Sunday, July 1, 2012

Kepiting Asap


Salam di hari minggu.....

Sudah makan tengahari? Apa agaknya menu tengahari ni ye?..... Tak kisahlah apa menunya kan, kalau makan dengan orang tersayang tentunya menu yang simple pun menjadi sedap hingga menjilat jari.

Hari ini saya masak simple saja, satu menu bergoreng dan satu lagi Kepiting Asap. Apa agaknya kepiting tu yek? Kepeting aka Ketam yang dimasak dengan beberapa bahan dan kemudiannya di bakar seketika untuk mendapatkan bau daun pisang.

Sebenarnya saya mendengar dari seorang kawan yang menetap di Indonesia tentang salah satu masakan yang agak popular di sana. Sebabkan ingin tahu, saya google dan terjumpa beberapa resepi berkaitan Kepeting Asap ini. So saya mencuba memasak kepiting Asap mengikut apa bahan yang ada di dapur saya.

Bahan
1 ekor ketam - siang dan kerat kepada dua bahagian. Kukus sebentar

1inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
Gula,garam dan jus limau secukup rasa

Cara cara
1. Kisar hingga halus kecuali lada hitam, kicap, gula, garam dan jus limau. Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau. Masukkan ketam yang telah dikukus tadi. Gaul sekata dan biarkan lebih kurang 5 minit. Matikan api.
3. Ambil daun pisang, masukkan ketam dan kuah tadi ke dalam daun pisang. Tutup kemas. Panggang di atas api lebih kurang 5-10 minit.
4. Hidangkan bersama sama nasi putih hangat.


8 comments :

Amie said...

ooohhh...kepiting asap tu maknanya kepiting panggang jugalah ye Hazila, menarik pula resepinya ni, insya-Allah kalau ada kepiting & daun pisang, akan dicuba... untuk dapatkan aroma daun pisangnya tu.

Cheq Sue said...

wahhh...uniknya masakan ni kak zila. nanti nak cuba jugak lah... bahan2 pun x banyak

Mieza said...

salam hazila..sedapnya nampak ketam ni..terliur mieza...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Jakun nyer ai baca tajuk recipe tu ngeee
Crap??? Ai luv it
Nnt Kena order la sbb crab sini besar2
Susan nk jmpa hat jenis Kecil
Sedapnyer

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Jakun nyer ai baca tajuk recipe tu ngeee
Crap??? Ai luv it
Nnt Kena order la sbb crab sini besar2
Susan nk jmpa hat jenis Kecil
Sedapnyer

Gee® said...

Wadduh! sedapnya kepiting bakar tu... terlior k.gee...

Kamalia said...

haha..saya ingat apala kepiting tu nsb bila tengok gambar dpt tangkap itu adalah ketam ek..
tengok resipi mmgg nmpk simple, tp xdola pulak ketam skrang ni..

Rohah said...

unik nama dia..