Monday, November 21, 2011

Sambal Buah Kuini


Malam ni memang agak "PANAS"....
Maklumlah masing masing tengah tengah khusyuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Indonesia. My husband, sekejap duduk atas kerusi, sekejap bangun berjalan kemudian duduk balik... Saya hanya jeling jeling je kat TV. Bila gol, saya tumpang jerit je.

Hujung minggu lepas, saya balik kampung sebab ada kenduri. Lagipun masa raya Haji tempohari kami tidak balik. Kebetulan sekarang musin buah kuini di kampung. Dulu kami ada 3 pokok buah kuini, so bila musim memang tak larat nak makan. Jiran jiran memang boleh tumpang makan sekali. Bila malam, especially kalau angin agak kuat sikit makan kedengaran bunyi buah kuini yang jatuh atas bumbung rumah. maklumlah rumah atap zink, jadi memang agak kuat juga bunyinya. So pagi esoknya pakat kami adik beradik kuitp buah kuini yang jatuh bertaburan....
Tapi sekarang hanya tinggal satu pokok saja, yang lain tu dah ditebang sebab abah saya nak besarkan rumah. Walaupun satu pokok, tapi buahnya memang banyak... So masa nak balik tu sempatlah saya kutip bawa balik, takdelah banyak sangat sebab saya tak boleh makan banyak sangat sebab asma. Suami saya pulak, sebiji pun tak habis.... Lepas tu masa nak balik, sempat singgah kat lebuhraya Karak dan my husband beli durian MUSANG KING SEBIJI. Boleh gitew..... saya tanya berapa ringgit? Dia cakap RM80. Hah saya kata biar betul? Saya cakap membazir je.... Bukannya nak makan sangat.

MEMANG BETUL....... dia cuma makan 3 ulas lepas tu dah berhenti. Dan macam biasa, saya sumbat durian tu masuk peti ais untuk agenda seterusnya. Sekarang rumah saya penuh dengan bau durian dan buah kuini bercampur aduk. Memang pening kepala dibuatnya.......



Buah kuini dari kampung.

Menu pertama gunakan buah kuini ialah sambal belacan buah kuini. Lepas tu goreng ikan kering buat cicah, perhhhhhh........ memang boleh lupa diri sekejap. Rasanya semua orang tahu macam mana nak buat sambal belacan kan....

11 comments :

Cheq Sue said...

sedapnya kak sambal kuini tu, saya ni dah lama dok angan2 nak makan, nak buat tapi x jumpa lg dengan kuininya...mmmmm boleh nengok ajelah

norhanim md zain said...

ops kecur air liur ni...sedapnya..
kena gan nasi panas-panas...ikan masin sikit...

nice photo..i like..

farhanna said...

mkn dgn ns pns2..warghhh x thn...

~~zAnAfAhMi~~ said...

susah nak jumpa buah kuini kalau area bandar, masa kat kampung akak di Johor, ada pokoknya.....selalu dpt mkn bila gugur.
skrg ni dah bertahun2 tak merasa.....huhu...sedihnya.

Kerull said...

Salam Pg Hazila...wah buah kuinin tu buat air liur ku merembes..inikan pula buat sambal..hu hu terbayang2 ni adussss

Amie said...

oh! buah kuini...selalunya buah kuini di sini dari Filipina...bilalah nak musimnya ye...boleh buat sambal kuini macam ini gak...sedap...wangi!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

musim kuini ye? sedapnyerrrr.. feberet juga tu.. tp husband tak berapa suka.. teringat masa sy kecik2 dulu kat kg Dungun (kat umah arwah ayah yg adiknya duduk) ada juga pokok kuini.. kalau musim mmg tak habis mkn.. pokoknya pun dah tua lebih dari 2 pemeluk.. oleh sebab dah tua sgt & dah terlampau tinggi sgt.. dorang dah tebang pokok tu takut tumbang & rosakkan rumah & harta benda pulak.. skrg ni dah payah nk mkn kuini..

Life Is Beautiful said...

mmg terbaeek...makan sambal kuini dgn nasik panas..maunyer berpinggan2 mkn nasik....hehehhe

shuweet said...

oh terliur nyer saye.....sedap ni makan ngan nacik panas2....

by the way i am one of your follower :)...sumber inspirasiku..

Ida,Japan said...

mmg sedap ni mkn ngan nasi panas2...fuhh meletop rasanya zila

blogresipi.com said...

Suka saya tengok sambal kuini akak ni. kat kampung ada pokok satu kat belakang rumah. bau dia mak aiii.. semerbakkkk. hehe... buat sambal ni best!
Ijan