Thursday, February 14, 2013

Apam Beras


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...


Wah bukan main lagi akak bercuti ye, hampir seminggu tak update blog. Bukannya tak masak tapi malas betul nak angkat kamera. Ada masanya dah ambil gambar tapi rasa macam tak berapa nak rajin nak edit dan update dalam blog.

Susah betul kalau dah diserang virus "MALAS" ni kan...




Agak lama juga tak buat apam di rumah. Maklumlah bila buat asyik tak nak merekah/senyum apam tu. Stress you!!! Kenapalah orang lain buat macam senang je nak senyum apam tu. Buat kuih muih lama ni ada petua dan tips yang perlu diketahui kalau nak kuih tu jadi dengan eloknya.

Itu kata mereka yang pakar lah kan...

Sebenarnya saya tak mengharap sangat yang apam ni akan merekah sebab bila tengok adunan yang saya perap tu macam tak begitu naik. Bila tengok adunan tu, dalam kepala terfikir jadi ke ni? Tapi alang alang dah bancuh adunan tu, apa salahnya saya teruskan juga. Kalau tidak mana nak tahu ia menjadi ke tidak kan...

Tapi bila dah ditambah ENO, serta merta adunan tu berbuih. Jadi harapan nak menjadi tu ada la sikit.


Nak tunggu lepas 15 minit tu macam lama, sebab tak sabar nak tengok kejadian apam. Alhamdulillah, bila buka penutup je dah nampak apam semua tersenyum...

Resepi saya ambil dari internet, tak pasti siapa yang empunya tetapi ramai kawan kawan food blog yang sudah mencuba resepi apam ini. Terima kasih.


APAM BERAS

Bahan Bahan
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 packet kecil ENO
Acuan apam
Sedikit minyak masak

Cara cara
1. Kisar nasi dengan air hingga halus. Kemudian masukkan tepung beras, gula dan yis. Kisar hingga sebati.
2. Perap adunan lebih kurang 3-4 jam. Kemudian masukkan serbuk ENO dan kacau perlahan lahan hingga sebati dan biarkan seketika.
3. Panaskan kukusan dengan API BESAR. Tutup tudung periuk dengan tuala dapur.
4. Sapukan sedikit minyak masak di dalam acuan apam supaya senang untuk keluarkan apam nanti.
5. Tuang adunan apam ke dalam acuan 3/4 penuh. Letakkan di dalam periuk pengukus.
6. Setkan masa selama 15 MINIT, jangan buka penutup periuk sebelum 15 MINIT habis.
7. Selepas 15 minit, buka penutup pengukus, keluarkan apam dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum keluarkan dari acua.
8. Apam Beras sedap dimakan bersama sama kelapa parut yang dikukus sebentar dan perasakan dengan garam halus.





19 comments :

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam zila... agaknya inilah dia penawar untuk hati yg berduka kerana apam selalu taknak senyum... kan tersenyum lebar dah apam tu... sampai tuan rumah terlupa nak berkongsi resepinya sebab terlalu gembira.. hehe...

Amie said...

Ha... kan dah senyum melebar apam tu Hazila he he heh, satu lagi orang kata kalau nak merekah kena guna api kuat...alahai saya sendiri buat tak pandai senyum pulak!

Gee® said...

Ermmm... gebus gebas apamnya...

Rohah said...

tu dia...dah senyumm...lain kali boleh buat yg ni,try yg ada eno pulak...mesti tersengih manjang kan apam yg kita buat..

ibundo said...

salam zila. Elok cantik tersenyumnya apam tu. Buat apam ni kalau tak tersenyum memang stress dibuatnya.

ady said...

as-salam
cantik senyum apam tu..npk gebu..

zila norazila said...

salam kak zila,
samalah zila blog dh lama x berjengah..he hhee malas btl skrg nie..ptg2 tgk apam nie sedap jew kak..llg2 ujan skrg nie..

Marsita Yahya said...

Nampak klasik presentation tu...I likeee...! Bila tgk apam senyum taun tanah pun mesti senyum sama kan?:)

akumann2803 said...

zila...gebusnya...geram saya tengok...nak ngap je rasanya...yis tu jenis apa ye..mauripan ke

momnsofea said...

geramnyer..comei lote..gebu..rasa nk ngap

Azie said...

As salam. Boleh tanya jenis kamera yg digunakan. Gambarnya sgt cantik

Unknown said...

Nk buat gak laa minggu nie

Unknown said...

Nk buat gak laa minggu nie

Unknown said...

Nk buat gak laa minggu nie

Unknown said...

Nk buat gak laa minggu nie

Unknown said...

Salam..kak,sy btl2 nk mtk tnjuk ajr buat apam ni..berkali2 cube mengapam tp asik gagal..sedih..bila
ikut resepi akk ni,rsenya sdp.sy sukeknnya tp knp x merekah?mengempis pulak..sy ikut sukatan yg tepat spt dlm resepi..mak mertua kate sbb cair agaknya..tp akk pny jd jek???moral down...tlg sy... ni email syazajamil86@gmail.com

Taman Syurga said...

Tqvm kepada tuan rumah berkongsi resepi...mmg manjadi gebas-gebus menjadi kesukaan keluarga...tkasih sekali lg hehe!!

Unknown said...

asalam..akk kalau apamm tu lembik nk buat mcmm mana yee? hm saya buat tk jd lah...saya mngidamm ni...;)

MIchele Choa said...

F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar BBM : 5EE80AFE ^o^