Saturday, July 21, 2012

Kari Telur



Salam dan Selamat Menjalani ibadah puasa di hari pertama di bulan Ramadhan Al Kareem...


Cuaca di Shah Alam agak mendung hari ini, mungkin hujan akan turun. Alhamdulillah hari pertama berpuasa, cuaca yang tidak panas terik mungkin membantu anak anak kecil yang baru mula berpuasa.

Seperti tahun tahun lepas, saya dan suami memang tak ada masalah nak bangun sahur. maklumlah dah tua tua kalau ada masalah nak bangun sahur tu melampau la kan.... Kami memang tak makan nasi atau makanan berat, cuma sekadar air teh panas dan biskut atau roti saja. Selalunya saya akan beli frozen kuih sebagai stock untuk bersahur.




Ok berbalik pada entry kali ini, semalam dah tak tau nak masak apa untuk makan malam, saya cuma buat kari telur yang mana saya pekatkan sedikit kuahnya.

Teringat masa dulu dulu semasa mengaji Quran di kampung. Kalau ada yang "Naik Quran" atau khatam selalunya akan ada kenduri pulut kuning. Antara yang paling selalu dimasak ialah kari telur selain dari kari ayam kampung. Maklumlah masa dulu dulu masing masing banyak membela ayam kampung, tapi kari telur ialah yang paling economical.


Ermmmm..... terasa macam nak makan pulut kuning pulak.....


Bila bulan puasa, mulalah tekak terasa nak makan macam macam kan....

Tapi janganlah pula sampai membazir dan keterlaluan, ingatan untuk diri sendiri. Maklumlah kalau dah nampak segala macam makanan yang dijual di Bazaar ramadhan, macam nak beli semuanya.....

Selamat Berpuasa semua.

9 comments :

Mas Sani said...

sy dan suami kalo sahur mesti nak mkn nasi, kalo x muan pengsan hihihi....

Ye betul akk, kalo naik quran mesti buat pulut kuning...bestnya makan ramai2 ngan kekawan :-)

Kari telor akk menggiurkan...tahan...tahan.... :-)

Azie said...

As salam. Salam kenal dari Azie Kitchen. Aduh tengok telur ni,mdah teringin sangat sangat ni. Tapi saya tak boleh makan pedas atas nasihat doktor

dZana said...

aslmkum hazila.. selamat berpuasa.. wah boleh cuba ni.. mkn dgn lempeng pun boleh jugak ni..

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

salam ramadan al-mubarak buat Zila...semoga Zila sentiasa dlm rahmatnya...kak Nur suker kari telur...sedap boleh jilat2 jari...hehehe.

Amie said...

Selamat pagi hazila,
bila cerita tentang kari telur kat kampung, teringat juga nostalgia masa kecik2 dulu... rindu suasana tu!

kelipkelipchumel said...

dah tebayang pulut kuning itu skarang..aduh duh..

Ummi said...

Assalamualaikum Hazila, apa khabar? Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sihat sentiasa... Waah sedapnya tengok kari telor, lama x makan...petang ni baru cadang nak wat kari kepala ikan tenggiri, lama x masak kari ni..hehe

kasihredha said...

sedapnya makan dengan pulut kuning

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalamualaikum zila...
kalau dah puasa ni nampak kari telur pun boleh cerah mata.. hehe...sedap juga kan hidang utk sahur..