Tuesday, July 24, 2012

Egg Custard Pumpkin @ Sangkaya


Salam,


Hari ini sudah memasuki hari ke 4 kita berpuasa. Sempat intai rumah kawan kawan yang ada pelbagai hidangan yang enak untuk menu berbuka. Saya masih belum bekesempatan memasak hidangan berbuka memandangkan my husband teringin untuk "explore" atau pun buat kunjungan muhibbah ke bazaar ramadhan yang ada di Shah Alam ni. So layan je lah..... Boleh juga saya lepak sikit bila balik kerja, sebab dia dah uruskan semua untuk berbuka....

Tapi rasa macam nak masak sendiri hari ni sebab tekak dan perut dah mula rasa kurang selesa dengan makanan yang di beli di bazaar ramadhan.

Oh ya since saya tak perlu masak hidangan berbuka, saya sempat mengodek di dapur untuk buat Egg Custard Pumpkin @ Sangkaya. Ini percubaan kali kedua, masih belum mendapat tekstur custard tu seperti yang sepatutnya.


Ada banyak resepi bagaimana untuk menyediakan Sangkaya ini. Sesetengahnya menggunakan telur yang agak banyak, ada juga yang menggunakan telur itik. Saya jumpa satu resepi yang hanya menggunakan kira kira 3 biji telur ayam saiz besar, sebab kalau tidak menjadi rasa macam sayang je telur yang digunakan terbuang begitu saja.

SANGKAYA

Bahan bahan
1 biji labu bersaiz sederhana
1 cawan telur ayam ( kira kira 3 biji telur saiz besar)
1 cawan santan
1/2 gula kabung
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Potong sedikit bahagian atas buah labu. Keluarkan bijinya dan bersihkan.
2. Pukul telur dengan whisk supaya sebati, masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan santan, gula kabung, garam dan daun pandan.
3. Panaskan sehingga sedikit pekat, matikan api dan keluarkan daun pandan.
4. Tuang ke dalam labu, masukkan labu ke dalam kukusan yang telah dipanaskan dahulu.
5. Kukus anggaran 20 minit atau sehingga labu lembut dan custard keras. Sejukkan sebelum dipotong.

12 comments :

Gee® said...

yummy!!

NenetPenne (NP) said...

dah lama i tak buat labu ni...
first time makan kat restoran thai...
kat resipi u tak taruk pun tepung custard?

hazila said...

Kak Gee,
Kalau suka labu mesti suka dessert ni.

hazila said...

NP,
Dalam resepi yg I ikut tu takde letak tepung kastard. May be this is the missing ingredient that make my sangkaya not so as it should be. Nest time saya akan letak.

Qasey Honey said...

slm ramadhan Kak Hazila...sedapnye...QH pon kalau 1st time nk mcuba...tgk dlu kandungan telur tu...klau byk xbrani nk cuba...syg telur tu klau xmjadi nti...hehe...

slmt bpuasa buat akak sekeluarga..

hazila said...

Qosey Honey,

Selamat berpuasa juga buat QH sekeluarga. Kita ni masih tak expert, tu yg risau kalau tak menjadi. Barang sekarang makin mahal.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

selalu jugak nampak rakan2 buat pemanis mulut ni..tp lom teragak nak mencuba.. tp mcm dah boleh gak pasti sedap kan... manis dari sekaya tu dpt dikurangkan bila kita makan bersekali dngan isi labu tu kan.. hmm.. ehh.. sabau jelah puasa2 ni.. heee...

Nuwairani said...

kite pernah buat ni. tapi tak jadik!!! geram betul.

kasihredha said...

akak x pernah buat...tp selalu bercita2 nak buat sendiri sebab suka labu :)

zila norazila said...

salam zila
kitapun suka labu tp mmg x pernah cuba buat lg ..risau jgk klu x jadi..tp mmg nk cuba nnt.

ibundo said...

setiap kali nampak resipi ni nak cuba buat tapi sampai sekarang tak buat-buat. Sedap ek..

Siti Nadira said...

Salam...saya x pernah makan lg ni...tp nampak menarik..