Thursday, February 16, 2012

Nasi Lemak Sambal Udang



Salam semua...


Selalu saya nampak orang letak Wordless Wednesday...
Kalau saya letak Wordless Thursday, ok tak?


Hari ni tayang gambar Nasi Lemak Sambal Udang, tapi kali ni tak ada sayur kangkung. Saya suka nasi lemak dengan kangkung rebus tapi semalam kangkung tak ada pulak. Belek belek kat tempat sayur tu nampak macam sayur kangkung kampung, ala yang selalu kita kutip kat kampung tu. Nyaris juga saya angkut masuk bakul. Tetapi tiba tiba tergerak nak baca tulisan di tag harga tu.

Rupa rupanya daun keledek. Aduhai..... dah tua tua pun boleh tak cam daun keledek. Ingat lagi masa dulu dulu, masa kecil mak dan abah saya tanam keledek kat tepi rumah. Sekarang, nak tengok pokok keledek pun susah. Nak tanam kat tepi rumah pun, tanah yang ada sekadar sekangkang semut.

Eh eh.... mula mula tadi siap tulis Wordless Thursday, ini dah panjang lebar pulak cerita pasal pokok keledek.


Nasi lemak saya mesti berderai, kalau tidak my other half tak makan. Sebab tu kalau beli nasi lemak kat luar, mesti dia check nasi dulu. Kemudian bila makan, dia akan komen pasal sambal pulak. Kadang kadang tu geram juga, bila suruh dia masak sendiri, katanya dia bukan Chef Wan.

Jemput kawan kawan, kita sarapan nasi lemak dengan sambal udang. Lepas tu bolehlah hirup teh o yang suam suam.

20 comments :

Chik Mimi said...

cheq pun masak nasi emak,tapi tak pernah buat kangkung rebuih boleh try ni

AZLITA AZIZ said...

salam Hazila..

Aduyaiii... terliur pulak bila nampak nasik lemak hazila ni
Tang sambal tu yg tak tertahan tu.. warnanya cantik!

Diana @ Melley Mey said...

wah kat cnie ada nasi lemak sambal udang ler... sedaaapnya tgk...

kasihredha said...

sambal udang tu yg membuat nasi lemak ni special banget :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Dari jauh akak nampak terus terkam dulu..favourite...sambal udang pulak tu......

cik cek said...

Nasi lemak sambal udang...bestnya....nak tapau bolehhh..:)

Amie said...

Sedapnya nasi lemak sambal udang tu Hazila...siap ada daun pisang lagi, tentu bertambahlah kelazatannya dengan aroma daun pisang tu.

Amie pun suka makan nasi lemak berderai, dan biasanya untuk buat nasi berderai lebih sesuai kalau dikukus berbanding masak cara biasa. Tapi kalau makan di kedai, berderai ke, lembik ke ... he he hehh telan ajelah..

Gee® said...

Waaa...ada sambal udang.... sedapnyaaa....

Qhaifa Nur said...

dialas pula dengan daun pisang lagi berbau harum nasi lemak nih..

Qasey Honey said...

sedapnya kalau dpt mkn nasi lemak ni pepagi td...hehehe
mesti sedap ni...mkn dgn sambal udang n beralas daun pisang tu...

izahdaut said...

sama ngan haby saya kak, nasi lemak nak kena berderai tapi lembut dan lemak. banyak ciri2 yang kena ditepati. kdg2 buat sendiri pun ada jugak yang tak kena dihati nya . heheh.. tapi saya mmg suke nasi lemak lawan ngan sambal udang. fuhhhh bertambah tambah

KhaiZa said...

itu la kan.. kadang2 boleh tersalah tgk... sekali pantang mcm kangkung...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ini mesti udang dari kuala selangor jugak kan? hehe.. memandai sy meneka...
sambal udang tu makan dengan nasi putih pun dah sedap.. inikan pula dilawan dengan nasi lemak... wahhh.. bertambah2 lalu terlupa pantang.. hihihi...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

eh lupa cerita pasal pucuk keledek.. sy pun ada kisah silam yg lucu pasal pucuk keledek.. masa anak dara dulu.. dok teringin nak makan pecal.. makanya pegilah ke pasar seorang diri mencari bahan2.. bab cari kangkong kampong tu tak jumpa2 nak letak kangkong cabut tak best.. last cari kat gerai cina pulak.. ternampakla pucuk keledek yang disangka kangkung kampong.. walaupun pd mulanya dah rasa mcm lain.. tp tak sangka pula kat pasar ada jual pucuk keledek.. mulut pulak berat nak bertanya.. blk je rumah.. makcik ckp ni pucuk keledek nak buat apa.. hahaha.. kelakar betul.. masa tu sy dok ngan makcik kat pj ni.. mmg kenangan.. last2.. pucuk keledek tu digoreng je.. sedap jugak!

Ayu said...

assalam zila..
betul tu nasi lemak kalau nasinya berderai (peroi) memnag sedap..kita pun suka..sambal pulak tak suka yang terlalu manis..ala kadar manis dan suka rasa belacan nya lebih sikit..heheh..lagi dimakan atas daun pisang amboi lagilah berselera..

Puspha said...

tooooo good!!!!!!!! I'm drooling

ibundo said...

nasi lemak ni makanan ever green..
Buatlah macamana style pun mesti lakuuu..
sedapnya.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

pagi2 tgk nasik lemak memang meleleh ayaq lioq cheq...dah seropa ngan kedai ni sedap!

blogresipi.com said...

hehe.. tergelak saya baca akak tulis. takpelah kak, wordless ke full of words ke kan :)

Saya bukan chefwan tu paling best. hihi :)

HomeKreation said...

Nasi Lemak bila2 pun tak tolak.... Cantik nya gambo2 yg Hazila amik!