Thursday, November 10, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan & Timun Masak



Hari tu kan saya ada cakap yang tekak teringin nak makan asam pedas ikan sembilang tapi last minute kena tukar menu jadi gulai, jadi semalam lepaskan mengidam kat asam pedas walaupun tak ada ikan sembilang. Masa beli kepala ikan merah ni plan nak buat kari kepala ikan, so saya dah "curi" sebelah untuk buat asam pedas.

Kali ni saya campurkan dengan buah timun masak, sebab dah selalu sangat masak asam pedas dengan sayur bendi. Kalau suka makan timun masak yang a bit crunchy, masukkan ia semasa lebih kurang 5 minit sebelum api dipadamkan. Sebab kalau lembik sangat timun tu kurang sikit sedap pada tekak saya.

Saya pernah cuba 2 kaedah untuk masak asam pedas ni, yang pertama saya didihkan terus dan yang kedua saya tumis dulu rempah ratus sehingga masak baru saya masukkan air dan didihkan sebelum masukkan ikan. Kedua dua cara pun ok pada saya, bergantung pada mood hari yang masak tu la.....



16 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedapnyer kak
fav selamanyer asam pedas ni
sini timun jer ni susah nak jmpa....ada lagik x? kasi semangkuk ngeee

Qhaifa Nur said...

nampak asam pedas ni teringat kat anak aiman, memang feveret dia...
sedapnyaaaa...

norlieharumaini said...

sedapnya anak suka ni..

Chik Mimi said...

cik kakkkk sedapnya ,hantaq ye sepinggan:)

ady said...

AS-SALAM
npk sungguh menyelerakan asam pedas ni..

farhanna said...

sodapnyer..lama x mkn..kena balik melaka ni.. rindu mak masak ikan asam podas

hazila said...

Ayu,
Akak sorang je yg suker asam pedas ni. Yg sorang lagi tu, jeling pun tak...

hazila said...

Qhaifa,
bestnya kalau ada kawan yg suka makan ngan kita especially anak anak.

hazila said...

norlie,
mak nak masak pun bersemangat kalau anak anak suka makan.

hazila said...

chik mimi,
amboiiiii lamanya dia dok menyorok. Mai la sini, bukan takat sepinggan, sebelanga kita jamu.

hazila said...

ady,
ermmmm sedapnya hanya dapat dirasakan oleh penggemar asam pedas saja.

hazila said...

farhana,
hari tu pergi Melaka, memang puas la makan asam pedas.

Amie said...

Assalam Hazila...
kalau dah ada kepala ikan masak begini, memang tolaklah lauk yang lain....yummmyyyy

hazila said...

Kak Amie,
betul tu kak, semalam saya masak asam pedas dan Ketam masak Masala. Sorang makan lauk asam pedas, sorang makan lauk ketam....

Liza said...

salam kenal hazila....sedap asam pedas tu, peberet liza ni...

hazila said...

Liza,
Salam kenal dari saya juga.