kari sotong, jadi secara automaticnya menu bertukar.

Monday, July 13, 2009

Sambal Tumis Sotong Kering

Entahlah....sehari dua ni memang terasa malas sangat nak memasak. Jadi malam ni saya masak yang simple je untuk dinner.

Sunday, July 5, 2009

Sotong Goreng Madu


Hari ni menu semua warna merah, tapi yang ni tak pedas sangat sebab ada madu dan kicap.

Sunday, June 21, 2009

Singgang Sotong


Resepi saya ambil dari Kak Nor @ MyR. Memang sedap makan singgang sotong dengan sambal buah binjai dan nasi panas. Bertambah tambah U.........

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )

  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  2. Bahan2 yg digunakan
  3. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  4. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  5. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.

Monday, May 25, 2009

Sotong Masak Asam


Entahlah tak tau nama masakan ni apa, so letak jelah.Saya gunakan sotong yang kecik sebab my husband suka yang ini berbanding yang agak besar tu.

Thursday, March 19, 2009

Sotong Masak Hitam

Dinner malam ni saya masak sotong masak hitam, walaupun perut masih belum ok sepenuhnya. Jadi masak yang simple, lagipun masih byk barang basah dalam esbok. Takut nanti bila lama lama dah kurang sedap.

Bahan bahan

500 gms sotong
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
2 cm halia *
2 sudu makan kicap pekat
1 biji tomato
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 tangkai cili hijau - dibelah 2
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula jika perlu

Cara cara
  • Bersihkan sotong dan toskan
  • Kisar bahan yg bertanda *. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kicap pekat serta sotong, gaul rata.
  • Masukkan garam,gula dan sedikit air asam jawa. Kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan bawang,tomato,cili dan gaul rata. Setelah masak, bolehlah diangkat.

Thursday, March 5, 2009

Sotong Goreng Pedas


Hari tu masa jengok rumah Ela, nampak dia masak sotong pedas. So saya pun nak cuba gak, lagipun dah tak tau nak masak apa. Boring kalau asyik masak sambal dan kari sotong. Sedap dan kalau tak nak pedas sangat boleh kurangkan kuantiti cili yg digunakan. Thanks Ela for the recipe.

Thursday, February 12, 2009

Kari Sotong

Dah lama tak masak kari, so malam ni ada request nak makan kari sotong.

Sunday, January 25, 2009

Kerabu Sotong Ala Thai Style


Punyalah lama bertangguh nak buat kerabu sotong resepi dari joayee ni. Akhirnya berjaya melaksanakan hajat tu. Memang sedap. Resepi saya copy dari MyR.

Bahan-bahan
satu mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)

Cara-cara
  1. Bersihkan sotong.
  2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
  3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
    campur semua bahan..dan rasa.

Monday, January 5, 2009

Sotong Masam Manis

Hari tu buat siakap sweet & sour, kali ni tukar ngan sotong pulak.

Bahan bahan

10 ekor sotong ( kecil )
2 cm halia
1 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Sedikit nenas kiub
2 tangkai cili merah - didadu
1 biji tomato - didadu
1 biji bawang besar - didadu
1/2 btg carot - didadu
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang telah dikisar. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram, kacau rata.
  • Masukkan sayur/bahan yang telah didadu. Gaul sekata.
  • Masukkan sotong dan sedikit air jika perlu. Gaul biar sebati. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan ia mendidih seketika dan bolehlah dimatikan api. Sedia untuk dihidang.

Thursday, December 11, 2008

Sotong Goreng Celery

Tak tau nak masak apa ngan sotong yg ada 3 ekor lagi kat dalam esbok. Belek belek majalah, ada satu resepi simple jadi saya pun cubalah.

Bahan bahan

3 ekor sotong - dipotong kecil
1 batang celery - dipotong kecil
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
Garam dan gula
1 keping asam

Cara-cara
  • Bawang merah,putih,cili merah,hijau dan serai di mayang halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dimayang hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram,kicap cair garam,gula dan asam keping.
  • Masukkan sotong dan celery. Gaul sekata. Biarkan seketika dan jgn terlalu lama kerana sotong akan liat.

Saturday, October 18, 2008

Sotong Goreng Tepung


Resepi ambil dari MyResepi - Che Iza.

Bahan bahan

300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara


  • Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  • Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  • Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  • Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung.
  • Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  • Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.