Monday, January 19, 2009

Mee Goreng Basah

Dinner malam ni masak simple jer. Mee goreng basah resepi dari Tulip @ MyR. Seperti biasa saya buat sebahagian daripada resepi asal sebab 2 org jer nak makan.

Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam, gula & ajinomoto
** lada jeruk **
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  • Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata.
  • Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  • Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.
  • Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api.
  • Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  • Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

2 comments :

ela said...

hazila kita pun tgh wat mee nih....

hazila said...

Jangan lupa pos sini sepinggan...