Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

Bubur Nasi Ayam


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya masukkan entry menu yang simple jika masih ada baki ayam yang kita buat untuk Nasi Ayam. Ia juga sesuai untuk orang yang kurang selera makan atau kurang sihat. Tapi kalau orang sihat pun sedap juga makan bubur nasi ayam ini.

BUBUR NASI AYAM SIMPLE
( anggaran 2 orang )

Bahan bahan
1 cawan beras - dicuci bersih
4 cawan air / sup ayam jika berbaki
Tulang ayam - asingkan isinya untuk ditabur di atas bubur nanti
Sedikit lada sulah
Garam - Jika gunakan air
1 inci halia - dihiris nipis
Bawang Goreng
Daun Bawang
Fried Garlic

Cara cara
1. Masukkan beras, air, tulang ayam bersama sedikit isi ayam, halia, lada sulah dan garam (jika perlu)ke dalam periuk.
2.Rebus hingga menjadi bubur atau masukkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
3. Semasa menghidang, taburkan isi ayam yang telah dicarik, bawang goreng, bawang putih goreng dan daun bawang.

*** Jika ada sayur kangkung atau apa juga sayur berdaun, boleh masukkan ke dalam bubur ini semasa proses memasak. 

Monday, January 18, 2016

Set Nasi Ayam



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi Isnin yang cerah. Apakata kita cerahkan mata dengan hidangan set Nasi Ayam yang saya sediakan sebagai juadah di hujung minggu.

Agak lama juga sebenarnya saya tidak memyediakan nasi ayam di rumah. Mungkin sebab lauk ayam jarang dapat permintaan dari my other half. Bila cakap saja kita makan lauk ayam masak something, something... cepat cepat je suruh tukar menu. So kalau beli ayam, saya selalu beli small portion saja. Unless saya ada planning nak buat something.

Sebenarnya tidaklah sesusah mana untuk menyediakan nasi ayam di rumah. Lagipun set nasi ayam ini sudah merangkumi semua sekali, ada nasi, lauk dan sayur. 


Rasanya dah banyak resepi nasi ayam yang sedap boleh kita jumpa di alam maya. Type saja Nasi Ayam, boleh pilih resepi mana yang berkenan.
Ada ayam yang goreng, dipanggang atau ala ala nasi ayam Hainan.

SUP AYAM

1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
2 inci halia - dihiris nipis
2 pokok bawang - potong anggaran 3 inci
1 sudu teh garam
Anggaran 10 cawan air

Cara cara
1. Masukkan semua bahan dan rebus hingga mendidih dan renihkan sebentar. Matikan api.
2. Asingkan anggaran 2.5 cawan untuk memasak nasi dan 3 cawan untuk sup. Yang selebihnya akan digunakan untuk memasak SOY SAUCE CHICKEN.
2. 3 cawan sup tadi asingkan ke dalam periuk kecil dan panaskan semula, perasakan dengan garam.

NASI AYAM

2 cawan beras - cuci dan toskan.
2 cawan atau lebih sikit
Lemak ayam - especially bahagian belakang ayam
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 helai daun pandan - simpulkan
Sedikit garam - jika perlu

Cara cara
1.Panaskan lemak ayam hingga mengeluarkan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar. Keluarkan lemak ayam atau biarkan saja jika suka.
2. Masukkan beras dan goreng sebnentar. Alihkan semua yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi. Tambahkan sup ayam, daun pandan dan garam jika suka.
3. Masak seperti biasa.

*** Jika suka boleh rendam beras dengan serbuk kunyit jika mahukan nasi berwarna kuning. 

SOY SAUCE CHICKEN

1/2 ekor ayam dan sup
2 bunga lawang
1/2 cawan kicap cair
1 cawan kicap pekat
1/2 cawan gula

Cara cara
1. Masukkan semua ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sentiasa alihkan ayam supaya semua bahagian terendam di dalam kuah.
2. Masak anggaran 30 minit. Matikan api dan biarkan ayam di dalam kuah lebih kurang 15 minit. Keluarkan ayam. Boleh dimakan terus atau jika suka kulit ayam garing, boleh goreng atau grill ayam sebentar.
3. Kuah yang terhasil boleh digunakan sebagai sos kicap. Tambah perasa jika perlu.








Antara sos yang biasa dimakan bersama sama nasi ayam. Sos kicap, sos cili dan sos halia. Biasanya sos halia hanya dihidangkan di restoren chinese.


