Sunday, November 13, 2011

Pengat Keledek Ungu & Sago


Menu minum petang tapi makan lepas makan malam.....

Masa saya tengah nak masak pengat ubi keledek petang tadi, my husband ajak keluar pulak. padahal masa tu sedang kukus keledek dan bahan bahan lain semua dah siap. Apalagi, tutup apa yang perlu, terus keluar dulu. Lepas balik baru sambung semula apa yang tergendala.

Saya selalu kalau buat pengat, saya akan kukus dulu ubi keledek atau labu sebelum ditambah kuah pengat.

Bahan bahan
3 ketul ubi keledek ungu - kupas kulit, potong saiz yang seseuai dan kukus hingga empuk.
1 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
4 cawan air masak
1-2 keping gula melaka
Sedikit garam
Gula secukupnya
2 sudu makan sagu yg direndam terlebih dahulu.

Cara cara
1. Perah kelapa parut menggunakan air masak untuk mendapatkan santan. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan daun pandan, sagu, gula melaka, gula dan garam. Masak dengan menggunakan api sederhana.
2.Sentiasa kacau supaya tidak meruap. Jangan masak hingga mendidih terlalu lama kerana kepala santan mudah terbentuk.
3. Bila mendidih sebentar dan sagu sudah bertukar warna, bolehlah padamkan api.
4. Masukkan ubi yg telah dikukus ke dalam mangkuk, tuangkan kuah pengat dan sedia utk dinikmati.

10 comments :

Amie said...

ooo...style Hazila sama macam mak mentua Amie, tuang kuah pengat kemudian...

kasihredha said...

sedap..
kalau balik trganu baru akak jumpa keledek ungu ni :)

nonierahman said...

sedapnya kak..nonie lagi suka pengat keledek dari labu,mana akak beli keledek purple?susah nak jumpa.

Mika USA said...

Tengok keledek ungu ni waktu makan kecik2 dulu. sedap isi keledek ni. buat pengat memang lah best :)

Gee® said...

waaa....sedapnyaa... kaler purple lagi... tp kat sini jarang jumpa keledek nih...

Chik Mimi said...

Wah kaler dia menarik la ,lama saya tak buat pengat

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x pernah masak....
but biler tgk akak buat ni teringat kat umi ayu, dia mmg suka buat pengat gini.....uwaaaa

ibundo said...

salam hazila. Sedap nampaknya.

dZana said...

tak prnh msk pngat camni.. nk try buat camni jugak la.. slalu main lebur jer semua..

Sue @ Nenie said...

Salam..Oh kiranya ni versi isi asing kuah asinglah yaaa..Bila nak makan baru disatukan..Selalu saya buat masak sekali, lain kali boleh gak cuba cara ni...

Wahhh keledek ungu, susah betul nak dapat kat sini, cantik kaler dia...