Inginkan kelainan.......
Apakata cuba menu Roti Jala bersama dengan Kuah Dal.
Ini kali pertama buat saya juga. Sebenarnya semasa ibu bapa saya datang sebelum cuti Tahun Baru Cina tempohari, tiba tiba abah saya cakap, sedap juga kalau makan roti jala dengan kuah dal. Saya cakap, bukan ke selalunya orang makan dengan kari atau kuah durian ke... Abah saya cakap, boleh juga makan dengan kuah dal. Cuba buat, rasa dulu sedap ke tidak.
Tapi masa tu saya tak sempat buat sebab mereka datang sekejap tambahan pula asyik makan dan keluar ke sana ke mari. Then minggu lepas masa saya balik kampung pun terlupa pasal perkara ni. Semalam baru teringat dan saya terfikir nak mencuba. Memang ada kelainan tapi tak pelik sebab lebih kurang macam kita makan roti canai dengan kuah dal.
Rasanya menu ini sesuai dihidangkan sebagai sarapan atau pun minum petang. Ini kali pertama juga saya buat kuah dal sendiri. Dulu saya kurang menggemari kuah dal walaupun semasa menikmati roti canai. Kalau makan di kedai, selalunya saya tak akan sentuh pun kuah dal. Tapi tahun lepas saya terjatuh cinta pada kuah dal bila saya menikmatinya di sebuah restoren di Shah Alam.
Tapi malangnya sejak lepas raya puasa tahun lepas, mereka sudah tidak menyediakan lagi kuah dal untuk roti canai. So awal bulan ni semasa saya ke restoren ini untuk sarapan, saya bertanyakan pada pelayan kedai kenapa mereka tak masak kuah dal lagi, jawab pekerja tu, kuah dal tak mendapat sambutan di kalangan pelanggan, selalunya pelanggan tak makan dan mereka terpaksa membuang kuah dal tu. Jadi mereka rasa itu sebagai pembaziran.
Oleh sebab saya terasa nak makan dan mencuba menu yang dicadangkan oleh abah saya, maka kenalah cari resepi dan buat sendiri. Seperti biasa, kita google je, ada beberapa resepi yang saya jumpa. Ada yang menggunakan santan atau susu lembu. Tapi saya mencuba resepi dari s_shamen@myresepi yang saya rasa agak mudah dan tidak menggunakan santan. Alhamdulillah memang menepati citarasa saya.
Resepi Kuah Dal saya copy dari s_shamen@myresipi.com cuma saya tambahkan hirisan cili kering.
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 1 cawan kacang dal
- 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
- 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
- 2 biji kentang dibelah
- sedikit serbuk kunyit
- **1 inci halia diracik
- **2 biji bawang putih diracik
- **3-4 biji bawang kecil dimayang
- **sedikit daun kari
- ** 5 biji cili kering - dipotong serong ( ini saya tambah )
- **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
- **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
- 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
- minyak untuk menumis
- garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
- Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
- Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
- Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
- Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
- Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!
20 comments :
kita suka kuah dal + sambal tumis makan dgn roti canai mbe sbb kat penang ni asyik2 kuah kari yg berapa taun daaaa .heheheh sihat ke cik kak?miss u
Chik mi,
baru nak tanya khabar you kat FB. Sekarang tak berapa sihat sangat sebenarnya, semput. Makan macam macam ubat tapi still tak berapa sesuai lagi.
Yelahh idup mmg kena buat perubahan n x takut nk cuba benda baru...tqtq...
Ni tgk memlm Lapaq plak
Perut dok bunyi but after 8pm ai dh x mkn
Ayu kuah dal selalu mkn ngan roti canai kt kedai mamak
Menu ni lain dr yg lain
Betul tu chah. Kalau tidak tak berkembang dan makan benda yang sama je la kan.
Ayu,
Akak pun kalau boleh nak makan sebelum maghrib tapi cik abang sampai rumah dah hampir pukul 9.
Sedapnyer.. ni buat teringin nak buat jugak nih.. cantik pattern tu..
rajinnya k zila menjala...sipa buat kuah dal plak tu..kami org perak panggil gulai parpu..nk masaknya bole tahan gak lamanya..tp sbb dh dibesokn dgn kuah dal ni..kalo mkn roti canai mesti nk kuah dal gak...hehehe
k zila..nk tanya ngape sy aplod gambo dia ter'rotate' sendiri? gambo elok2 tegak jd senget..musykil..
Hem...sampai hari ini akak belm juumpa botol magic tu...teringin sangat nak menjala macam ni
Morning Zila,
wah kuah dal tu mengancam habis...kak Nur pun hari tu buat roti jala juga tapi tk masukan kat blog...malas semacam gitu...hehehe...presentation first class you!!!
Ribbon Clown,
Saya guna botol mayo untuk buat pattern roti jala tu.
Ummiaisyah,
Akak pun pernah dengar org panggil gulai parpu. Pasal gambar ter rotate sendiri tu tak pasti pulak sebab so far tak pernah ada masalah tu.
Kak Paty,
Botol tu boleh di beli di kedai menjual barangan Jepun. Saya pernah jumpa botol tu di kedai menjual barangan kitchenware.
Kak nur,
Saya letak entry pun sebab first time buat kuah dal. Thanks for the compliment but still lots to learn.
aslmkum hazila.. kuah dal akk suke mkn dgn roti tempayan klau beli roti tempayan msti minta kuah dal lebih2..
cantiknya gambar2 u amik..pakai kamera ape eh?
Suka Roti Jala...
Hazila.. skrg jarang ble update blog.. mcm2 sibuk.. hehe..
Kak zana,
roti tempayan tu sama ke dgn roti naan?
Cik sibuk,
saya guna Canon EOS 500+macro lense.
Salam Kak Hazila..saya pun dulu2 tak suka kuah dal bila makan roti canai, mesti nak kari sehinggalah sejak saya kahwin, kedai dekat rumah kuah karinya tak menepati citarasa so terpaksa beralih kepada kuah dal...Emmmm sedap gak kuah ni di gandingkan ngan sambal pedas, sejak itulah saya makan dal..tapi sampai sekarang belum pernah cuba masak sendiri....
Oh ya, pasal acuan chiffon cake tu, ia berbentuk love...saya kirim dari Kak Ayu@curlybabesatisfaction.blogspot.com/ berpandukan laman web ni http://www.kitchencapers.net/
Post a Comment