Saturday, January 31, 2009

Buah durian


Malam ni tak masak dinner coz my husband ajak dine outside. On the way nak balik, nampak orang jual durian Pahang. My husband kata dah lama tak makan durian,so kitaorang berhenti dan tanya berapa harganya. Mak oiiii sekilo RM 8 dan satu jenis lagi RM 10.Ermmmm ingat nak angkat kaki jer, tapi my husband kata beli jer lah, so suruh dia pilih 2 biji dan lepas timbang total RM 21. Alhamdulillah isinya elok dan manis, taklah regret membelinya.

Sardines Puff

Buat Sardines Puff untuk minum petang tadi. Mula mula nak buat apple pie, tapi rasa cam malas pulak. Kebetulan semalam masak sambal sardines, ada balance sikit lagi, jadi terus tukar menu. Biasalah kan, tukar menu disaat saat akhir....

Pokok Herba




Mari kita lihat pokok herba yang ada kat dapur rumah saya, Bush Basil, Oregano dan Rosemary.Bau rosemary memang kuat dan saya sukakan baunya.

Friday, January 30, 2009

Dadih Strawberry

Dalam malas malas pun masih sempat buat dadih untuk dessert dinner malam ni. Resepi dari minami @ MyR. Tapi seperti biasa, saya akan buat sebahagian sahaja sesuai dengan jumlah orang dalam rumah ni.....

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )

1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara
  • Masak air dgn gula sampai gula hancur.
  • Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  • Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa).
  • Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Udang Sos Thai

Malam ni masak udang sos Thai, resepi ambil dari majalah tapi dah diubahsuai mengikut bahan yang ada kat dapur. Maklumlah dah beberapa hari tak beli barang dapur.

Bahan bahan

10 ekor udang - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 cm halia - dicincang halus
1 sudu makan thai chili paste
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan thai chili paste. Gaul rata.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian masukkan udang, kacau biar sekata.
  • Masukkan sedikit air (jika perlu), perasakan dengan garam.
  • Biarkan seketika hingga udang masak, bolehlah diangkat.

Last Night Dinner



Malam tadi cuma masak ketam rebus serai dengan sambal terung. Mood untuk memasak belum mari.........

Thursday, January 29, 2009

Puding Kukus Strawberry & Laici


Beberapa hari ni memang cuti masak betul. Dengan kerja yang banyak tambah dengan tahap kemalasan yang agaak tinggi, semua bercampur aduk. Semalam sampai rumah dah hampir pukul 8 malam, nasib baik my husband dengan rela hati nak beli makanan kat luar. Jadi sebelum dia balik, sempat buat puding kukus ni, memandangkan roti memang tinggal 4 keping je. Resepi pernah buat sebelum ni dan ambil dari MyR. Dulu buat ok sikit, tapi kali ni puding roti kat bawah tu terlembik sikit. Tak boleh potong, jadi kena makan dengan sudu ler jawabnya.

Monday, January 26, 2009

Laksa

Buat Laksa untuk minum petang. Resepi ni dari mak saya, siap call kampung tanya mak camna nak buat kuah laksa.Bertuah punya anak.

Bahan-bahan
8 ekor ikan selayang
1 btg bunga kantan - dipotong dua
1 ikat daun kesum
2 sb cili kisar
5 bj cili padi - ditumbuk halus (kalau tak suka pedas kurangkan atau sebaliknya)
2 labu bawang besar - dikisar halus
3 keping asam gelugor
Sedikit belacan
garam & serbuk perasa secukup rasa

- Bahan-bahan ulam -

1 labu bawang besar
Cili besar/cili padi
Pucuk gajus
Daun selum
timun
telur rebus
Limau kasturi
Laksa

Cara-cara
  • Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 2 keping asam gelugor. Rebus ikan hingga masak.
  • Asingkan isi ikan dari tulang, kisar isi ikan hingga hancur dan masukkan ke dalam periuk. Kisar tulang dan kepala ikan hingga hancur, tapiskan ke dalam periuk yang sama tadi.
  • Air rebusan tadi jangan dibuang, tapiskan ke dalam periuk tadi.
  • Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi, bawang kisar dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
  • Bila kuah mendidih, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
  • Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.

Sweet Pineapple Cocktail


Resepi ambil dari blog Che'Iza.

Siakap Masak Kicap

Sebenarnya dah tak tau nak masak apa, hari tu dah buat sweet and sour. Nak masak stim, my husband kureng sikit. So masak yang senang dan cepat- Masak Kicap.

Tempe Goreng


Ada tak orang makan tempe goreng ngan sambal kicap? Tak kisahlah yang penting kita cuba. Kalau tak suka, makan tempe saja. Walaupun bukan orang Jawa, saya memang sukan tempe. Tak kisahlah tempe goreng ke atau masak lemak ngan kobis atau masuk dalam sayur lontong.