Ginger Garlic Sauce
4 inci halia - dicencang kasar
1 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak
secubit garam

Cara cara
1. Kisar halia dan bawang putih sehingga menjada paste. Panaskan minyak,tumis paste sebentar jangan terlalu lama. Masukkan garam, gaul sebati dan matikan api.

Chili Sauce
6 cili merah 
3 inci halia
3 ulas bawang putih
Minyak bijan
1 sudu kecil garam
Gula
Jus limau
1 sudu teh cuka makan
Sup ayam secukupnya

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali sup. Kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan sup ayam mengikut tahap kepekatan yang disukai. Jika suka cair, lebihkan kuah sup.






Saya suka sayur taugeh / taugeh celur ini setiap kali makan nasi ayam. Ada restoren yang menyediakan set nasi ayam yang disertakan sekali dengan sayur taugeh dan ada yang disediakan sebagai side order.

TAUGEH CELUR
Taugeh
Sos kicap
Fried garlic / Bawang putih goreng
Daun bawang

Cara cara
1. Celur taugeh sebentar. Toskan. Tuang sos kicap dan taburkan dengan bawang putih goreng dan daun bawang.



Thursday, December 3, 2015

Kimchi Fried Rice




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam kita dah pergi Turki, so hari ni kita jalan jalan cari makan di Korea pula. Kita pusing satu dunia...

Nasi goreng Kimchi antara menu dari Korea yang agak popular juga. Ala macam nasi goreng kita juga, ada pelbagai jenis nasi goreng. Kita boleh tambah apa jua yang ada di dapur atau apa yang kita suka. Memandangkan orang Korea suka sangat dengan kimchi, segala masakan kalau boleh mesti nak masukkan kimchi.

Seeloknya untuk membuat nasi goreng kita gunakan nasi yang telah dimasak semalam dan disimpan di dalam peti sejuk atau nasi yang di masak dan dibiarkan sejuk beberapa jam pada suhu bilik. Ini untuk mendapatkan tekstur nasi goreng yang berderai dan tidak melekit.



Sekarang banyak kimchi yang Halal dijual dipasaran tapi kalau rajin boleh buat sendiri di rumah. Sebab harga untuk sepaket kecil lebih kurang RM 8 lebih dan kuantitinya hanya cukup untuk menyediakan sekali nasi goreng ini. Anggaran 1 cawan. So kalau ramai memang tidak mencukupi.

Nasi Goreng Kimchi

Bahan bahan
2 cawan nasi 
1 cawan kimchi - potong kecil
1 sudu besar pes gochujang
1/4 cawan daun bawang
1 cawan paru yang telah direbus - boleh gantikan dengan ayam/daging/isi ketam dll.
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar minyak masak
Bijan dan nori/seaweed untuk hiasan jika suka
Telur mata untuk setiap hidangan

Cara cara
1. Panaskan minyak masak, masukkan kimchi yang telah dipotong. Kacau sekata dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan paste gochujang dan kacau sebati.
2. Kemudian masukkan nasi, paru, daun bawang dan minyak bijan. Gaul dan pastikan semua bahan sebati. Jika suka boleh tambahkan garam.
3. Hidangkan dengan telur mata dan taburkan hirisan nori dan bijan jika suka.




Jemput makan....
Lepas tu boleh layan drama korea....

Friday, June 14, 2013

Omurice



Assalammualaikum dan Selamat Pagi di hari Jumaat yang penuh berkat....

Hari ini saya buat tayangan menu makan malam tadi, OMURICE. Ala lebih kurang Nasi Goreng Pattaya ke kalau tak silap. Rasanya masa zaman akak muda belia memang agak terkenal juga menu ni di gerai gerai makan.

Bila tengok cerita Korea "ROOFTOP RINCE", Omurice ni jadi agak popular.

Memandangkan semalam tak ada idea nak masak apa, dan barang basah pun tak berapa nak ada jadi saya buat omurice ala saya menggunakan apa bahan yang ada dalam peti ais. Bukannya susah sangat pun, goreng je nasi dengan bahan yang ada, goreng telur dadar dan bungkuskan nasi goreng dengan telur dadar tadi.

Rasanya mereka gunakan sos tomato tapi tekak orang melayu ni sukakan yang pedas, jadi kita gunakan sos cili.

Actually seksa juga nak kawal supaya telur dadar tu tak terkoyak......

