Friday, November 11, 2011

Milk Tea Iced Blended with Black Pearls

Milk Tea Iced Blended with Black Pearl

Hari ni ramai yang excited pasal tarikh yang cantik, 11.11.11.

Semalam saya tak masak untuk dinner, my husband beli roti naan dan ayam tandoori untuk makan malam. Masing masing tak tau nak makan nasi dengan lauk apa, so apalagi cepat cepat je my husband suggested untuk makan mamak food. Malas nak fikir, ikut je lah...

Sebelum hari raya aidil adha yg lepas, saya ada beli Tapioca Pearls/Black Pearls, cuma baru berkesempatan menggunakkannya. Sekarang kena cari resepi bagaimana nak menghabiskannya. Resepi yg paling senang ialah Milk Tea Iced Blended, bancuh saja teh susu kemudian kisar bersama sama dengan ketulan ais dan letakkan Black Pearls di atasnya. Tapi teh susu itu perlu sedikit manis sebab bila dah campur dengan ais, ia akan menjadi sedikit/kurang manis. Jadi perlu agak berapa manis yang kita perlukan...


 Serbuk Teh


 Tapioca Pearls - Raw

Tapioca - Cooked

Updated on How to cook Tapioca Pearls

1 cawan tapioca pearls (raw)
6 cawan air
1/2 cawan sirap gula ( 2 sudu makan gula + air panas )

Cara cara
1. Didihkan air dengan api yang tinggi hingga mendidih. Masukkan Tapioca Pearls ke dalam air mendidih dan tutup periuk. Kacau sesekali supaya tidak melekat. Masak dengan api tinggi selama 16 minit.
2. Padamkan api dan biarkan tapioca pearls di dalam periuk tadi selama lebih kurang 30 minit. 
3. Masukkan ke dalam penapis, lalukan dibawah air mengalir seketika dan kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi sirap gula tadi.
4. Sedia untuk digunakan.

P/S - Cara ini mungkin berlainan bergantung pada pengeluar tapioca pearls tersebut.

14 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kat sini sejuk biler tgk air ni tak terlioq sgt if summer harus mintak segelas ni....wah cedapnyer blh mkn roti naan ngan ayam tandoori tue.....

Ribbon Clown said...

The first picture cantik sgt.. I really like the mood setting..

farhanna said...

paling suke black pearl.. kenyal2 liat2.. sedap

Edi said...

saya tak pernah tengok pearl tu yg mentah.. ingatkan takde jual... kat mana nak beli ni kak zam? kitorg mmg selalu beli bile gi alamanda.. bessla pearl tea... suke!

Chik Mimi said...

uiks rasa apa tu cik kak macam best ja nak try

Qhaifa Nur said...

aduh sejuk tekak bila minum air ni...

cik cek said...

Mana nak beli black pearl tu ek...cantikkkkk...

Cik Puan Izan❤ said...

sedapnyaa...mmg feveret air ni... nak tanya mcm mn msk Tapioca Pearls tu...? sblm ni izan rebus dgn air pastu semua jadi cair..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..
Wahhh feberet ni tapioca pearl...Haaa nanti bolehlah cuba buat jelly atau talam skoteng pula..skoteng tukar kepada tapioca pearl, jadilah talam tapioca pearl..HA ha ha suke suke je kan...

dZana said...

nk cari jugak la tapioca pearl tu.. msti sedap ni..

Amie said...

cantiknya.....terliur ni...adeeeehhhh, mesti sedap sangatkan!

kasihredha said...

menarik :)

محمد رازيق said...

haus.. cam sedap je ni... huhu

Norliana Johari said...

Skrg blh jg homemade tau..tp penat nak gentel.