Tuesday, October 16, 2018

Pulut Seri Muka Pandan


Assalammualaikum dan Salam sejahtera....


Lamanya saya tenggelam di lautan batu.... susah betul bila dah tenggelam nak timbul semula. Kalau timbul pun asyik tercungap cungap je.

Hujung minggu lepas rajinkan diri (walau sebenarnya takdelah rajin sangat pun), menyediakan kuih Pulut Seri Muka Pandan. Daun pandan kat rumah dah tinggal sikit je sebab big boss menebas apa yang dirasakan menyemakkan pandangannya. Nasib la juga dia tinggal sikit dapat la juga saya guna bila sesekali datang rajin nak masak.

Kebetulan ada bunga telang yang saya kumpul dan keringkan. Actually dah lama teringin nak gunakan pewarna dari bunga telang ni. Jadi saya sediakan Pulut Seri Muka menggunakan pewarna asli. Hijau dari daun pandan dan pandan serani dan biru dari bunga telang.

Lapisan atas sudah menepati citarasa saya cuma bahagian bawah tu pulutnya sedikit lembik mungkin sebab saya gunakan pulut susu dan terlebih waktu merendamnya.

Masih ada berbaki bunga telang, nanti kita fikirkan apa pula menu selanjutnya....

Erkkk harap harap takdelah sampai awal tahun pula menu berikutnya kan....


4 comments :

Unknown said...

Kak, buat nasi kerabuuuu.. sedapnya :)

hazila said...

Tahap kerajinan nak buat nasi kerabu tu tak berapa tinggi.......hehehehe

sudipVSsenduk said...

Cantik beno kejadian kuihnya :)
Tak pe.. sVs tunggu akak timbul semula nanti

hazila said...

Alhamdulillah ada juga yang tunggu akak timbul....