Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Buah Tampoi


Assalammualaikum dan Selamat Petang.


Apa agaknya menu untuk minum petang hari ini ye... Maklumlah cuaca di Shah Alam sekarang ini agak mendung dan baru saja hujan renyai renyai. Hari ini saya tiada menu untuk di kongsi dengan pengunjung My Small Kitchen. Tapi saya ingin kongsikan gambar buah Tampoi.

Pernah makan buah Tampoi? Rasanya buah ini bermusim kerana bukannya boleh didapati sepanjang masa. Mungkin sekarang sedang bermusim kerana ini baru pertama kali saya nampak sejak beberapa bulan lepas.Saya bukanlah peminat tegar buah ini tetapi bila ada dijual di pasar, terringin juga untuk merasanya.

Buah Tampoi mempunyai kulit yang agak tebal dan isinya berwarna putih dan rasanya masam masam manis. Buah Tampoi tidak sepopular seperti buah buahan bermusim yang lain, tetapi ia antara buah buahan tempatan yang mungkin ada generasi muda sekarang tidak pernah melihat atau menikmatinya.


Wednesday, May 11, 2011

Peminat Tegar!!!!!


Tergoda tak?

Beberapa hari yang lepas, saya terbaca satu komen dari seorang pengunjung yang tidak bernama. Dia ada tanya " Adakah saya ni peminat tegar buah Mangga?"

Agaknya dia nampak banyak juga entry yang berasaskan mangga kot. Saya selalu buat entry pasal kerabu mangga, jus mangga, lassi mangga, puding mangga dan juga buah mangga.

Khas untuk beliau, saya letak entry buah mangga ni. Please enjoy looking to those juicy and sweet mangos.

And  yes,
I am a big fan of Mango.....

Thursday, May 5, 2011

Colek Jambu Air


Rentetan dari gambar semalam.....

Balik semalam, selongkar peti doraemon cari sos rojak Mak Bee ke manalah tau ada tersembunyi kat celah celah barang lain. Tapi takde, jadi kena cari alternative lain. Maka berdentam berdentum bunyi lesung batu.....

Tapi tersalah estimate...

Masuk lebih cili padi, konon kononnya nak extra berapi.
Hambik!!!!! 
Rasa nak melecur juga lidah dibuatnya.

Wednesday, May 4, 2011

Buah Jambu Air


Hari ni ada kawan suami yang datang bawa buah jambu air.

Katanya sekarang musim hujan, jadi buah jambu air memang banyak dan cepat masak. Saya pernah ke rumahnya, rasanya ada satu saja pokok jambu air tapi memang selalu berbuah lebat. nampaknya rezeki kami hari ni, sedapnya kalau dapat colek dengan kuah rojak atau buat garam belacan. Ermmmm dah meleleh air liur membayangkan .....

Friday, November 12, 2010

Mari makan buah dokong


Tadi selepas orang lelaki balik solat Jumaat, saya keluar ke Klang. Ada nak ambik barang dan bank in kan check, kebetulan ternampak ada org jual buah buahan tepi jalan. Walaupun bila makan buah dokong ni perut automatic akan sakit, tapi tetap juga nak makan. Jom makan!!!

Friday, June 4, 2010

Indian Mango

Dah lama dok usha buah mangga India ni. Baunya cukup harum seakan akan buah mempelam Harum Manis dari Perlis. Harganya boleh tahan juga, saya pernah nampak sekilo RM 16.99 dan yang ini RM 12.90 sekilo. Tadi saya ambil 2 biji, bila timbang beratnya hampir 1.2 kg.
Plan asal nak buat Creamy Mango Pudding, tapi bergantung pada tahap dan darjah kerajinan saya. Silap haribulan, buah ni tak sempat buat dessert tapi kena makan mentah cam tu saja.

Saturday, April 24, 2010

Pisang Cicah Coklat


Ada lebihan coklat ganache yang saya buat untuk kek tadi.Lepas tu teringat pernah nampak kawan kawan yang cicah buah dengan sos coklat ni.

Sebelum ni cuma pernah makan strawberry cicah coklat je tapi sebab hari ni cuma ada pisang emas di bawa belayar je, jadi saya hanya gunakan pisang semata mata. Sedap tau, tak caya cubalah. hehehehe...saya je yang bar rasa, org lain dah tak larat nak makan.

Friday, April 23, 2010

Rojak Buah


Mari mari mari!!!!!! Sape nak makan rojak buah, silalah bawa garfu atau sudu sendiri ye... Lepas tu pandai pandailah suap masuk mulut. Sebelum fikir apa nak masak malam ni, layan makan rojak buah dulu ye.