Friday, May 11, 2012

Nasi Lembik......



Salam dan Selamat Hari Jumaat yang penuh berkat...

Tuan Rumah baru belajar tumbuh gigi.....




Biasanya yang makan nasi lembik ni budak baru belajar tumbuh gigi kan... jadi kiranya saya baby lagi ler. ( baby yang dah nak hilang gigi ada la..) Semalam dah habis idea nak masak apa untuk makan malam. Tanya cik abang, dia pun asyik cakap entah lah, tak tau nak makan apa. Ada ke dia cadangkan , kita makan mee segera nak? Memang habis idea la tu...


Ikan kering digoreng dengan bawang dan cili besar


So saya cakap, saya teringin nak makan bubur. My husband cadangkan supaya beli saja dari restoren yang berhampiran. Tapi mereka hanya jual bubur dan sedikit ikan kering goreng dan sambal kicap. Saya suka bubur saya penuh dengan acessories termasuk sayur. Jadi saya cakap, saya akan masak sendiri di rumah.

So sebelum balik, saya beli sayur kangkung dan telur masin.Tapi telur masin tu rasa macam dah agak lama sebab kurang sedap.

Sayur Kangkung Goreng Belacan extra pedas.

Sebabkan dah selalu buat bubur nasi, kali ni saya adjust supaya bubur nasi menjadi nasi lembik. Sedap pada tekak saya. Saya memang penggemar bubur nasi, so tak perlukan lauk yang mahal dan fancy.

Kalau 2 hari makan macam ni pun saya tak akan merungut....








Wednesday, December 21, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin


Semalam saya masak nasi goreng ikan masin dan campur dengan mixed vege. Menu orang tak berapa nak ada idea nak masak untuk makan malam. Jadi kena olahkan apa jua resepi berdasarkan apa yang ada dalam peti ais. Biasanya kalau kat kampung dulu, nasi goreng biasanya di masak untuk sarapan pagi sebab ada nasi lebihan malam tadi. Tapi sekarang, dah tak kira waktu, asal terasa nak makan atau terasa malas nak fikir lauk apa nak masak, nasi goreng jadi penyelamat.


NASI GORENG IKAN MASIN

3 mangkuk kecil nasi putih
Isi ikan gelama masin yg telah digoreng
3 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Sedikit garam
1/2 cawan mixed vege
2 batang kacang panjang - dihiris halus

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi yg telah ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kacau agar sebati. Masukkan mixed vege dan isi ikan gelama masin. Gaul lagi dan perasakan dengan garam jika perlu.
3. Sedia untuk dinikmati.

Monday, November 7, 2011

Nasi Goreng kampung


Nasi Goreng Kampung

Hari ini perut saya dah senak mungkin sebab asyik membaham ketupat dan rendang dari semalam. Sehari sebelum raya, saya dan suami ke pasar cari barang untuk masak juadah hari raya. Walaupun hanya kami berdua, kena juga siapkan ketupat dan rendang. My husband orang Utara, jadi dia memang suka makan ketupat daun palas (pulut) dengan kari daging. Saya pula lebih prefer ketupat nasi dengan rendang ayam. Masalahnya sekarang...... saya tak pandai nak balut ketupat daun palas. Dah beberapa kali belajar tapi asyik fail je, mak saya cakap ketupat betina ke, ketupat jantan ke.... entahlah. Kebetulan pulak, daging lembu fresh dah habis, tinggal yang frozen saja, jadi my husband cakap masak rendang ayam dengan ketupat nasi je lah...

Mula mula nak buat 1/2 ekor ayam saja, tapi bila fikir fikir semula, lebih baik buat seekor terus. Boleh juga ulang makan bila terasa nak makan....  Nasib baik saya masak seekor, sebab malam raya tu my husband cakap ada kawannya nak datang beraya di rumah. Lepas tu terfikir pulak, tak kan nak jamu ketupat nasi dengan rendang saja, apalagi bergegas check ada tak bihun dalam kabinet.... Sebabkan siang tu saya dah buat sup gear box, so satu lagi menu kecemasan ialah bihun sup tanpa accesories.....


Lunch hari ni saya buat Nasi Goreng Kampung bersama sama dengan sup ayam kosong. Biasanya orang akan goreng ikan bilis garing dan taburkan diatas nasi tu bila nak makan, tapi kali ni saya tumbuk ikan bilis bersama sama dengan bawang merah, bawang putih, cili padi dan sedikit garam. saya juga masukkan sedikit isi ayam. Alhamdulillah... kenyang.


