Tuesday, January 24, 2012

Seafood Tom Yum


Salam semua,


Sudah agak lama juga saya tak masak tom yum di rumah. Hari ini terasa macam mengidam nak makan seafood tom yum pulak. Saya dan suami sampai dari kampung lebih kurang pukul 1 tengahari tadi. Sebelum sampai rumah, my husband ajak lunch di Restoren Haslam. So balik rumah, boleh rehat sebentar sebelum masak untuk makan malam. Jadi hari ni kami makan malam awal sikit dari biasa.

Sebenarnya, hari ahad pagi kami ke Tanjung Karang, sebab kawan kawan my husband ada bercerita tentang tempat untuk dapatkan ikan atau seafood yang segar. Tapi memandangkan hari ahad tu sudah ramai peniaga yang bercuti sempena Tahun Baru Cina, jadi tak banyak pilihan yang ada. Kami cuma beli beberapa jenis seafood seperti sotong besar, kepah, ketam, udang galah dan udang bersaiz XXL.


Dalam resepi tom yum ni saya gunakan ketam bersaiz kecil, udang galah dan kepah. Saya hanya gunakan perencah tom yum segera di pasaran. Resepi tomyum yang simple boleh refer di sini. Saya pernah terbaca tapi tak pasti dimana, mereka masukkan bahagian akar daun ketumbar yang telah dicuci bersih ke dalam tomyum untuk membangkitkan lagi rasa dan bau. Saya telah beberapa kali mencuba cara ini dan memang ada sedikit kelainan dan saya sukakannya.



Salah satu menu favorite my husband......

Sotong Bakar

5 comments :

Ribbon and Circus said...

Hazila,

Serius terliur tengok your pics.. :D Nampak sedap sgt2 tom yam and grilled squid tu.. esok nak beli sutung gak lah..nak buat jugak jugak hehe

Nway, kat mana lah awak beli bekas tomyam tu eh..cantik tuk buat prop.. and hidang lam bekas tu pun cantik kalau nak makan..

hazila said...

Bekas tom yum tu saya beli masa ke Padang Besar di Perlis. Rasanya dah 2,3 tahun juga saya beli tapi jarang guna.

harleena said...

sedapnya... Favorit saya dan anak2, tomyam..

Nuridah said...

Morning Zila,

alahai sotun tu buat kak Nur terliur pagi2 nie...mcm nk makan sotun bakar jugak lah...hehehe...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

org posa ni telan air lioq jer ni kaka...wahhh dah lama x bikin tomyam...kena cari seafood letak la nnt lagik pedas lagik umphhhh!