Friday, November 25, 2011

Baked Pasta


Maaflah sehari dua ni asyik tayang menu ulangan saja. Malas betul nak fikir nak masak apa. Barang basah pun tak ada dalam esbok, malas nak top up sebab esok dah cuti sampai hari Isnin. Bila cuti saja, kebarangkalian nak masak kat rumah tu hanya tinggal 20%. Lagipun my husband ada bagi hints nak jalan jalan masa cuti nanti, lagi la saya tak simpan stock barang basah.

Balik kerja semalam, saya plan nak buat simple dish, Baked Pasta. Kebanyakkan bahn yang digunakan adalah "segera". Pasta (macaroni), sos spaghetti, daging burger, cheese, cendawan dan bawang. Saya cuma beli daging burger dan cendawan saja sebab yang lain semua ada dalam simpanan di rumah.


Bahan bahan

Pasta - rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti (original)
2 keping daging burger - cincang
5 kuntum shiitake mushroom - hiris nipis
Sedikit garam dan lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan mixed vege
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging burger yang telah dicincang. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan cendawan dan mixed vege, kacau hingga cendawan layu. Masukkan air, biarkan ia seketika.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau sekata dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih seketika. Tutup api.
4. Masukkan pasta yang telah ditoskan tadi ke dalam sos. Kacau sekata, tuangkan ke dalam bekas tahan panas.
5. Taburkan dengan mozzarella cheese di atas permukaan dan bakar di dalam oven hingga cheese cair dan sedikit keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.


20 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ni suker gak...
nak buat la gak
teringin nak mkn even tgk cihat ni ngeeee

Qhaifa Nur said...

nampak sedap pasta ni....
pasta - pasta ni belum pernah buat lagi tapi teringin jugak..
nak share ok...

kzai said...

salam hazila..lama x singgah sini..sll jeling2 je..x sempat nk tinggal jejak..sedapnye..lama x wat..yumyumm

Chah said...

uishhh memang terliur...pandai hazila mengguda ehhh??

Amie said...

sungguh menyelerakan...ni dah hulur piring kosong ni...liur pun dah leleh-leleh...

Chik Mimi said...

cik kak ku telah terguda dengan baked pasta mu itew

KakAsma said...

waaa Zila sedap nyer...akak tak penah laa buat camgini.nak buat tapi bila tang cheese tu yg terbantut..

hazila said...

Ayu,
Akak suami isteri pun tak sihat, takde selera nak makan.

hazila said...

Qhaifa,
Saya selalu simpan stok pasta dan sosnya sebab senang kalau mood malas atau ada org datang tergempar...

hazila said...

Kzai,
Akak rajin buat RV, saya baking ni ada sikit malas. hehehehe...

hazila said...

Chah,
hehehehe...meh la terguda.

hazila said...

Amie,
Nanti saya ikan piring kosong tu ye...

hazila said...

Chik mimi,
takpa, senang saja nak buat tu. bak kata pepatah saya, pejam mata pun boleh kan. Cuti pi mana?

hazila said...

Kak Asma,
Ada versi yang tak perlu guna cheese. Rasanya macam buat sos bechamel + telur lepas tu curah ke atas pasta sebelum bakar. Kurang sikit kot tahap kolesterolnya tu...

kasihredha said...

akak suka dan teramat suka dgn pasta :))

Ijah EmoTemo said...

meleleh air liur tgk heheheh

blogresipi.com said...

Creamynye... saya suka gak masak yang simple2 gini time weekdays. Sempat lah nak rehat2 sikit hehe :)
Ijan

Nur-nba said...

Suka sangat.. Nak cubalah buat sendiri.

Mama Likha said...

kak, nak bakar tu lama mana yer ?

hazila said...

Mama Likha,
Lebih kurang 20 minit rasanya pada suhu 180 darjah celcius. Agak agak juga sebab bergantung pada oven, kalau tengok cheese dah cair dan keperangan bolehlah tutup oven.