Friday, February 24, 2012

Quick Update.....



Salam di hari Jumaat....


Minggu ni tuan rumah kurang sihat dan tambah tak sihat bila kerja banyak dan agak sibuk sampai tak sempat nak bereksperimen di dapur. Adakalanya makan tengahari dah sekali dengan makan malam. Memang boleh kaya akak macam ni......


Kebetulan pula my husband ada seminar selama 3 hari, jadi kebiasaannya bila pergi seminar memang dari pagi sampai petang asyik makan saja kan, so bila malam kami hanya makan yang simple je. Tambahan bila dah sibuk ni, memang saya makan dulu sebelum balik rumah.

Semalam hari terakhir seminar, bila balik my husband bagi satu beg, katanya ada hadiah. Rupa rupanya chocolate, hadiah  dari pihak penganjur. Isi kat dalam tu tak berapa menarik perhatian saya, tapi kotak chocolate tu lagi mengujakan.



Ini pula buah lemon yang sudah bertukar kuning. Buahnya tak besar dan seperti buah lemon yang dijual tu, mungkin sebab saya tanam dalam pasu dan tak cukup nutrient. Maklumlah, tuan rumah sibuk sampai tak sempat nak letak baja, tengoklah pokok serai kat belakang tu, daunnya dah bertukar kemerahan.

4 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

comey jer coklat box tue
wahhhhh akak x payah beli lemon kat market dah sebab kat umah dah ader....

kasihredha said...

cantik box cokolat tu...isi dia sure lagi cantik :))

lemon tu nanti boleh buat ice lemon tea

nonierahman said...

wow bestnya coklat patchi.mahal tue kalau nak beli :P

ummiaisyah said...

berketul2 cekelat lam tu..meh la seketui...muahahaha..