Sebenarnya tengah dok "crack my head" cam Phua Chu Kang selalu kata tu, memikirkan nak masak apa untuk dinner nanti. Malas besaq dok atas kepala ni. Tapi tadi my husband dah cakap nak makan nasi, baru je dok hint suruh makan mee sup ke atau apa apa yang ringan. Silap silap sekejap lagi saya goreng telur je. Itulah kalau dah rajin memang rajin sungguh sungguh, tapi bila dah rasa malas, mulalah dok cari alasan.

Tengoklah sekejap lagi, bergantung pada tahap kerajinan. Tapi semalam saya beli jantung pisang, ingat nak buat kerabu. Ohhhh....harap harap saya menjadi sangat rajin sekejap nanti ye....

Monday, April 12, 2010

Hari yang murah rezeki....


Buah mempelam ni saudara saya dari Perlis yang bagi. Sekarang musim buah mempelam ni sana. Dia bawa buah mempelam ni dari ladang di Perlis dan di hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia.


Cubalah tengok betapa besarnya buah buah ni, banyak juga yg dia bagi pada saya. Ini pun dah diagih agihkan pd kawan kawan saya.Bayangkanlah harga di ladang cuma RM1.60 sekilo.


Yang ini pula buah jambu susu, biasanya berwarna putih tapi yang ini bewarna merah. Yang ini adik ipar kepada tuan punya Pelaga Restoren di Seksyen 13 bagi pada saya. Jadi malam ni pakat pakat makan buah je lah ye...

Thursday, November 19, 2009

Persimmon

Sekarang ni dah jadi buah favourite saya. Kadang kala mahal juga, sampai sebiji RM 1.60. Rasanya hari tu ada kat Giant RM 99 sen kalau tak silap. Semalam saya beli kat depan Maybank TTDI Jaya. Dulu my husband tak suka makan buah ni sebab dia cakap pelik sangat sebab namanya pisang kaki. So kalau beli saya boleh makan dengan sepuas puasnya tanpa perlu berebut dengan sesiapa. So baru baru ni saya beli, saya persuade dia untuk mencuba walaupun sikit. Mula mula dia tak mau, tapi lama lama dia rasa la sikit. Lepas tu dia cakap tak mau dah.
Last weekend saya beli, dia start minta nak makan, lepas tu saya kupas je, lesap.Kupas lagi lesap. Amboi....dah lawan tokey nampak. So, sekarang 1 untuk engkau, 2 untuk aku....

Friday, October 16, 2009

Meh Makan Durian.......


Macam la beli durian satu bakul, nak ajak orang datang makan. Tiba tiba je hari ni terasa nak makan durian. Tadi singgah pasar, my husband belikan durian sebiji. Bukanlah nak makan beria ia sangat, cuma tekak ni terasa nak makan je.... alhamdulillah, isinya elok dan rasanya pun manis.

Monday, July 20, 2009

Buah Amra aka Kedondong


Masa nak balik semalam, sempat lagi mak saudara my husband kait buah kedondong ni bagi saya bawa balik. Walau dah pesan, tak perlu banyak sangat sebab bukan ramai sangat org kat rumah saya yg nak makan. Tapi tetap satu beg plastik yang besar tu dia bagi. Sekarang tengah fikir nak buat apa dan nak bagi kat siapa..... Kalau ada sesiapa yg teringin, meh la datang rumah saya.

Monday, July 13, 2009

Buah Manggis


Buah manggis ni dari pokok kat rumah my parents. Masa saya balik bulan lepas, buahnya masih kecil dan muda lagi. My mom cakap, buahnya agak banyak juga kali ni. Puas lah makan buah manggis.....

Saturday, July 4, 2009

Passion Fruit @ Markissa


Passiflora edulis or passion fruit or "'Maracuya , Parcha (spanish)", or "'Maracujá (portuguese)" is a plant cultivated commercially in frost-free areas for its fruit. It is native to South America and widely grown in India, New Zealand, the Caribbean, Brazil, Colombia, Ecuador, Indonesia, California, Florida, Hawaii, Australia, East Africa, Israel and South Africa. The passion fruit is round to oval, yellow or dark purple at maturity, with a soft to firm, juicy interior filled with numerous seeds. The fruit can be grown to eat or for its juice, which is often added to other fruit juices to enhance aroma.

The two types of passion fruit have clearly differing exterior appearances. The bright yellow variety of passion fruit, which is also known as the Golden Passionfruit, can grow up to the size of a grapefruit, has a smooth, glossy, light and airy rind, and has been used as a rootstock for the purple passion fruit in Australia.[1] The dark purple passion fruit is smaller than a lemon.