Sup Ayam & Air Ribena

Friday, October 14, 2011

Nasi Lemak

Nasi Lemak


Malam ni dinner dengan nasi lemak, lama juga tak masak kat rumah. Dan lama juga tak makan waktu sarapan. Memandangkan hari ni masing masing kebuntuan nak makan apa untuk dinner, jadi akhirnya bersetuju untuk makan nasi lemak.


Saya suka nasi lemak saya ada sayur kangkung rebus. Jarang ada penjual nasi lemak yang letak kangkung rebus dengan nasi lemak. Pertama kali saya makan macam ni rasanya 11 tahun lalu di Klang. Ada suatu hari tu saya beli nasi lemak, saya agak hairan bila penjual tu letak sekali kangkung ni, tapi bila dah beberapa kali, terasa sedap pula.

Sebenarnya saya suka buat sambal bilis tanpa menggoreng ikan bilis terlebih dahulu, biar ada rasa liat liat sikit. Tapi memandang big boss suka sambal bilis yg digoreng terlebih dahulu, maka selalunya sambal bilis kena ikut selera dia.

Thursday, September 8, 2011

Nasi Goreng Cendawan


Salam di hari Khamis

Bila dah beberapa hari meninggalkan aktiviti mengambil gambar masakan, terasa malas sangat nak start balik. Lagipun mood untukmain masak masak belum menjelma. Masih dalam proses nak memanaskan balik apa apa yang patut.

Kebanyakan kedai makan di sini masih belum beroperasi atau mungkin yang baru berkemas untuk beroperasi semula. Jadi kalau nak makan tengahari tu pilihan yang ada agak terbatas. Yang confirm beroperasi ialah kedai mamak. Tapi larat ke tekak nak membalun nasi mamak hari hari. Sesekali sedap juga masak mee segera.

Malam tadi since tak tau nak makan apa, my husband request masak nasi goreng. lagi la senang kerja akak cam ni. Sebelum balik kerja, singgah beli ayam dan cendawan tiram. Selain masak nasi goreng, saya buat sup ayam.

Nasi Goreng Cendawan

Friday, May 27, 2011

Nasi Goreng Ikut Suka


Semalam takde idea nak masak lauk apa untuk makan malam. My husband cakap, beli buku resepi sampai satu almari tapi tak tau nak masak apa? Fuhhhh!!!! musykil ni.
Memang la buku resepi dalam almari, tapi takdelah penuh satu almari. Tapi memang takde idea langsung, bila tanya nak makan apa, ikut sukalah jawabnya.

Jadi saya buat nasi goreng ikut sukalah. Masuk je apa yang saya suka dalam tu. Rasanya dia tak ada selera sangat nak makan sebab hari ni ada "TEST". Bukanlah test sebab dia belajar balik, tapi my husband ada attending satu course selama seminggu. Hari ini hari akhir, so ada test. Kalau lulus dapat Competent Letter, ( entah betul ke saya eja ni ) kalau tak, hanya sijil kedatangan. Katanya, bila dah tua tua nak ambik test ni, lain macam pulak rasanya.

Lawak la dia, semalam petang siap pergi beli buku semata mata untuk test hari ni. Tapi buku tu memang berguna juga untuk kerja dia. Tak sabar nak tunggu dia balik, kalau fail saya nak gelak kuat kuat. hehehehe....

Nasi Goreng Dalam Kuali

Thursday, May 26, 2011

Set Nasi Ayam

Nasi

Semalam saya masak nasi ayam untuk makan malam. Saya terlupa yang beras dah habis semalam, ingatkan lepas kerja baru nak singgah kedai. Bila sampai rumah, dah siap siap nak masak baru perasan yang beras tak ada.
Kalau saya call my husband minta tolong belikan, bila pula saya nak masak. Nak keluar ke kedai dekat, malas pulak. Lagipun beras yang selalu kami gunakan tu saya selalu beli di kedai Save More. My husband sedikit particular pasal nasi dia, jangan la masak nasi lembik confirm dia tak makan. So beras yang kami gunakan tu memang bila masak dia akan seroi atau berbutir .

Apalagi, saya gunakan beras basmathi yang saya gunakan buat nasi minyak tempohari.

