Monday, September 30, 2013

Pulut Kelapa dengan Ikan Masin



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Ermmmm hari ini saya nak jamu mata dengan sarapan pagi ala kampung.

Pulut tanak di gaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan ikan sepat masin.

Pernah makan ke?




Biasanya ia adalah sarapan orang orang di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Kalau tidak silap, menu ini disediakan di waktu pagi, dimakan sebelum pesawah turun ke bendang.

Tetapi tidaklah mereka bulat bulakan pulut tu seperti saya buat. Saya buat untuk cantikkan food presentation saja.

Selain itu, kopi merupakan minuman yang sinonim dengan menu ini.


Sesekali mengimbau kembali kenangan lama berdasarkan cerita lama dari arwah nenek saya. Walaupun saya tidak pernah ke sawah tetapi boleh bayangkan dari cerita cerita orang orang lama.

By the way, ini bukanlah sarapan saya pagi tadi. Tak tahan mata kalau makan pulut awal awal pagi, nanti layu pula mata waktu bekerja.



17 comments :

Qhaifa Nur said...

minum dengan kopi pekat sedapnya..
pulut makan dengan ikan masin mengimbau kenangan lalu...

hazila said...

Betul tu Qhaifa Nur. Hanya orang orang lama je tau pasal menu ni. Kalau budak budak sekarang confirm tak pandang pun.

Mori Said said...

assalamualaikum hazila.... walaupun mori tak pernah makan pulut dengan ikan masin... tapi tengok gambar aje pun dh nmpk sedap nie...

hazila said...

Mori Said,

Saya pun bukannya selalu makan tetapi tiba tiba tekak terasa nak makan. Maklumlah 2 minggu lepas saya balik Perlis.

Acik Erna said...

assalam zila..memang betul2 pekat kopi tu tengok dalam gambar..

hazila said...

Acik Erna,
Memang kopi tu agak pekat. Maklumlah jarang minum kopi so lepas ambil gambar baru adjust semula rasanya.

Cheq Sue said...

dekat kelantan pon popular pulut tanak ikan kering ni kak...sesekali dapat memang la msyuk sangat2 tambah2 lagi kalau musim hujan..

hazila said...

Cheq Sue,

Agaknya negeri yg bersempadan dengan Siam, mesti suka makan pulut kan.

ummiaisyah said...

biasa gak mkn ms kecik2 dulu..walopon x k bendang..hehehe..

hazila said...

ummiaisyah,

hahahahaha.... kalau duduk kat pekan ni mana nak jumpa bendangnya.

rostina76 said...

klasik!!!!lama xlayan

Liah said...

Sodapnya pulut kelapa bersama ikan asin beralas tikar mengkuang lagi :) betul betul menghimbas dizaman dolu dolu :)

sudipVSsenduk said...

tuang kopi pekat dr tarmos air panas yg bertutup gabus... pergh! sedapnya

Kak Nik Ja said...

sungguh nostalgia ni dan sedap jugak..tapi KNJ biasa akan tambah telur rebus..so lebih kenyang!

fuzidss said...

terliur

Rohah said...

takleh tahan tgk hidangan tu...1000x ghairah nak buat jadinya..tp bila ye...uhhh

Zaleha Ngaimon said...

Lapar lps tgk gmbar :)