Sunday, January 25, 2009

Jalan Jalan ke IKEA dan The Curve

Petang tadi my husband ajak gi jalan jalan ke IkEA dan The Curve. Yelah hari tu dah pergi tapi sebabkan terlalu ramai org/takde parking, terpaksa belok ke lain. Hari ni, walaupun ramai orang, masih ada tempat untuk parking. Takdelah beli barang apa sangat, cuma jalan jalan cuci mata. Bila dah cuci mata, makin clearlah mata nampak barang. Cuma beli ramekin yang besar tu dengan balan 4 biji.

Banana Split


Hari ni buat dessert Banana Split. Senang, Cepat dan Sedap. Jemput makan.....

Kerabu Sotong Ala Thai Style


Punyalah lama bertangguh nak buat kerabu sotong resepi dari joayee ni. Akhirnya berjaya melaksanakan hajat tu. Memang sedap. Resepi saya copy dari MyR.

Bahan-bahan
satu mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)

Cara-cara
  1. Bersihkan sotong.
  2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
  3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
    campur semua bahan..dan rasa.

Masak Lemak Kurau Kering & Nenas

Lunch hari ni buat masak lemak kurau kering ngan nenas. Dah 2,3 hari teringin nak buat masak lemak nangka tapi tak tau nak campur ngan apa. Lastly tukar buat masak lemak ikan ngan nenas. Ermmm.......laju jer makan ngan nasi panas.

Saturday, January 24, 2009

Tonight's dinner


Malam ni tak masak, pergi pasar malam beli satay jer.

Friday, January 23, 2009

Bread Butter Pudding

Dinner malam ni, my husband request nak makan mee goreng basah lagi. Ermmm kena dengan selera dia kot, tu yg minta buatkan lagi. Since masak simple, saya rajinkan diri buat bread butter pudding dari resepi Yani.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam

2 keping roti
sedikit butter
4 biji telur
600ml susu cair/susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)

Cara-cara
  • Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
    Sapukan roti dengan butter.
  • Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  • Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang.
  • Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi.
  • TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  • Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati.
  • Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  • Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  • Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.

Thursday, January 22, 2009

Talang Kering Goreng Asam

Dah lama tak makan ikan kering. Saya suka ikan talang kering, tulangnya sedap buat kari atau masak lemak.

Cucur Jagung Pedas

Breakfast pagi ni buat cucur jagung pedas. Macam buat cucur ikan bilis biasa cuma gantikan ikan bilis dengan jagung.

Wednesday, January 21, 2009

Epal Bersalut Coklat & Aiskrim


Dessert untuk malam ni, Epal Bersalut Coklat & Aiskrim. Walaupun Shah Alam hujan lebat, tapi disebabkan dah lama tak makan aiskrim, saya beli gak aiskrim. Nak buat sendiri, malaslah pulak.
Bahan bahan
2 biji epal - dibuang empulur tengah dan kupas kulitnya
250 ml air
1 sudu makan jus lemon
100 gms coklat masakan
30 gms kacang tumbuk
Aiskrim
Sos strawberry/rasberry
Cara-cara
  • Masak epal hingga lembut.Perahkan jus lemon ke dalam rebusan epal tadi.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Biar coklat pekat dan sejuk seketika.
  • Salutkan epal dengan coklat tadi dan taburkan dengan kacang tumbuk.
  • Semasa nak menghidang, letakkan sos strawberry/rasberry dan aiskrim kesukaan.
  • Sedia untuk dinikmati.

Daging Sos Tiram


Dah beberapa hari tak masak sebab agak sibuk kebelakangan ni. Jadi malam ni masak Kari Ketam, Sayur Kobis Goreng dan Daging Sos Tiram. Sebabkan dah selalu letak entry Kari Ketam, so saya tak letak kali ni.

Monday, January 19, 2009

Mee Goreng Basah

Dinner malam ni masak simple jer. Mee goreng basah resepi dari Tulip @ MyR. Seperti biasa saya buat sebahagian daripada resepi asal sebab 2 org jer nak makan.

Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam, gula & ajinomoto
** lada jeruk **
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  • Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata.
  • Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  • Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.
  • Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api.
  • Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  • Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Sunday, January 18, 2009

Daging Bakar Air Asam


Malam ni malam makanan berasaskan daging. Jadi layannn.....

Paru Goreng Berlada

Dinner malam ni masak yang simple jer. Selalunya kalau beli paru mesti buat dish ni atau sekadar goreng kosong.

