Friday, January 16, 2009

Pankek Pisang Karamel

Breakfast pagi tadi buat pankek pisang karamel, sebabnya nak habiskan pisang yang dah nak bertukar ke kehitaman.

Bahan bahan

250 gms tepung gandum
20 gms gula kastor
2 biji telur
1/2 liter susu segar
60 gms butter - dicairkan
Sedikit garam
Sos chocolate Hersye's

Cara cara
  • Masukkan tepung,telur dan gula. Pukul hingga sekata. Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
  • Masukkan butter yang telah dicairkan dan sedikit garam.
  • Panaskan kuali dan masukkansatu senduk adunan. Setelah keperangan terbalikkan dan biar hingga masak. Angkat.
  • Ulang proses hingga adunan habis.
  • Untuk isi pisang, masukkan sedikit butter dan 1 sudu kecil gula. Biarkan hingga gula bertukar perang, masukkan pisang yang telah dihiris.
  • Balik balikkan pisang hingga karamel menyaluti pisang dan angkat.
  • Lipat pankek dan masukkan pisang tadi ke dalam mulutnya.
  • Tuangkan sos coklat dan kalau suka boleh hiaskan dengan whipping cream dengan strawberry/bluberry/mulberi atau buah kesukaan anda.
  • Sedia untuk dinikmati.

3 comments :

halen said...

ishkk.. mcm besh jer pancake pisang ni. me and my doter klu apa2 berunsurkan pisang mmg fav. ermmm resepi ni dlm KIV hehe..

hazila said...
This comment has been removed by the author.
hazila said...

Saya pun suka makan pisang. Sebab tu pisang selalu ada kat rumah.