Friday, December 23, 2011

Somtam


Semalam saya terasa nak makan Somtam.....

Bahan bahan asas memang dah ada di dapur, cuma saya beli betik muda, kacang panjang, dan tomato saja. Tapi betik yang ada dah hampir nak masak sebab itu warnanya dah kemerahan.

Hujung minggu lepas masa saya singgah di Bazaar Padang Besar, sempat lah mencari bahan bahan asas untuk buat Somtam seperti Gula Somtam ( pic #3) dan Udang Somtam ( pic #5). Cuma 2 bahan ini saja yang agak susah untuk didapati di sini, sementara bahan lain rasanya tidak menjadi masalah.

SOMTAM

2 ulas bawang putih
2 biji cili padi - bergantung tahap kepedasan yang dikehendaki
Jus limau
Gula somtam
Kacang tanah goreng
Nampla ( sos ikan )
Udang Somtam
Betik muda yg telah diparut
kacang panjang - dipotong anggaran 2 inci
Buah tomato - dibelah kepada saiz yg sesuai

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi di dalam lesung hingga hancur. Masukkan gula somtam, jus limau, nampla dan gaul sebati.
2. Masukkan betik yang telah di parut, kacang panjang, tomato,udang somtam dan kacang goreng. Gaul sekata. 
3. Imbangkan rasanya, tambah gula, nampla atau jus limau jika perlu.
4. Sedia untuk dinikmati.


18 comments :

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hi Kak, hru doing? Wow salad looks really inviting!!! Feel like gobbling some now :)

Lieya said...

Somtam??? sedapnyeeeeee

Chik Mimi said...

tak pernah merasa pos sikit ye,hehehe

Sue @ Nenie said...

Salam..oh som tam ada gula dan udang khas yaaaa..sedapnya, gambar pun menarik

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedap meratah...tumbuk sambalnya pakai lesong besar macam kat Thai ke??????

hazila said...

Hi Love,
I'm fine thanks.

hazila said...

Lieya,
Sedap meratah cam tu je...

hazila said...

Chik mimi,
kalau pos, sampai sana dah lembik dan berair. Jom pi Padang Besaq!!!!!

hazila said...

Sue,
Memang ada udang dan gula khas utk somtam. Tapi kalau takde boleh guna yg biasa je.

hazila said...

Kak paty,
Memang tumbuk guna lesung yg khas untuk buat somtam. Saya beli dah lama kat Padang Besar, perlis.

Kamsiah said...

adeiii...kecur melihatnya...saya suka jugak menu2 dari thai...simple2 tp sedap...

Gee® said...

ahaiiii....terlior la tgk somtam tu... tak pernah buat lagi... boleh try nih

chikadakbiru said...

salam kak ila sedapnye somtam tuh..gula somtam tuh mcm mana kak ?

dZana said...

Aslmkum hzila .. senang jer nk buatnya.. tpi klau malas semua tak jadi .. kalau dpt guna bahan2 asal thai dptlah rasanya yg ori kan..

cik cek said...

Sedapnya....:)

blogresipi.com said...

Owh ini memang super sedap. saya suka yang pedas :)
Ijan

mike said...

Fantastic goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you are just too excellent. I really like what you have acquired here, really like what you’re saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still care for to keep it wise. I cant wait to read much more from you. This is really a great site. virginia orthodontist

amirah3366 said...

boleh saya tau, dimana nak dapatkan gula somtham? email me: ili_mira@yahoo.com.my