Monday, February 18, 2013

Talam Ubi Kayu


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...


Pagi ni akak tayang kuih Talam Ubikayu, actually buat semalam petang. Tapi malas betul nak upload semalam sebab hujan yang agak lebat. Apalagi, tuan rumah pun sama lembab macam cuaca kat luar.

Itu pun berbelah bagi samada nak buat kuih talam atau pun terus rebus cicah kelapa parut dengan gula saja.


Kebelakangan ini asyik teringin nak makan kuih muih tradisional. Umur dah nak masuk separuh abad, rasanya baru sekali dua saja buat sendiri. Masa muda muda dulu memang kurang sikit nak menghala ke dapur, kalau teringin nak makan, pergi beli saja. Itulah yang paling senang, cepat dan kerja yang mudah.

Tapi bila sesekali buat sendiri, kepuasan menikmati hidangan tu agak lain sikit. Mungkin tidak sesedap orang yang membuatnya setiap hari, tapi melihat keluarga menikmati hasil air tangan kita itu yang tidak ternilai.




Jamu mata dulu ye, saya akan update resepi kemudian.

TALAM UBI KAYU
Sumber : Buku Talam Klasik Malaysia oleh Pn. Hasma Noor Basir

Bahan bahan

LAPISAN BAWAH
1 Kg ubi kayu - kupas,parut & perah airnya dengan kain muslin menjadi 600 gms parutan ubi kayu.
40 gms tepung jagung
400 gms gula pasir + 300 ml air + daun pandan
( masak hingga gula larut & tapis)
1 sudu teh pewarna kuning

LAPISAN KEDUA
100 gms tepung beras
1200 ml santan pekat
20 gms tepung hoen kwee
1 1/2 sudu teh garam halus

Cara cara
1. Sediakan loyang bulat berukuran 14" dan lengserkan sedikit minyak.
2. Sediakan adunan untuk lapisan  Bawah dengan satukan ubi kayu dengan air gula dan tepung jagung hingga sebati.
3. Jerangkan di atas api sederhana, campurkan dengan pewarna kuning dan kacau hingga sebati. Biarkan sehingga agak pekat.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Apabila masak, gores permukaannya dengan garfu.
5. Sementara itu sediakan lapisan atas. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jerang dia ats api sederhana sehingga naik wap dan sedikit pekat.
6. Tuang adunan ke atas lapisan bawah dan kukus di atas api kecil selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan dulu sebelum di potong.









8 comments :

Gee® said...

Sedapnya talam ubi...k.gee mmg ada stok ubi yg sdh parut... boleh la buat petang nanti...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam hazila...sedapnyaaa!mana nk korek ubikayu nih? :)

Marsita yahya said...

Sedapnya...tapi malasnya nak buat...

Kakzakie said...

Warna pilihan pun dah menarik apa lagi kalau dapat ngap ni sedapnya...

Mori Said said...

Salam hazila... nampak menyelerakan kuih nie...

Rohah said...

memang kuih2 cam nilah yg sedap di makan berulang2..

ummiaisyah said...

sy pon suka gak kuih2 klasik ni..aritu ms preknen tringin mkn talam ubi ni..bli ubi..bagi kt kwn tolong buatkan..puas makn sepelengat..hahahaha smlm sy buat gak kuih talam..nnti kiter aplod yea

mama sara nur said...

sedapnye, sy memang suker kalu kuih ni he he boleh layan x berenti kalu ada
baru ni jg buat bingka ubi kayu tunggu turn nak wat entry he he
sedap bila makan bersama bahagian atas lemak2 tu kan