Friday, March 23, 2012

Paung Goreng


Salam di Pagi Jumaat

Semoga hari ini membawa seribu rahmat.

Apa agaknya sarapan untuk pagi ni ye... Semalam saya terlebih rajin sikit, maklum dah beberapa hari berhibernasi jadi sekarang dalam proses nak memanaskan kembali apa yang sepatutnya. Hari tu saya beli ikan kembung sampai sekilo. Geram tengok ikannya segar dan berkilat kilat . Sedar tak sedar dah masukkan banyak dalam bakul, sampai my husband tanya apa nak buat dengan ikan tu sampai sekilo.

Apalagi, kena fikirkan macam macam menu untuk habiskan stok ikan tu. Mula mula saya buat asam rebus tempoyak, kemudian bakar ikan dan akhirnya saya rebus semua baki ikan yang ada sebab kalau dah lama sangat dalam esbok tak sedap pulak nanti.


Bila dah rebus ikan, mulalah mencari apa menu yang sesuai untuk diolah menggunakan ikan tersebut. Kalau nak buat kuah laksa, alahai malas la pulak sebab weekdays, bila pulak nak makan laksa. Lagipun banyak sangat nak kena beli accessories sampingan.

Akhirnya search jumpa satu resepi kuih yang menggunakan isi ikan sebagai intinya. Paung Goreng atau ada yang menggelarkannya Buah Boom yang berasal dari Pantai Timur. Teringat masa saya sekolah rendah dulu, ada kawan sekolah yang berasal dari Trengganu. Dia selalu bawa bekal kuih ni bila ke sekolah dan saya dengan tak malunya mengendeng pada dia. Ye lah kan, mana tau ada rezeki dapat merasa seketul dua....

Mula mula terfikir juga, nanti bila menggoreng kuih ni tak meletup letup ke dalam  kuali sebab menggunakan tepung pulut. Tapi bila dah buat, alhamdulillah tidak meletup banyak sangat, ada sesekali je sekadar letusan kecil. Kepada sesiapa yang sukakan kuih muih berasaskan ikan, memang sedap kuih ni.


Resepi paung Goreng saya ambil dari Kongsi Resepi dan boleh tengok pada tuan punya blog yang saya ambil resepi ini. Terima Kasih.


Bahan bahan

Bahan untuk inti

5 ekor ikan kembung - direbus dan di ambil isinya.
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam 
1 cawan santan
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 sudu kecil gula

Cara cara
1. Tumbuk isi ikan, bawang merah, halia dan lada hitam hingga hancur.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak hingga kering seperti membuat serunding. Tutup api dan keluarkan asam keping. Biarkan sejuk sebentar.

Untuk doh

2 cawan tepung pulut
2 cawan kelapa parut
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Gaulkan semua bahan hingga sebati dengan menambah air sedikit demi sedikit. Seperti hendak membuat kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit doh, isikan dengan inti dan tutup rapat kembali.
3. Panaskan minyak yang agak banyak, dan goreng paung dengan api kecil. Balik balikkan sentiasa agar warnanya sekata.
4. Angkat dan toskan.

21 comments :

zarin said...

feveret my hb ni tp my tekak kenot take it hihi so kan tunggu balik kemaman baru dia buleh mkn paung goreng ni

IeRA said...

Salam zila...

pertama kali dengar nama ni

Lya Colours said...

salam
sedapnya. saya suka paung ni. jarang dapat makan. kalo balik kg kat tganu, baru dpt makan. nanti share resepi ye =)

Aziela said...

Tak sabar tunggu resipi sebab paung nie memang sedap. Pelik betul, tak ada orang kat KL ni yang nak jual.

Gee® said...

waaaa...nak sikit paung goreng tu Zila... gerenti sedap ni ada inti ikan kembong yg fresh...

Amie said...

Mula-mula baca tadi ingatkan baung (ikan baung) rupanya paung...first time dengar ada kuih ni, kalau ada depan mata memang teringin nak rasa sama...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Sorry kak, I grabbed a few pau already...hehe! So inviting! :)

Liza said...

akk pun xpernah makan lagi kuih ni...kiranya ari ni akk mengendeng kat zila pulak la, boleh? hihihii

kasihredha said...

kat kg akak namanya buah put..
kulit dia boleh guna tepung beras atau ubi kayu yang di parut

nakkkkk

fuzidss said...

nak cuba laa

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg rajin betul la akak niu
sedap gak makan ptg2 dah kat sini sejuk sebab hujan...perhhhh meleleh ayaq lioq cheq ngeeee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ya Allah rindunya nak mkn paung goreng! terliur betul... dah lama tak mkn.. nak buat malasss.. selalu tu blk tganu sy beli je utk sarapan pagi.. tp kalau paung ubi pernahla buat.. intinya sama cuma kulit je beza yg ni guna tepong pulut & yg sy buat tu guna ubi kayu yg diparut.. agak leceh nak buatnya tp sedapppp..

dZana said...

tak pernah cuba lagi ni hazila.. nmpk sedap..

zila 4ever said...

saya pun x pernah merasa lg ..teringin pulak nak mencuba..:)

sudipVSsenduk said...

first time makan masa pi kemaman dan baru hari ni tahu nama dia paung goreng hihihi

HomeKreation said...

Salam Hazila. Tak pernah makan pun lagi ni.... mesti sedap kulit nua buh tpg pulut.

HomeKreation said...

Salam Hazila. Tak pernah makan pun lagi ni.... mesti sedap kulit nua buh tpg pulut.

CT Delima said...

As'salam Hazila

belum pernah makan ikan paung ni, nampak macam jakun sikitlah kan..hehehe. biasalah kalau ikan yang payah nak jumpa ni bila orang sebut aje, tak dapat nak bayangkan rupa ikan tu :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Hazila...Kuih kegemaran ni tapi setakat ni dah dua kali buat tapi fail sebab doh saya jadi keras boleh baling ke dinding bila sejuk..

Tapi bila baca penyediaannya kat sini, saya rasa teringin nak cubanya lagi di mana dohnya tak payah diuli yaaaa...sekadar gaul sebati....

Harap-harap percubaan kali ni membuahkan hasil...InsyaAllah....

blogresipi.com said...

Sedapnye nampak.. saya suka tengok tang kulit tu, nampak lembut je.

eyyraa nadhira said...

bole saya tau asal usul kuih ni tak? dan sejarah pasal kuih nie.. saya kena buat assignment pasal kuih melayu. terima kasih