Bahan bahan

300 gms paru - direbus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara-cara
  • Paru yang telah direbus, dihiris nipis,digaul dengan serbuk kunyit dan digoreng.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  • Masukkan paru dan gaul agar semua bahan sekata.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Blueberry Souffle

Dah lama tak buat muffin atau kek. Since petang ni agak free, saya cuba satu resepi yang saya ambil dari Rasa Malaysia. Bila tengok bahan bahannya pun tak banyak dan senang jer nak buat. Resepi asal menggunakan muffin cup tapi sebabkan saya nak rasmikan ramekin yang saya beli, jadi saya gunakan ramekin instead of muffin cup. Muffin ni sesuai di makan semasa panas dan saya akui teksturenya sangat gebu.

Bahan bahan

1 1/2 cup self raising flour
1/2 teaspoon salt
60 gms butter - melted and cooled
1/4 cup castor sugar
3/4 milk + 2 table spoon milk
1 large egg beaten
1 cup blueberry

Cara

  • Panaskan oven. Glis ramekin dengan sedikit butter dan ketepikan.
  • Campurkan melted butter,milk and egg in large bowl.
  • Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan gula hancur. Tak perlu putar hingga kembang.
  • Ayak tepung bersama sama dengan garam. Campurkan bahan cecair dengan bahan kering.
  • Masukkan adunan ke dalam ramekin, lebih kurang separuh, masukkan bluberry filing dan tutup dengan adunan tadi.
  • Bakar hingga keperangan di dalam oven selama 25-30 min bergantung pada oven masing .

Serawa Nangka

Petang ni buat serawa nangka untuk minum petang.

Saturday, January 17, 2009

Blackcurrant Jelly


Buka laci kabinet nak cari apa yang boleh saya buat untuk dessert, ada sekotak instant blackcurrant jelly dan satu tin fruit koktel. Ermmmm...kalau buat blackcurrant jelly kosong jer nanti agak masam sikit, jadi saya campurkan dengan fruit koktel yang sememangnya manis. Untuk hiasan, saya letakkan satu sudu fresh cream dan daun pudina. Jemput....

Kepah Masak Serai


Semalam masa pegi pasar, saya beli kepah 1/2 kilo. Saya suka masak yang simple dan tak berlemak. Jadi saya cuba resepi dari Kak Nor @ MyR ni. Memang sedap mungkin sebab masukkan sos tiram. Saya kopipes resepi Kak Nor je lah....

Bahan-bahan
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala.
  • Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

Roti Kacang Merah


Malam tadi tangan ni gatal jer nak tukar template rumah, salah salah tekan byk benda yang dah hilang. So hari ni kena recover balik. Sambil sambil dok belek laptop ni, sempat menguli roti, bukan saya yg uli tapi machine. Ni tengok Fiza asyik buat roti nasi boh inti kacang merah ler, saya pun teringin nak buat gak.

Friday, January 16, 2009

Fruit Salad

Malam ni tak masak untuk dinner. Sebelum balik tadi, singgah pasar Seksyen 6, beli barang basah. Kebetulan ada pasar malam jadi beli yang siap masak. Balik cuma buat fruit salad jer.

Award dan kad dari Kak Inahar


Dapat kad dan award dari Kak Inahar. Terima kasih bebanyak ler sebab ingatkan kita.....

Pankek Pisang Karamel

Breakfast pagi tadi buat pankek pisang karamel, sebabnya nak habiskan pisang yang dah nak bertukar ke kehitaman.

Bahan bahan

250 gms tepung gandum
20 gms gula kastor
2 biji telur
1/2 liter susu segar
60 gms butter - dicairkan
Sedikit garam
Sos chocolate Hersye's

Cara cara
  • Masukkan tepung,telur dan gula. Pukul hingga sekata. Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
  • Masukkan butter yang telah dicairkan dan sedikit garam.
  • Panaskan kuali dan masukkansatu senduk adunan. Setelah keperangan terbalikkan dan biar hingga masak. Angkat.
  • Ulang proses hingga adunan habis.
  • Untuk isi pisang, masukkan sedikit butter dan 1 sudu kecil gula. Biarkan hingga gula bertukar perang, masukkan pisang yang telah dihiris.
  • Balik balikkan pisang hingga karamel menyaluti pisang dan angkat.
  • Lipat pankek dan masukkan pisang tadi ke dalam mulutnya.
  • Tuangkan sos coklat dan kalau suka boleh hiaskan dengan whipping cream dengan strawberry/bluberry/mulberi atau buah kesukaan anda.
  • Sedia untuk dinikmati.

Jus Apple Hijau & Celery

Selalu dok makan makanan yang menambahkan kolestrol dan berat badan jer, jadi apa salahnya 3 kali seminggu kita minum jus apple hijau dan celery resepi dari Kak Fida @ MyR.

Bahan bahan

2 biji apple hijau
1 batang celery
air masak secukupnya.

Cara cara
  • Potong apple dan celery kepada sai yang sesuai.Kisar apple dan celery bersama air masak hingga halus.
  • Tapis ke dalam gelas yang sesuai.
  • Letak ais kalau suka.
  • Sedia dinikmati.