The purple varieties of the fruit reportedly have traces of cyanogenic glycosides in the skin, and hence are mildly poisonous.[citation needed] However, the thick, hard skin is hardly edible.

These forms of Passiflora edulis have been found to be different species. They occur in different climate regions in nature and bloom at different times of day. The purple fruited species is self fertile and the yellow fruited species, despite claims to the contrary, is self sterile. It requires two clones for pollination.

Fresh passion fruit is known to be high in vitamin A, potassium, and dietary fiber. The yellow variety is used for juice processing, while the purple variety is sold in fresh fruit markets. Passion fruit juice is a good source of ascorbic acid (vitamin C)

Friday, June 26, 2009

Dugaan............


Tadi my husband ke SUK Selangor atas urusan kerjanya, then dia call tanya saya nak makan buah tak? Saya kata, kan saya puasa hari ni. My husband kata takpelah dia beli untuk saya berbuka nanti. Mak oiii....ingatkan beli sikit je, rupa rupanya rambutan 2 kilo dan buah langsat 1 kilo. Hehehehe....dia ingat saya ni budak kecik kot, bila puasa je semua nak makan. Semalam dia gi jumpa kawan kat Klang, kebetulan kawan tu baru pulang dari Melaka dan bawa buah durian kampung sebakul. My husband bawa balik 4 biji tapi buahnya cinonet jer. Ha apalagi, malam tadi kepanasan sebab overdose makan durian.

Tuesday, June 23, 2009

Nenas & Sambal Kicap


Hari ni saya dapat lagi buah nenas cam hari tu. Kali lagi byk, sampai 8 biji. Memang ler tak terhabis saya nak makan berdua je, mau sakit perut dibuatnya. Saya cuma ambil 2 biji dan balance tu bagi pada org lain. Malam ni saya cuma guna 1/2 biji, so esok kena fikirkan apa nak masak dengan yg selebihnya.

Saturday, June 13, 2009

Nenas


Semalam kawan suami saya bagi 3 biji buah nenas yang agak besar, katanya buah nenas jenis manis. Memang buah nenas ni agak besar dari buah nenas yang biasa tu, memandangkan sampai 3 biji, saya berikan 2 biji pada staff saya. Bila balik, baru saya perasan yg nenas tu mempunyai 2 jambul pada sebiji nenas. Biasa nanpak buah yg kembar tapi kali ni jambulnya yg kembar.

Monday, June 1, 2009

Buah cermai


Di depan rumah arwah my MIL ada satu pokok cermai, kalau kena waktu ia berbuah memang banyak sangat dan yang paling saya geram sebab buahnya besar. Tapi bila saya balik kali ni, takde siapa pun yang nak makan/cicah ngan garam belacan. Saya pun tak terfikir nak ambil dan bawa balik, mesti buah tu gugur cam tu jer nanti.

Buah Keriyang Dot


Sekarang musim buah Mempelam Harum Manis dan buah Keriyang Dot kat Perlis. Rasanya buah Keriyang Dot ni banyak ditemui di sebelah Utara terutama di Kedah dan Perlis. Ada 2 jenis buah keriyang iaitu Keriyang Dot ( buahnya agak besar ) dan buah keriyang ( buanya kecil ). Rasanya agak kelat dan kalau sudah ranum sedikit manis. Selalunya sebelum makan, buah ini dicuci dan direndam di dalam air garam. Kalau tak silap, di Kelantan ia dikenali sebagai Jambu Arang.


Gambar isi buah Keriyang Dot



Ini pulak model yang sedang menunjukkan cara cara nak makan buah Keriyang Dot. Sorang tu model takde gigi dan sorang lagi tu model ala ala Bollywood.

Saturday, May 23, 2009

Buah Tangan dari Kampung

Rebung


Sayur Kobis, Daun Salad, Terung bulat & panjang, Timun, Bendi dan Sawi yang ditanam sendiri


Buah Mangga (beli) dan Buah Kuini dari pokok kat rumah dikampung.

Biasalah kalau keluarga datang dari kampung jer, segala macam yang dibawa untuk anak menantu kat sini. Lagipun dah hampir 10 bulan saya tak balik kampung sebab my husband sibuk dengan projek yang mesti disiapkan akhir bulan ini. Since anak menantu tak balik, my parents yang datang jengok kami disini. Bertuah betual anak menantu ni..... Nak buat camne. Dah terasa rasa kat tekak ni nak makan sambal buah kuini cicah timun dan daun salad.