Monday, February 13, 2012

Oreo Cheese Cake


Ini kes nak gunakan cream cheese yang berkurun duduk dalam peti ais.

Sebenarnya saya beli cream cheese ni masa ada offer, tamak punya pasal walaupun takde plan nak gunakan cream cheese masa tu tapi sebabkan murah, saya angkut juga masuk bakul. Lepas tu hari ke hari asyik terlupa je kat cream cheese ni, kalau teringat pun, masa tu dah ada plan nak buat benda lain. Then lama juga tuan rumah tak berapa sihat, lagilah buat buat tak nampak je. Hari sabtu tu, dah terfikir nak buat cheese cake jadi masa saya ke Bangi tu sempat singgah di Bake with Yen,beli biskut oreo. Actually singgah Bake with Yen tu nak cari benda lain, tapi barang yang saya cari tak ada, jadi terus beli biskut oreo.

Rasanya resepi ni dari rumah kak ummi kot. Saya lebih sukakan Soft Japanese Cheese Cake, tapi sebab nak buat kerja yang senang, saya buat oreo cheese cake ni. Lepas tu malam tadi saya dah war warkan pada kengkawan saya yang hantu ciskek suruh bagitau kalau nak makan. Sebabnya, kalau tinggal kat rumah alamatnya, 2,3 hari pun belum tentu habis.

Bahan bahan

30 keping biskut oreo - buang krim tengah dan kisar hingga halus. Kalau malas macam saya, beli je biskut oreo yang sudah siap dikisar.
1/4 cawan butter - cairkan

Sapu loyang dengan sedikit butter, kemudian gaulkan biskut kisar dengan melted butter. Kemudian masukkan ke dalam loyang, tekan dengan buku lima tangan anda hingga mampat. Ketepikan.

Bahan filling
500 gms cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan sour cream - saya gunakan Greek Yogurt
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telor
1 cawan biskut oreo yang dicincang halus

Cara cara
1. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan sour cream/yogurt dan putar lagi. Kemudian masukkan esen vanila. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
3. Masukkan biskut oreo yg dicincang halus tadi dengan kaedah kaup balik.
4. Tuang adunan ke dalam loyang tadi. Bakar secara bain marie ( steam bath) di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius.
5. Masak selama 45 minit sehingga bahagian tengah kek masak, kemudian tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tidak terlalu kuning/terbakar selama lebih kurang 15 minit.
6. Biarkan kek di dalam oven selama lebih kurang 30 minit supaya kek tidak turun dengan  mengejut. Sejukkan di dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam atau semalaman.

9 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ayu sukerrrr yummy sgt
dah biasa buat last month
sedapppppppppppppppppppppp!
ni tgk nak buat lagik ngeeee

KhaiZa said...

Ya Allah... cantiknya.. dan menyelerakan..
--
Jom lihat Koleksi Tudung Cantik dan Terkini disini
--
Order VCO Catalyst disini

Kamalia said...

saya suka ciskek..
bila nampak ni terus datnag..sangat menggodala kak..

Chik Mimi said...

kalau la dekat

oli-go said...

Sedapnye..nak resepi dia boleh???

ummiaisyah said...

dh lama x mkn ciskek...sedapnya kalo dpt belanda diri sendiri dgn sepotong ciskek slps satu hr isnin yg memenatkan!!!..sukanya mug rimau tu...auuumm

Zalia said...

cheese pesona lia ari tu pun x abes2 lagi kak... hehehe

Sue @ Nenie said...

Salam...wahhh teruja betul saya tgk orang wat cheese cake..tapi pasaran kat rumah sini kurang memberangsangkan..jadi main beli jelah kat kedai sepotong dua....

zila said...

salam kenal dan ziarah disini..semua masakan hebat2..cheese cake tu pun menggoda :)