Thursday, January 15, 2009

Pisang Bakar Berkeju

Hari tu masa ramai org kat rumah, saya beli pisang berangan satu ikat. Bila dah sibuk dengan benda lain, pisang ni terbiar sepi jer. So cari cari resepi yang senang dan tak ambil masa yang lama untuk prepare. Resepi saya ambil dari azwaliza @ MyR. Resepi asal ada menggunakan susu pekat/krimer, tapi memandang pisang berangan ni dah manis so saya omit susu pekat tu.

Bahan bahan

2 biji pisang berangan
Keju parut
Coklat Hersey's

Cara cara
  • Bakar pisang di dalam oven selama 2 minit / hingga pisang agak layu dan berbau wangi.
  • Curahkan sos coklat ke atas pisang tadi.
  • Taburkan dengan keju parut kesukaan.
  • Sedia untuk dinikmati.

Hadiah dari Hana


Hadiah dari Hana, dengan tak berapa malunya gi ambik. hehehe.... terima kasih daun keladi, kalau ada, bagilah lagi.

Wednesday, January 14, 2009

Cherry Blossom Pudding

Malam ni cuba buat cherry blossom pudding, resepi dari sunkist @ MyR. Tapi takde stok cherry, so saya tak letak. Saya kopipes dari resepi asal.

Bahan-bahan

10gm agar-agar (strips)
10 biji buah laici (dlm tin)
21/4 cwn air
1 cwn sirap buah laici (air buah laici yg di dlm tin)
Gula secukupnya (sy letak 2/3 cwn)
sedikit pewarna merah (optional) (sy guna pewarna merah ceri Nur)
ceri merah - dipotong dua

Cara-cara
  • Rendam agar agar selama lebih kurang 1 jam.
  • Gunting buah laici sehingga menjadi bentuk bunga.
  • Kemudian, cairkan agar-agar dgn air dan sirap buah laici diatas api.
  • Tambah gula secukupnya. Titiskan sedikit pewarna merah jika mahu.
  • Bila agar2 sudah cair, angkat dan tapiskan agar2.
  • Tuangkan sedikit agar-agar ke dlm acuan agar agar. Kemudian letakkan laici yg telah digunting bentuk bunga tadi & ceri merah ditengahnya.
  • Tuangkan lagi agar-agar sehingga penuh. Kemudian, boleh disejukkan.

Posto! Posto!

Petang tadi posmen datang hantar parcel. Hehehe..... dapat toys baru. Nanti baru buat tayangan amal.



Tara!!!!!!!




Takdelah gempak sangat. Yang biasa biasa jer....


Sandwich Tuna


Pagi ni nak hantar my mother in law balik naik bas, dia tak nak breakfast yang berat so saya buatkan sandwich tuna jer.

Kerabu Jantung Pisang & Perut

Resepi dari my mother in law. Tapi biasalah buat ikut sesedap rasa tanpa ada sukatan yang tepat.
Bahan bahan
1 biji jantung pisang - di rebus dan dihiris nipis
200 gms perut lembu - direbus hingga empuk dan dihiris nipis
2 biji cili padi ( ikut kepedasan )
1 genggan kelapa parut
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
Sedikit air asam jawa
Cara cara
  • Kisar bawang merah,halia, lengkuas, serai,kelapa parut,belacan dan cili padi hingga hancur.
  • Masukkan ke dalam bekas yang berisi jantung pisang dan perut yang telah dihiris tadi.
  • Gaulkan semua bahan hingga mesra, perasakan dengan garam,gula dan air asam jawa.
  • Kalau suka boleh di tambah dengan hirisan bawang besar.

Tuesday, January 13, 2009

Hati Masak Hitam Manis


Ini permintaan dari my husband nak makan hati masak hitam manis. Resepi ambil dari Majalah RASA. Saya selalu beli Majalah RASA,jadi secara tak lansung dia pun akan menegok mana mana resepi yang berkenan di hati.

Black Pepper Beef


Sejak minggu lepas lagi sibuk sangat. Tapi sempat gak curi curi masa jenguk blog. Maaflah tak sempat nak merayap lama lama sebab masa terhad. Tambahan my mother in law ada kat rumah, jadi my husband dah sound " jangan asyik nak melekat depan laptop jer". hehehe.... sampai kena sound ler. Resepi dah buat dulu jadi tengok gambar jer lah.

Monday, January 12, 2009

Penarikan Sijil Halal


Saya dapat email dari kawan mengenai penarikan sijil halal ayam AA. Tapi tak pasti samada ayam ni ada di pasaran Shah Alam. Jadi sesiapa yang tinggal di Perak, mungkin boleh mendapat kepastian mengenai perkara ini.