Ayam Goreng

Taugeh Celur

Sup & Sos Cili



Tuesday, May 24, 2011

Nasi Minyak

 

 Untuk memasak Nasi Minyak ini saya gunakan resepi Makyong dari Myresipi, cuma saya kurangkan kuantiti sahaja. Selain itu saya tidak menggunakkan pelbagai pewarna tetapi menggunakan Saffron untuk memberikan sedikit warna kekuningan pada nasi minyak.

Kalau saya letak pelbagai warna nanti ada yang tak makan pulak, so maintan warna natural.Tapi memang sedap nasi minyak ni. Dan jangan tak tau, suami saya dah request supaya saya masak lagi hujung minggu nanti.

 

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Thursday, March 10, 2011

Nasi Goreng Kampung


Dah makan malam?

Malam ini kami makan simple saja, Nasi Goreng Kampung dengan telur mata. Ada orang gelar telur mata kerbau atau telur mata lembu. Ada lagi ke gelaran lain untuk telur yang satu ini?

Bahan bahan
3 cawan nasi putih
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 tangkai cili padi - lebihkan kalau suka pedas
Sedikit ikan bilis goreng
Sayur Kangkung
Garam
Minyak untuk menumis
Timun & Daun Salad untuk hiasan
Telur mata

Cara cara
1. Tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang besar hingga hancur.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nasi putih dan gaul hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Masukkan sayur kangkung yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai. Gaul rata dan masukkan ikan bilis goreng.
5. Gaul sebati dan tambahkan garam jika perlu. Angkat dan sendukkan ke dalam pinggan yang telah dihias dengan daun salad dan timun. Hidangkan dengan telur mata.

Monday, April 19, 2010

Nasi Lemak and it accessories.....


Malam ni dinner makan nasi lemak. Mula mula ingat nak beli yang bungkus je tapi tiba tiba terajin la pulak nak masak sendiri.

Pernah makan nasi lemak yang diletak sayur kangkung rebus sebagai salah satu accessories? Saya pernah makan masa pergi Melaka lama dulu, kalau tak silap la. Masa kerja dengan Nihon Company dulu selal travel ke selatan, kadang kala awal pagi pukul 9.30 pagi dah terpajak kat depan pintu pagar company kat Melaka sebab nak jumpa client. Apa tak breakfast nasi lemak dulu.... Rasanya ramai dah tau nak masak nasi lemak kan, tapi nanti saya update resepi sebab nasi lemak ni baunya seakan akan nasi dagang Trengganu.

Thursday, February 4, 2010

Pulut Kuning & Kari Ayam Kampung


Actually takde lah niat apa apa pun kenapa tiba tiba buat pulut kuning ni....

Kadang kala tu tiba tiba mood rajin dia datang, tak kira pukul berapa pun boleh start memasak. Kalau sempat saya masukkan entry kari ayam. Rasanya hari ni pun agak tide dengan kerja yg melonggok tu.

Tuesday, February 2, 2010

Nasi Goreng Kampung


Ini gara gara tengok Love masak nasi goreng kampung la ni...

Monday, January 11, 2010

Bubur Nasi


Malam tadi dinner makan bubur nasi je. Tengahari dah makan punyalah banyak kat kedai makan. So lepas balik dari Putrajaya, singgah minum petang. Makan bubur kacang durian.


Bahan sampingan untuk dimakan dengan bubur.




Tempe Goreng Kicap

Monday, December 28, 2009

Nasi Daging & Air Asam


Tengok gambar lah dulu. Nanti bila rajin baru saya letak resepinya.

Sunday, December 6, 2009

Nasi Minyak



Resepi saya ambil dar msdayat@MyR. Tapi colur dah jadi sekata sebab saya letakk saffron instead of pewarna kuning.

Bahan-bahan ( 4 org )

* 4 cwn beras basmathi
* 6 cwn air(ikut jenis beras)
* 1-2 biji bwg besar (hiris)
* 2" halia (hiris)
* 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
* 1 cwn susu cair
* sedikit minyak sapi utk menumis
* sedikit garam
* sedikit rempah tumis
* sedikit pewarna kuning - saya gantikan dengan saffron yg direndam dlam air mawar.
* 2 helai daun pandan
* sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan - saya tak letak

Cara-cara

1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

Tuesday, November 24, 2009

Nasi Lemak Bungkus

Pagi tadi makan nasi lemak bungkus. Bukan saya buat atau beli tapi ada staff yang belanja. Bak kata org, musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Apalagi, jom la mamam sorang sesudu ye....