Sunday, February 12, 2012

Sayur Bayam dengan Siput Mentarang


Hari ni suami saya ajak ke Kuala Selangor untuk dapatkan fresh seafood. Sejak dah ada port baru untuk beli fresh seafood, boleh katakan setiap 2 minggu kami akan ke sana. Pagi tadi kami keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi dan sampai balik ke rumah lebih kurang pukul 10 pagi.


Kat sini memang banyak seafood yang segar dengan harga yang reasonable. Yang penting apa yang kami nak ada di pasar ni. Antara yang selalu suami saya akan cari ialah Sotong besar, Siput mentarang, Udang Kertak, kepah dan beberapa jenis ikan lagi.

Rasanya siput mentarang ni ada musim juga, sebab bukan hari hari boleh kita jumpa di pasar. Kebanyakannya di bawa dari Tanjung Karang atau dari Utara tanahair. Siput ni biasanya di dapati di kawasan tanah berlumpur. Kulitnya agak nipis tapi tajam. Saya pernah nampak orang masak lemak cili padi dengan batang keladi. Dan selalunya mereka masak dengan kulitnya sekali. Tapi saya selalu masak siput ni dengan sayur bayam dan saya akan asingkan isinya dari kulit, lebih senang untuk dimakan.


Sayur Bayan dengan Siput Mentarang

Bahan bahan
1 ikat sayur bayam - potong saiz yang sesuai
Isi siput mentarang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 biji cili merah - dihiris
Sedikit belacan
Garam
Air secukupnya

Cara cara

1. Masukkan air, bawang merah, cili merah, belacan dan didihkan.
2. perasakan dengan garam, masukkan daun bayam dan biarkan seketika hingga daun bayam layu.
3. Matikan api dan hidangkan bersama nasi putih.


Sambal tempoyak dengan timun

17 comments :

KuNanGKuNanG said...

mentarang ni slalu sy rebus atau bakar je..:)

ummiaisyah said...

hbby sy minat beno le mntrang ni...lenkali k zila lajak terus le k t intan...jemput le k teratak buruk sy..

hOtMaMa said...

saya tak pernah makan mentarang.. tp bila tgk gambar nih saya sangat terliur! uwaaaa..

hazila said...

Kunang Kunang,
sya tak pernah rebus tapi pernah cuba bakar. Tapi my husband suka versi sayur cam ni.

hazila said...

Ummiaisyah,
Nanti kalau hiway LATAR siap sampai Lumut, bolehlah lajak ke Teluk Intan sebab jimat masa.

rostina76 said...

salam kenal hazila...berseleranya tgk menu u & mmg suite dgn my taste. simple tapi confirm tambah nasi 2 kali.heheh!!

rostina76 said...

btw lupa nak tanya....daun yg u bt alas sambal tempoyak tu daun lirik ekk? ingat kat brunei je org guna ni

dalisha said...

menyelerakan...
--
Jom lihat Koleksi Tudung Cantik dan Terkini disini
--
Ketahui Rahsia kecantikkan anda disini

hazila said...

Hotmama,
Sedap juga siput ni cuma agak leceh nak bersihkannya.

hazila said...

Rostina,
Salam kenal juga dari saya. Actually tu daun pokok hiasan kat laman saya. Entahlah nama apa.

hazila said...

kHaiza,
bagi penggemar siput ni memang tak akan lepaskan peluang merasainya.

Yatie said...

hi saya nak tanya... seafood ni beli kat pasar kuala selangor ke kat tepi pantai?

yatie, sawanila.com

hazila said...

Yatie,
Siput ni dijual di pasar Pasir Penambang. Tapi kalau ke Pasar Tanjung Karang, mengikut kata penjual di situ ada penjual siput mentarang ni selepas pukul 2 ptg.

cik cek said...

Tetelan air liurnya akak tgk lauk2 kat sini...siput mentarang...1st time dengo...tak penah makan pun...

NenetPenne (NP) said...

pasir penambang dgan office i cuma 5 minit jer... walaupun suka cari fresh seafood kat situ tapi jarang jugak pegi situ pun...

i suka udang gertak tu..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...Sedapnya sesekali dapat layan lauk ala-ala kg macam ni..lagi2 ada sambal belacan jadi pelengkap....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sejak pertama kali rasa siput mentarang yg org masakkan... sy dah mula jatuh cinta.. hehe.. husband pun sama.. tp tula.. kalau nak beli mmg kena pegi ke kuala selangor barula jumpa.. terliur la pulak tgk yg zila masak ni..

u all pegi kuala selangor lalu ikut mana ek yg dekat?