Thursday, January 1, 2009

Sos Lada Hitam & Potato Wedges

Walaupun hari hari cuti, saya tak ke mana mana. Jadi bila dah boring duduk kat rumah jer, ada saja yang nak dicuba. Untuk petang ni saya buat sos lada hitam untuk cicah ngan potato wedges.
Resepi sos lada hitam dari acik yarn @ MyR.

Bahan-bahan

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
  • Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang .
  • Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  • Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  • Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  • Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau .Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa .
  • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  • Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

2 comments :

Jue Hairul said...

pernah cuba buat brown sos ni, tp terleka, habis hitam legam :( kurang sedap lak tu (hehehe tak mo mengaku kata tak sedap)

next time guna resipi kat sini lah..

best kan klu pandai memasak mcm awak..jeles jeles

hazila said...

Tak pandai sangat, byk try and error. Dan byk gak yg jadi habuan tong sampah. Saya active belajar masak pun since these 2 years back. Sebelum tu ikut suka hati jer, kalau malas, beli kat kedai.